Thursday, April 16, 2009

road not taken

daula kuan interchange, new delhi.

ingat dok wei puisi 'road not taken'? zaman dulu kita kena jawab SPM dengan ada part literature yang sungguh bosan itu. setiap set english akan ngadap buku tu dan novel 'pearl'. watak juanita dan coyotito sentiasa bermain di minda. tapi ini bukan apa yang aku nak celoteh. bahkan bukan juga aku nak memfitnah sesiapa. ini adalah tentang kita yang menempuh hidup saban hari menjejak langkah menuju puncak (macam AF la pulak!). senang cakap masa depan.

normal lah bagi kita yang bekerja, kadang-kadang nasib tak menyebelahi, kadang pula rezeki datang tanpa disedari. nak wat keputusan untuk "ya" atau "tidak"...itu yang penting. sebab itu cikgu pariza menegaskan keputusan penting untuk kita membuat kesimpulan yang telah dari awal kita set akan tujuan eksperiman itu. jangan part last kita wat kesimpulan dengan menyatakan "kesimpulannya tidak dapat disimpulkan". terbelit esofagus aku setiap kali mengalami peristalsis.

last 31mac, aku dapat interview untuk pegawai pemeriksa kilang dan jentera, under jabatan kesihatan, kementerian sumber manusia. ok aku miss! then esok 16april dapat lapor diri daftar ke JKR kolumpo. aku buat keputusan atas pertimbangan situasi, peluang, rundingan dan soal selidik. overall ramai suh aku pegi lapor diri. sehingga kawan aku mentaksirkan sebagai tindakan aku sebagai tidak melaporkan diri ini sebagai "belagak". tapi, keputusan ni aku rasa yang terbaik buat aku, tapi tak bleh tipu kita manusia bukan kasut atau kek cawan.

kita akan rasa bibit penyesalan, bimbang, rasa betul ke tindakana ku ni? nak istikharah pun duk fikir niat bahasa melayu buleh dok? teruk betul aku ni. dulu-dulu tak belajar tajwid, kan dah tak reti mad arith lisukun. terima kasih kepada kawan yang bagi reponse, tak kira bernas atau sekadar melepaskan kentut di tangga. aku hargai. biarlah! aku dah stick decision, so aku teruskan. bak ayat tipikal korang, rezeki ada di mana-mana, cuba lain kali, ada hikmah disebaliknya, dan apa-apa sahaja. kenyataan itu tak dapat disangkal kerana ada betulnya tapi lumrah sebagai manusia kita rasa seperti berada si persimpangan dilema sambil mencari-cari signborad yang dah patah tinggal tunggul batang besi, setiap jalan keluar gelap tanpa lampu jalan, yang dengar hanya guruh di langit dan sesekali burung wakwak melintas. nak meratab hiba pun, kena duduk gaya tahiyat akhir baru feel. silap kang jari telunjuk pun tegak, itu dah lain sebab aku tak de wudhuk skang. padan muka korang layan lagi blog aku. kan dah rasa gatal pungkok.

aku saja pakai spek hitam nak menunjukkan aku berkabung macam gaya artis kena tangkap basah keluar dari mahkamah syariah petaling jaya, dan turut disoal wartawan tentang perlakuan nusyuz terhadap keluarga (jika telah berkahwin) lalu anda telah merasai muka anda bakal terpampang di muka depan majalah tabloid, mangga dan akhbar metro ahad.

kat bawah ni aku lampirkan nenek segala puisi yang menjadi tajuk entry aku. silalah anda semua deklamasi puisi tapi takyah nak over feeling sangat sebab nanti orang di sekitar anda akan membuat tohmahan berasas, mengatakan anda SS atau syok sendirik. behave yourself ok. haha.


poem "road not taken" by Robert Frost,
published in 1916 in his collection Mountain Interval


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

4 comments:

the bongsu said...

eh bukan leh postpone lapor diri ka?? xpa la rezeki ada di mana2 *cliche*..hehe..suka nama coyotito..comey..aku suka novel perlumbaan kedua..tok kura..

SYED NAHAR said...

padan la supian kata leher hang mcm kurang sbb dia teka ja. hang kan tinggi mesti berleher jinjang. haha..

Cik Faridah Huda said...

aku bace novel Perlumbaan Kedua siap feeling x agak...membayangkan diri aku juga seekor kura2....

SYED NAHAR said...

pesal komen aku buhtak kuar???