1. memiliki gambar milik pelajar yang berlainan jantina, seperti mana gambar sensasi samsinar telah menggegarkan asrama putra. gambar itu telah tertukar tangan dari pemilik asal namun pernah dijumpai di beberapa locker juga di papan kenyataan. gambar tersebut telah dirakam pada suatu malam di mana model telah berlaku aneh kerana memaparkan aksi tidur sambil mengukir senyuman dengan memakai baju pemanas badan. penanda buku memang tidak asing lagi di kalangan mereka yang suka membaca novel atau mentelaah mata pelajaran. blok asrama C pernah mencatatkan tragedi di mana dengan terjumpanya gambar aksi manja fadhilah asmoai yang diselitkan dalam buku rujukan sejarah, di dalam sebuah stor.
samsinar (bukan nama sebenar).
2. aktiviti menghisap rokok di kalangan pelajar bawah 17tahun, beraksi berani dengan bersantai di atas loteng. pada sekitar lewat 2001, blok B menjadi pelopor di mana terdapat ramai pelajar yang melakukan perniagaan sebagai pengedar rokok. namun kesalahan mentafsir istilah rokok pernah mengundang musibah terhadap penjual biskut belanda, pijoe. beliau pernah disangsi ramai kerana menjual rokok, namun hakikatnya rokok yang dimaksudkan adalah biskut belanda berjenama munchies. pernah juga seorang lagi dituduh mengedar barangan terlarang ini iaitu lily burger.
3. niat beriadah di belakang surau di rumah seorang pakcik yang menjual ais krim Malaysia pernah menjadi aktiviti susulan mengendap pelajar jemaah perempuan yang bermundar-mandir di lokasi wudhuk. namun, tidak dapat disalahkan 100% terhadap pelajar lelaki yang acap kali berada di situ kerana ia telah mendapat lampu hijau dari pelajar perempuan iaitu hanira and the gangs.
4. kumpulan aktivis pernah melaporkan untuk membasmi cara pemakaian tudung berselempang di bahu. Pada 1999, siti rahayu dihadapkan sebagai menjadi pelopor fesyen pakaian tersebut yang telah dikatakan bakal menaikkan nafsu serakah ahli kumpulan aktivis itu sendiri.
5. pesta tarian pernah dilangsungkan di asrama putri, berlokasikan sebuah bilik tingkat atas blok E. dari kejauhan blok A, dapat dilihat jelas, pelajar perempuan menari-nari di atas katil, lampu kalimantang telah disalut plastic agar memancarkan cahaya bewarna-warni. teropong binocular digunakan untuk memantau pergerakan penggemar pesta liar ini dengan aras 2 di blok A dan blok C dijadi pusat.
sekian warta berita.
selamat berblog diucapkan kepada mohd naim abdul rahman.
20 comments:
uiihhh...adekah muka samsinar muka wanted...ala-ala berposing manje gitue...p~
isk....terliuk pulak aku..teringat kat burger si lily...nikmat gila makan burger time lapaq n lepas balik prep...burger dgg sedap!!!
tu ah...tapi dulu tak dak duit. makan pun slow2 bagi lambat habis. nak rasa nikmat lama. hahaha...
lily burger tu kejadian tahun bila?adakah kejadian sebelum kemunculan aku di seratas??
lorr...takkan ko tak knal lily? sedara sapa ntah...bukan ke dia ada sedara mara ngan budak batch kita? sila tanya faridah aku tak brapa sure. noriah kot?? eh bukan..
aku ingat yang no. 5 tu! parti liar di seratas..haha.aku salah seorang caterer yang menggoreng nugget kat kantin, pastu bawak dalam tempat parti tu and aku salah seorang yang berpesta kat situ..hahaha...memory2..weh, ape yang korang nampak??? clear ke??? hahaha
memori aku pasal lily memang pupus...
nora azua : ooo..ko pun bersubahat. hahah..tak da lah. mana nampak apa pun. just nampak pompuan yg bergelek atas katil. sapa agaknya??? teropong tu selepas jarak 100m jadi blur maybe tak secanggih SLR nikon. hahaha..
senah : oh lily burger! senah memerlukan ko selepas memori nya hilang kerana memakan oblong. hahaha..
haha..aku pon ade dlm list no 5 tu..hahaha..saper lagi ade?lia,kak wan, apoei..fidah..hahaha..ooo korg skodeng yer?sungguh durjana!xleh tgk org senang langsung!hahaha..
yup..lily burger adalah anak buah apoei..umor sebaya, tpi leh jdi anak buah.haha kuasa di tgn kakak & abg iparnya haha
aih senah..ingatan pupus selepas mkn chicken oblong...fenomena Lily Burger wujud la sampai kita tingkatan 5..mmg die baik ngan budak batch kite sbb Noriah Jaafar adalah ibu saudaranya...so..kuasa membeli lebih berpihak kepada budak batch kite..siap Lily simpan ooo..x juai kat org len..anda tidak pernah menikmati Burger si Lily ke???
point no 5 tu aku x join...may be sebab aku ader jamuan lain kot..CLASH...seingat aku..sewaktu Nor Sahliza dok pujuk time ambik nama sapa nak join..aku menolak..ape yang pasti..kat surau, Badan Dakwah n Kerohanian (BADAR) dok psg lagu nasyid...berlawan ngan muzik rentak terkini anak remaja ketika itu...may be ade lagu BSB, Nsync, Britney Spears n etc..membuatkan USKAM panas hati sewaktu dok makan kat jamuan BADAR tuh....memorable!!!!!hik..hik..hik...
achik : skodeng skit2 je...tak lebih dari itu. haha..
mekrida : oo...nak citer ko tu badar ke? hishh!! ajk badar mmg glemer tapi apa yg diorg ni berkempem tak tau la. haha..
hahaha...ingat lagi ustazah datang then marah..kiorang pon stop la..nahar, memang aku bersubahat sekali, dorm aku tuh...hahahaha
ooo...tidak...aku tidak penah menjadi ahli BADAR..maklumla x layak...terpekik terlalak..mana la kak Sharifah Norziatul nk pilih aku sbg ahli lelap skalipun..hehehe...tp APEM ye.....Naib Pengerusi BADAR 2001...
ha..tu dia pengakuan berani mati dr peserta WILD PARTY...jiwa meronta ingin berhibur time tuh...Cik Azua sila beri ulasan lebih lanjut..aku x berada di tmpt kejadian..so x dpt nk bg buah fkiran yg lebih detail..
amboi mek u punya jadual jamuan sampai clash tu...gila...agak gipang gitu! hahaha..
pesal tak kuarapa yg aku komen?
nora azua : haha..anda telah durhaka kpd mummy uskam. wah wah..party liar. ada main buih tak?
mekrida : sungguh tak kusangka apem yg penuh skandal itu adalah badar. ish..seriyes tak caye! haha.
adakah lily itu si gadis free hair yang datang diwaktu malam membawa burger?aku macam terbayang seseorang berkulit hitam manis skit...tapi x pasti siapa gerangan yang ku bayangkan..
iyer! lily lah tu! ingatan anda makin pulih setelah mengalami amnesia. hahaha..
igt Senah bakal menghidap alzhemier tadi...sbb byk sindrom2 pyakit tu dah nmpk kat diri beliau...salah satunye...umur semakin bertambah..dan ingatan kurang!!!!hak..hak..hak
hahaha...senah..senah..! kena beli susu anlene la pas ni..
Post a Comment