Sunday, April 26, 2009

gelaran part 3

kita teruskan dengan subjek kita. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot gelarat part 2 .

11. chin peng
gelaran “chin peng” untuk mawardi, mula diasaskan oleh para pelajar 3 kejora yang terpengaruh dengan kisah rundingan baling antara tunku abdul rahman dan ketua parti komunis Malaya. wajah mawardi dituduh menyerupai “chin peng”, atau mungkin mawardi persis gaya rejim komunis yang pernah mengganas di tanah melayu sekitar perang dunia ke-2. kini mawardi bertugas sebagai jurutera namun sedang bersedih akibat putus cinta.

12. jacko
mohd azizul memiliki nama “jacko” dari iras wajahnya yang menyerupai micheal Jackson yang merupakan raja pop dunia. selain itu beliau juga dikaitkan dengan iklan komersial TV yang hangat memperkatakan periasa baru maggie, iaitu perisa asli. penulis tidak dapat mengesan di mana “jacko” setelah kali terakhir dikatakan menuntut di uitm shah alam.

13.penyu
nazrizawati atau achik merupakan saingan utama dari pihak perempuan di kelas suria. kekusyukan achik mentelaah mahupun memberi tumpuhan tika belajar telah menarik tumpuan beberapa anak muda memperhatikan gerak gerinya, kepala achik bagaikan terpacul, menzahirkan perasaan inkuiri. keterpaculan kepala achik diperumpamakan bagai penyu. begitulah nama penyu direalisasikan. kini sang penyu merupakan pensyarah aktif di uitm jengka.

14.mayat
wajah manis azian salehuddin menjadi tumpuan ramai sejak tingkatan satu. Semasa di tingkatan 2 zuhrah, beliau pernah dinobatkan sebagai ratu tingkatan setelah reputasi apem dan idasary jatuh ke tangga dibelakangnya. namun segelintir masyarakat tidak bersetuju dengan kejayaan yang diraih azian, lantas ada pihak mengutarakan kekurangan azian yang dikatakan terlalu putih, dikaitkan dengan mayat. reputasi azian mekar sehingga dirampas kembali oleh norasheedah abdul razak. kini azian bertugas sebagai guru di kapit Sarawak.

15.beruang kutub
nor farizan terlalu putih, merupakan pelajar baru tingkatan 4 terputih. keputihan beliau persis snow white itu telah membuat ramai jejaka terpegun lantas ada sebahagian mereka mengucapkan kalimah “beruang kutub” kerana tindakbalas refleks di luar medulla oblangta. penulis mendapat tahu farizan kini bekerja di firma IJM.


berjumpa lagi dalam gelaran part 4 di masa akan datang. sekian.

10 comments:

HasanahNordin said...

dari n3 terbaru chin peng..nampaknye..macam x jadi putus cinta..hahaha..

emy jay said...

jadik la weh..mane boley xjadik..
opss...termenyampuk plak...huhuhu

Cik Faridah Huda said...

tu dia...mak lang bagi komen dah!!!!

Anonymous said...

HEBAT DAYA INGATAN KAU.
MERASA KAU DAPAT GELARAN TERBARU

"NAHABISAH BEEBI KE-2"

SESUWAI KAN
KERNA HEBAT MENGINGAT FAKTA-FAKTA SEJARAH

SYED NAHAR said...

senah : haha...senah u tak baik tau jaga tepi kain mawardi. sila jaga bahagian dalam kain mawardi. sebab mawardi pakai kain pelikat. hahaha..opst!!!

diri ini aka mak lang : pesal ko adalah mak lang? konpius aku. hehe apa yg jadi apa yg tak jadi...??? jgn tak jadik sebab aku dah beli benda alah tu. kah kah kah opst aku telah mementingkan diri sendiri. awak mmg sesuai menyampuk sebab kami semua tak racist, sila la berkomentar secara sukaria. haha..

mek : kenapa ko terlalu bosan? sila story sian kat anda. i sajes u beli laptop ah mek...*hasut*

cik anonimes (cik sebab mcm pompuan) : sedap la nama nahabisah beebi! aku suka sangat.

[DnaZz] said...

HAha, aku tidak rasa sejarah nama penyu terbit seperti penceritaan hang. naluri aku berkata, bkn itu sbbnya. Penyu mula muncul di rantau abang masa form 2.hanya borek ng cik an aka cek tan jer yang taw. Haha

Cik Faridah Huda said...

nahabisah beebi.....

gabungan Nahar n Nabisah Beebi ke...?
kui..kui..kui......

SYED NAHAR said...

achik : penyu dah mula sejak f1 tapi hang tak tau. hanya kaun adam saja yang bergosip liar di dorn A11. hahha...

mek : tu mesti cheweng la tu. dia sorg je yg suka mix nama2 manusia. hurm..hahahaha..

[DnaZz] said...

ciss....hahaha..xper aih, aku xkisah!haha

SYED NAHAR said...

ok pa achik. hang la yg agak bijak kat situ, saingan fazli tarmizi. haha..