Friday, April 17, 2009

pengakuan jujur rozanizam

jalan panggung wayang, taiping dari arah arked mara mengadap taiping jaya.

penat jalan kaki, sampai gak kat belakang bomba taiping, lepak makan nasik goring pattaya ngan sirap limau. sambil makan aku pesan lagi sebungkus nasik goring pattaya nuhu ngan tasnim pesan. geram tul nuhu, siap pesan beli bunga carnation lagi. gila pa aku nak beli kang satu taiping pelik tengok aku. sir sebelum aku pi, dia siap buat lawak nak suh pesan aku beli baldi kaler merah saiz yang paling besar skali. haha. aku habaq nak pesan boleh tapi buah jenama puma atau adidas je.

lepas makan, amik pesanan, terus pi taiping jaya the store nak beli cone sundae masa tu harga singgit je kot. aku jalan kaki straight kat jalan panggung wayang, lintas fajar larut matang terus lalu kot tepi hentian teksi, cross jalan, sampai tepi kedai 2 ringgit, lalu kot tepi kedai makan cina, sampai la kat tangga McD.

sampai pintu masuk the store, seriyes lega lalu bawah air-cond. hangat gila kat luar. kat depan nagoya nampak hanira junior, siap freehair pakai topi fedona lepak ngan ex-school mates convent dia kot. BBM gamaknya. tiba-tiba jumpa rozanizam ngan mustakim.

ijam : wei hang mai ngan sapa?
aku : sorang sebab aku jalan kaki, depa naik teksi. tapi depa nak pi kamunting beli tiket dulu. mat gam malas naik bas pijoe.
ijam : ooo..wei hang nak tau dak?
aku : apa dia?
ijam : aku telah berzina.
aku : haaa???
ijam : betui! tadi sebenaqnya.
aku : ya ka? hishhh..hang bohong.
ijam : laa…tak caya. Seriyes tanya takim.
aku : haha…eleh takim?? awat hang senyum??

aku usha mustakim senyum jek. pastu dia hangguk-gangguk kepala. pelik pulak aku. rozanizam memang jarang melawak ngan aku, pasai dia duk blok D balik taman astakona yang ada tasik puaka tuh. tapi blank jugak aku dibuatnya.

ijam : hang tengok pompuan tu. ngan dia aku berzina.
aku : haa..? awat nampak dia nampak macam tak knal hang? seksi plak tuh.
ijam : tengok orang ar. saja dia tak knal aku.

blank lagik. siot je rozanizam nih. pastu pompuan tu blah masuk bahagian pencuci muka, ada promoter situ aku tak suka, paksa-paksa beli. tapi pompuan tu agak seksi la, jarang dijumpai di taiping, macam pelacur pun ada gaya dia.

ijam : hang tau macam mana aku berzina ngan dia?
aku : mana aku tau.
ijam : haa…senang ja! budak tak skolah pun reti.
aku : huh!!
ijam : hang tak skolah. haha..rilex aku lawak ja. kan masa taklim ada habaq, kalau pompuan pakai minyak wangi kuat, sampai orang laki boleh bau, tu dikira zina. dia lalu depan aku, wangi gila. maknanya aku telah berzina ngan pompuan tuh. tu la hang, tak pi surau. hang rasa, kalau aku ajak pompuan tu, dia nak dak? haha.
aku : haha…cilaka hang! terkena aku kali ni. wei sat gi balik skali ngan aku ah, kita naik teksi skali. kalau lambat kena tahan ngan cikgu midah. pukul 6 ja nampak dah ferarri hijau kat tepi gate, kena ambik nama satgi.
ijam : okeh.

2 comments:

Cik Faridah Huda said...

weh syed..aku menghadapi masalah problemo....loading prob i think...rase tersentap bila nampak update...tp bila click...berejam-rejam tunggu..baru bleh baca....aku br berjaya bace update ang..org len msh on de way....
3 toplist plg pyh nk buka....page Sanah, Achik n Hasnor.....namun ku tidak tundingkan jari ke atas mereka..sbb aku tau..mngkin masalahnye di pihak aku...

slalunye pagi2 buta aku dah bace update semua org...tp ari nie...aku ketinggalan...skang aku tgk...shoutbox pulak mengundang musibah...x dpt menjerit di situ bt sementara waktu....

aku ader update 2 criter....sila refresh byk kali tok mendapatkan hasilnye...

tpaksa buat luahan kat komentar ang...bukan nak komen pasal si rozanizam yg dah berzina..hahahah

SYED NAHAR said...

aku pun ada beberapa problema. first skali hari ni ada masalah internet menghubungkan asia tenggara. smalam langsung tak leh call, kalau call diangkat pun orang mesia tak dengar suara aku. aku tgk entry aku ada org komen, tapi bila bukak tak de pape, sampai refresh byk kali baru keluar. entry ko aku bukak dia bagi link ke 2 entry tapi bukak tak de pape. tak pe mungkin blogger nak uji nyali kesungguh kita berblog. haha..tapi tetap aku nak menyapa encik blogspot, "jangan sekat naluri kami berblog". sekian. haha..