kita teruskan dengan subjek kita. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot gelarat part 4.
21. mat burn
zulkifli gemar bersukan. beliau mengalami kekangan apabila pakaian sukannya hilang dicuri, lantas langkah bijak beliau turun ke bilik basuh dan mencuci sendiri pakaian yang tidak dituntut sekian lama. tindakannya itu saban kali diperhatikan oleh muhd muktamir mukhzani yang secara mazmumahnya memfitnah bahawa zulkifli telah mencuri pakaian tersebut, berupa kemeja-t sekolah. perkata curi telah diperluaskan dengan perkataan baru yang sinonim iaitu “burn”. Oleh itu, zulkifli secara total digelar “mat burn” walaupun beliau tampil dengan mata sepet setiap kali melirik senyum. kali terakhir penulis bertemu “mat burn” sedang sibuk dengan perniagaan.
22. katak
kelas 2 kejora pernah mencatatkan jumlah kes seksis jantina yang tinggi. kadar ini lebih berleluasa semenjak pertelingkahan demi pertelingkahan tercetus. nama hangat seperti wan norziah membarisi ketua di perempuan manakal mawardi kukuh di pertahanan lelaki. wan norziah atau nora melalui krisis berpanjangan semenjak di tingkatan satu, terutamanya dengan yashar, suhaili dan beberapa puak assabiyah mawardi. dek kerana wan norziah memiliki masalah kulit muka berminyak dan jerawat (seperti ramai pelajar lain; aku tak terkecuali), beliau telah digelar “katak” oleh lawannya. namun wan norziah berani melantangkan pihak lawannya dengan pelbagai perkataan lain seperti monyet, kera dan komunis. kali terakhir penulis menelefon wan norziah semasa beliau menjadi siswi UIAM.
23. mat tulang
satu lagi pembawaan komik diterjemahkan, asal merujuk kepada pelawak tulang, mohd shah dari dunia utarid dikejutkan dengan gelaran “mat tulang” oleh penggemar komik ketika itu. sememangnya mat shah seorang yang bertubuh langsing serta memiliki perut kempis. “mat tulang” juga hangat digosipkan dengan kisah cintanya, noor hani jusoh. penulis hanya mendapat tahu “mat tulang” pernah menuntut di UTM jalan semarak, kuala lumpur.
24. kicap
semasa di asrama, pelbagai kisah diklasifikasikan sebagai indah. pengalaman meluangkan masa bersama mohd fadli shah amat bermakna. fadli shah gemar bermain “aci nyorok” namun diri beliau sering tewas kerana didapati menyorok dengan berselindung di balik kain yang jarang. beliau juga pernah dilihat menerusi kaca tingkap dengan bayang orang minyak yang mana beliau sedang panjat menjemur baju. Kulit hitam manis beliau cocok bagi meraih gelaran “kicap”. kini beliau bekerja sebagai jurutera di Kedah, sama ada di sintok atau naka.
25. plywood
plywood bermakna papan lapis. ia amat mudah dijumpai di makmal kemahiran hidup. istilah ini diguna pakai untuk gelaran gadis paling kurus, diberikan kepada faezah irnawati mohd zakei atau pae. namun penggunaan gelaran ini hanya meluas di kalangan pelajar lelaki yang lebih arif menilai pemilikan nama tersebut. kini pae bertugas sebagai guru di kuantan, pahang.
berjumpa lagi dalam gelaran part 6 di masa akan datang. sekian.
9 comments:
plywood,papan lapis.tetiba teringat kat katak plak.hahahah...ops!bkan katak @ nora k.ada lagi sekor katak,klu tatau,tanya apoie.hik3
sapa katak tuh?? hahaha...
ingat mat burn, ingat cikgu mail... mata sepet, memang sebijik...
asal usul gelaran 'mat tulang' perlu dikaji semula...hal ini kerana penduduk dorm D1-4 mengatahui asal usul gelaran tersebut...
naim : haha..korg suka samakan mat burn ngan cikgu mail. sian mat burn. pasai pa? takkan mata je kot?
encik anonimes : ye gelaran mat tulang mungkin ada asal usul yg lebih tersendiri, yg mungkin org lain tak tahu. sila lah encik anonimes terangkan. D14 lebih mengetahui. haha..
Hahaha...mat burn...mat burn...mata memang kecik...sama cam cikgu mail..(tak baik tau kutuk cikgu).
Cerita sebenar disebalik gelaran 'mat tulang'...
Ceritanya bermula seperti berikut berlaku ketika form 1:
Di tengah hari setelah kepenatan menjamah nasik di dewan makan selepas kelas, mat shah (gelaran mat tulang belum diperolehi) berehat di katilnya setelah kepenatan dek kekenyangan. Kedatangan seorang senior yang tidak dikenali (setelah dikenal pasti namanya Khairul Azam Form 4) masuk ke bilik dan lantas meminta seseorang memijak badannya. Ketika itu mat shah dipanggil untuk memijak badannya...mat shah pun memijak tanpa kerelaan hati...Setelah badan khairul azam dipijak, seraya berkata yang membawa maksud badan mat shah ringan sangat di mana tidak terasa pijakannya(pencerita tidak ingat dialog yang digunakan ketika itu). Dek susuk tubuh mat shah yang terlalu kurus tersebut membuatkan khairul azam memberi gelaran 'mat tulang' dan amanah diberikan oleh khairul azam di mana gelaran tersebut hanya boleh digunakan oleh 2 orang sahaja (tak termasuk mat tulang) yang turut mendapat gelaran ketika itu. namun begitu amanah yang tak perlu dikuti ini telah diingkari (betul ke perkataan nie)di mana gelaran tiga orang tadi turut digunakan secara berleluasa sehingga tamat persekolahan... begitulah asal usul gelaran 'mat tulang' dan dua orang lagi yang tidak diceritakan oleh pencerita..hehehe...sekian harap maklum...
mohon maaf kepada pemilik blog kerana kisah yang panjang lebar...
incik anonimes i lap u very much. i suka komen yg mcm ni baru bermakna ada blog. aku kini meneka incik anonimes sengaja wat2 diri anonimes sebab cara penulisan anda cukup realistik. hurm..tak pe saya kini merupakan peminat anda. hahaha.
kepada pemilik blog yang amat dihormati...huhu...
tolong la jangan puji ye...diri ini sekadar menceritakan perihal sebenar hal yang berlaku...diriku sangat menghormati pemilik blog dan suka membaca kisah-kisah yang ditulis oleh penulis blog...hal ini kerana hasil tulisan pemilik blog dapat mengimbau kembali kisah-kisah lama yang membuatkan diriku ini ketawa sendirian dan dikatakan gila bila diperhatikan oleh orang lain kerana ketawa soerang diri sambil melihat skrin laptop...hehe...
kepada pemilik blog, teruskan usaha anda untuk menghiburkan pembaca-pembaca blog yang dahagakan hiburan sambil melayan kesibukan kehidupan seharian...
sekian terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penulis blog yang telah menghiburkan diriku yang sangat sibuk bekerja...shabas inspector sab...shabas..hehe...
wassalam...
incik anonimes pun jgn la puji i sangat. malu la...eh???
Post a Comment