beberapa perkara aneh dicatatkan berlaku kerana dikatakan sebagai kesan sampingan terhadap tekanan yang berterusan ini seperti :
1. noriah telah duduk di atas kerusi guru yang empuk dengan kusyen bewarna kulit coklat sedangkan hanya kerusi kayu kecil diperuntukan untuk guru di meja hadapan, iaitu guru kelas ustaz juaini.
2. aktiviti tidur lebih masa terutama ketika kelas persediaan petang dan malam. pernah dicatatkan azizul Othman tersedar dari lena bermimpikan wajah pak halim di kelas ketika jam menunjukkan tepat 1 pagi.
3. Keberanian membuat replica menara buku juga tercetus dikalangan para pelajar, terutama ketika di dalam kelas guru inspirasi bersama iaitu ustaz juaini. haniza mohd nor menjadi juara menara tertinggi dengan memperuntukkan kesemuan buku teks dan rujukan, sebagaimana ia dilapik menungkat dagu untuk membuai lena.
4. aktiviti kerusi panas dipengerusikan oleh cikgu noraini ahmad telah dijadikan medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati. mangsa cercaan mengalami tekanan jiwa tahap pra-matang sehingga merakamkan tindakan refleks tangan faridah hashim menggeletar apabila diherdik sebagai diklasifikasikan 3G oleh aktivis muhd mawardi yang bermaksud gedik, gatal dan galak. namun, istilah getik pula menjadi milik faezah irnawati mohd zakei yang merupakan calon tunggal perempuan berasal dari utarid melangkah ke 3 kejora.
5. siti rahayu, rozanizam dan saiful rizal menghabiskan masa harian berdiskusi bersama namun mereka didapati menjadi penglipur lara kepada kisah-kisah berunsur separa lucah di kelas zuhrah.
6. ahmad baqi telah menjadi ikon fesyen dengan melakukan pelunturan warna rambut. beliau juga dilihat mengumpul spesies kulit kerang dan ranting kayu sebagai perhiasan dan bahan mencorak kad ucapan good luck.
7. beberapa pelajar yang mengalami kemurungan bertindak membuat pesanan ucapan x-dedication untuk diri sendiri. syed nahar, siti zalipah dan Natasha aqilah dilihat gemar memesan keropok twisties berperisa barbeku, tomato dan keju asli. Kesan menular dan melarat sehingga ke bangku tingkatan 5.
8. berikutan saraf medula oblangata yang tepu dengan hukum algebra milik noorhazilawati telah menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri lalu pengsan apabila berlaku pertelingkahan bersama mohd faizul di kelas 3 utarid. mohd faizul bagaimanapun menafikan dia menggunakan kuasa kentut berketumpatan tingginya kerana beliau mendakwa hanya menyampaikan kata-kata secara lisan.
9. ketika sesi muhasabah diri oleh qaid corporation, sajak sedih dibacakan tika lampu dipadamkan. jelas tekanan dapat dirasai apabila tangisan diperdengarkan. namun apabila lampu dibuka, ramai di antara mereka segera berpura-pura senyum sedangkan mata masih merah, terutama peserta nurul huda binti mohd noor.
10. pertumbuhan rambut gatal yang serius dikalangan pelajar dikesan. turut tidak ketinggalan adalah pelajar perempuan walhal mereka bertudung. beberapa pelajar perempuan menjadi hilang kepekaan walaupun kain tudung mereka mengembang ditiup angin lalu memperlihatkan anak rambut gatal mencacak keluar dari cekup kepala yang rata-rata gemar memilih warna putih. penganalisa tidak dapat mengesan rambut gatal milik nur yasumira kerana cekup kepalanya begitu besar dan tebal seperti helmet.
nurul huda juga hebat berbahasa perancis sehingga dinobatkan pelajar terbaik untuk ujian di bilik tayangan aras 3 sebelah pusat sumber seratas.
gelaran pak halim memang sinonim dengan azizul.
7 comments:
Ya Allah Ya Tuhanku... otak syed nahar nie cam apa ntah... abis sume di ingatnya...wati pengsan sebab kalah bertarung ngn pijo... tu tragedi paling aku tak leh lupa. dok teriyak sampai ke dorm... dah la dok sebelah katil aku...hahahaaaaaa...teringat kat che la la pulak...
Hahaha..ash..otak syed nie mmg power..siap ingt every single details lagi..hahaha..sambil dok baca sambil gelak..hahah sian kat watie..huhu
aku pun terbayang kembali...
budak pompuan 3K kalut lari p kelas 3U bila terdengar suara nyaring milik Hazilawati berkumandang...namun suara nyaring itu..menjadi semakin lemah dan akhirnye beliau rebah ke lantai...semua budak pompuan buat bulatan semata-mata nak cover watie yg dah pengsan.....adoi la.....hahahaha..kipas p..kipas mai...wati kembali sedar dengan muka berang x sudah kat Pijoe..
aiikk..ada nama aku..syed, aku xpenah anta x-dedication kt diri sndiri ok..yasumira dan cekup kepala nyer yg tebal??..haaha..btul tu..
hasnor : kes kucing itu memang menyayat hati. haha.
achik : ehem..ooo baru balik bercuti kini sudah berakting di persada arena blog ya..haha.
mekrida : tak wat CPR ke? dok cover line wat pa? mesti tudung watie hampir terselak. patut korg panggil hani sebab dia PBSM mesti pakar menyelesaikan masalah lemah semangat ni. haha.
tasha : aku sekadar rambang memetik nama sesiapa yang selalu makan twiesties. part ni kureng igt. tapi aku adalah yg beli utk diri seniri tapi sbg penganalisa aku tak terjebak ke kancah gejala ni.haha..
aku dah komen tapi tak keluar..ampeh!
hasnor : eh jangan nak tuduh aku penyebab ko beranak awal pulak. haha..niat aku just nak mengembalikan memori daun pisang kita di seratas..haha.
achik : sebut pasal kucing ni..awat dia begitu terkesima dengan ayat pijoe? apa pijoe kata?? haha..
mekrida : awat dok cover, padan kami tak leh tgk...takkan kucing baring begitu seksi ka? tudung terselak ke? wahahah..
tasha : aku tak ingat sebab sebenarnya ramai yg beli twisties ni termasuklah aku. tapi nama penganalisa kena diblurkan. haha.
patut la cam x tau sgt time ni,3s dok kat tkt atas...
Post a Comment