Monday, April 27, 2009

gelaran part 4

kita teruskan dengan subjek kita. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot gelarat part 3.


16. tok kaya
hasamafizi berasal dari perils indera kayangan, di sebuah kampong bernama kampong tok kaya. namun, beliau telah membuat penafian dan menyatakan dia berasal dari taman tok kaya. oleh itu, ketaksuban beliau terhadap nama tok kaya mengundang gelaran ini, hanya digunakan mereka yang berada dekat dengan dirinya iaitu sekitar rakan taulan. khabarnya
hasmahafizi kini bertigas di pejabat pendaftaran negara di pulau pinang.

17. tomoko
watak komik terkenal tomoko menjadi milik fadzilah atau aleng merupakan watak seksi, diajukan sebagai gelaran fadzilah yang turut sama memiliki sifat manja yang menjadi kegilaan ramai rakan sebaya ketika. gerak geri tomoko paling ditunggu-tunggu adalah apabila beliau menuju kelas prep, di mana beliau yang menjinjing buku berjalan dengan penuh ayu, kain disinsingkan tatkala langkah pantas diayun, lenggok model yang manja dan bunyi tapak selipar yang kuat bagaikan terompah kayu makcik dewan makan. selepas
berkahwin, aleng berhenti kerja dari OCBC bank dan kini mengikut suami ke dubai.

18.pulun
pulun membawa maksud perbuatan memperolehi sesuatu secara pukal dengan keazaman yang tinggi. pulun juga menggambarkan sifat tamak haloba bagi mereka yang berhasrat memiliki sesuatu. mohd faizul atau pijoe telah memiliki pelbagai pelbagai nama samaran. gelaran pertama yang diguna pakai adalah “arab celup” yang diperolehinya semasa di tingkatan 1 utarid, di mana beliau cuba bercakap melayu melalui dialek arab, justeru disalah tafsirkan sebagai perbuatan men”carpub”kan diri. sifat pulun yang dimiliki itu membawa episod pergolakan politik di kelas 2 utarid, dimana nurul huda digandingkan sebagai penolong kepada pijoe yang menyandang kerusi ketua kelas. saat itu, pijoe digelar “temagi” sebagai merujuk kisah seorang pahlawan siam yang menguasai temasik (singapura). seterusnya, sebagai AJK dewan makan, pijoe dilihat sentiasa menjadi orang pertama yang bergegas menuju ke dewan makan untuk apa jua jenis santapan, paling jelas ketika makan tengah hari. langkah yang luas, ayunan kaki yang laju dan semangat yang kental membuatkan pijoe enak dipanggil pijoe “pulun”. selain itu, pijoe juga rancak berniaga biskut belanda dan tiket bas. penulis tidak tahu di mana pijoe setelah tamat pengajian di UMS.

19. ellah
berikutan kreativiti suhaili bin basri dalam usaha menyingkatkan tempoh ingatan kita, beliau pernah memberikan gelaran ellah kepada noorliana abu bakar atau “ulat” yang ketika itu amat keras hati terhadap beliau. bila ditanya, liana menjeling. bila ditegur, liana garang. bila dikepung, liana menjerit! oleh itu, suhaili berasa tertekan lantas memanggil nama “ellah” sebagai memperingati nama abu bakar ellah. semamangnya ia agak sinis, namun mengundang jenaka setiap kali mengenangkan kisah bagaimana nama “ellah” hangat di 1 kejora suatu ketika dulu. kini beliau yang lebih dikenali sebagai “ulat” bekerja sebagai guru di ipoh, perak.


20. iban
pernahkan anda mendengar gelaran ini? tentu sekali si empunya diri akan berasa cukup terharu apabila saya merungkai kisah 1 kejora ini. jangan ketawa wahai hasnor nashrah, anda telah direkodkan sebagai pernah memegang gelaran “iban” yang dianugerahkan oleh penggelar terkemuka suhaili bin basri. nama iban pada asalnya menggambarkan suku kaum kehidupan di rumah panjang, kerana hasnor dilihat cukup akrab bersama noorliana abu bakar yang cukup garang suatu ketika dulu. tempias ini dikatakan bersesuaian buat hasnor, walaupun iban sebenarnya tinggal di sarawak. namun, suhaili yakin, “iban” sesuai kerana hasnor pernah dikisahkan pernah bersekolah di st.mary sabah (jika saya tidak salah) dan hasnor tika itu amat kedekut senyum. ini tidak bermakna suhaili bersikap “racist” terhadap etnik iban namun hanyalah idea spontan kerana iban adalah etnik paling popular di malaysia timur. hasnor kini menunggu cahaya mata sulung bekerja di firma kontraktor di kangar, perils.


berjumpa lagi dalam gelaran part 5 di masa akan datang. sekian.

6 comments:

Cik Faridah Huda said...

sesi terapi minda dan eksesais mulut kembali.....hahahhahahahahaha.....

x sabar nak tunggu Part 5....!!!

Hidup Tanpa Penghujung said...

tomoko?
watak utama GTO tu.
sering menjadi perhatian di tepi A11

missone hazel said...

ingatan ko ni kuat tol...kah2...syabas2!

SYED NAHAR said...

mek : lewat petang skit la part seterusnya..uihhh sabaq la skit. terapi tak leh laju2 sat gi rosak akhlak. hahaha..

azri : adakah ko antara yg meminati liuk tubuh watak komik itu? hahahah..

kak wan : i tunggu story dari u pulak...hehe u banyak gosip tapi busy nak menaip. hahaha..

NaFeeZ said...

tipooo..tipooo mana da aku sekolah kat sabah...pitnah, suhaili basri jahat...kakak aku yer la ngajar kat sekolah tue dulu...

SYED NAHAR said...

tu la ash..masa form 1 hang mmg suka sebut negeri sabah n nama skolah st mary. aku tak pasti apa kisah disebalik skolah tu. depa kata hang pernah skolah situ. syaihan mcm sedikit tau background hang. hahaha...tapi iban tu siap gaduh dlm kels 1k. liana kuat memprotes.