Thursday, April 30, 2009
pandangan anda
april berlalu dan selamat datang bulan mei kepada semua pembaca!
suatu ketika dulu ia pernah berlaku
1. 16 cm
ingat tak korang kat sorg jantan kurus kering nama mohd lazim? dia ni kunun expert dalam subjek kemahiran hidup sebab selalu ada je LED dalam poket baju melayu dia masa prep malam. si lazim ni secara lazimnya dianggap annoying sikit, mungkin sekarang tak dah. dia dulu agak berani duk sebelah senior pastu siap tanya soalan killer, contohnya adalah "kenapa abang azizul cakap dengan saya tapi pandang kat lain?". justeru cheweng bagi pelempang!
nak dijadikan cerita, si lazim ni mungkin teruja tengok teman-teman melangkah ke alam dewasa yang penuh foya-foya dan hura-hura, seperti fly ke taiping. menurut si pemilik bau badan semerbak stokin si abizar, lazim ni first tima nak fly, so pergi dalam 4 orang. mula menyelinap lalu bawah pagar belakang dewan besar, slow-slow jalan merentasi tapak bina surau skolah tunas bakti. skali mak guard skolah tu nampak, tiup wisel! preeepppp!!!!!! lazim and the gangs lari berterabur. lazim yang kekok, tak cekap lagi hafal short cut telah tersadung kakinya lalu terjatuh. lehernya tercucuk starter bar keluli yang dicondongkan itu. terkial-kial macam kambing nak kena sembelih. segera dia dibawak ke spital taiping.
ada soksek-soksek kata dia hampir mati, lagi 16 cm nak cucuk tembus ke pembulur darah. sungguh tragis sejarah hidup lazim. parut di lehernya jelas kelihatan sehingga kini aku rasa-rasa lah. sejak tuh, diadakan bacaan surah yasin, selalunya dihadiahkan kat orang yang meninggal tapi kali ni untuk lazim yang nyaris nak mati.
2. cikgu omputih
ingat tak korang sume kat 2 cikgu yang didatangkan khas dari england? jangan nak memandai pi jawab nama cikgu pendidikan jasmani berbangsa serani si paul leonard arielle. nama mereka adalah rozanna bailey dan emma norris. depa dua ni memang menjadi tumpuan mata-mata kita yang peghak. tapi memang peghak tengok omputih pakai shawl buat kain. muka pulak macam tak mandi. cik emma norris tu panjang gila, yang rozanna agak gebus. diorang ni best, masuk kelas bukan ajar sangat, balik-balik buat kuiz kanak-kanak seperti spelling bee. no wonder ler, diorang ni berkepit ke mana ke mari, bak kate orang kelantan, kacik tuh!
aku tringat lagi, minah saleh ni pi kantin, nak soru kot. tiba-tiba dia tanya, jari menuding ke arah nasik goreng bodo pak cik kantin galak tuh. kebetulan ada taro, tua setahun dari kita. taro ni memang kiut. dia dengan bangganya jawab "fried rice". minah saleh 2 orang ni pun tepuk tangan kunun congrate taro. taro punya kembang sampai jalan blah dari kantin, mata tengok belakang, riak punya pasal kaki masuk longkang seraya jatuh! berambat lari cover malu seminggu. emma norris dan rozanna bailey pernah memberi kata akhir melalui surat yang dipublish dalam majalah redaksi kot, dia paling rindukan monyet seratas yang nakal dan takkan lupakan laungan azan di subuh hari. maybe first time kot!
3. rompakan mega
ingatkah anda suatu masa dahulu asrama kita telah dirompak mereka yang tidak bertanggung jawab? pulang saja dari prep malam, ramai yang terkejut babun tengok bilik kena selongkar!! ingat asrama laki je kena, rupanya asrama pompuan lagi dasyat. ramai yang hilang barang berharga. kan dulu warden duk pesan, jangan bawak barang berharga ke kelas nanti hilang kena curi. kan dah tak de insuran, simpan kat asrama lah lagi hilang terus.
kecurian ini boleh dilabelkan sebagai projek mega perompak tersebut. bukan sekadar seratas, dengar khabar sekolah pertama yang menjadi mangsa sekolah teknik, kemudian seratas dan ketiga kalinya terjadi di mrsm taiping. jikalau anda turut menjadi mangsa, apa yang hilang? kalau stakat telekung bertahi lalat tak yah la nak cerita. kalau baldi berconteng "nak shampoo mintak kebenaran! tak halal"...tak yah la perompak tu pun tak hingin.
hahhh?? ingatkah anda peristiwa tersebut sekalian wahai pelajar seratas?
apa nahar buat?
Wednesday, April 29, 2009
dialog pagi : a small business hut
tata sumo
selepas itu, syarikat telah menamatkan perkhidmatan thakur, kemudian menggunakan tata sumo yang sememangnya baru dibeli oleh manjeet. seawal sebulan, manjeet enggan membuang plastik yang membaluti kerusi-kerusi namun setelah akur dengan keselesaan, dia menuruti kehendak kami. selain kami berenam, encik shahrul akmal dan encik nasir pernah turut menggunakan perkhidmatan tata sumo untuk ke tapak bina. kami pernah beramai-ramai menyanyikan lagu "kekasihku tertinggal di malaysia" dan lagu-lagu melayu lain tatkala kami mengalami saat-saat getir suka duka mengharungi hari-hari berlalu. seorang demi seorang meninggalkan delhi, kali terakhir aku dan faiz, kemudian aku sendirian sebelum ditamatkan perkhidmatannya pada 8 april 2009.
aku tidak akan melupakan setiap detik bersama, bermula dari rumah tamu melalui simpang restoran bikaner menuju udyog nagar, terus ke surajmal stadium berhampiran LG3, terus melepasi kesibukan nangloi, LG2, sepanjang menuju rajdhani park di bawah laluan bertingkat metro delhi, tiba di LG1, CIS 1, terus melepasi stesen mundka, CIS 2 dan membelok ke kanan melintasi rel kereta api dan melepasi kilang-kilang milik MTG, CEC-SOMA, IJM, ITD dan tiba di casting yard.
gelaran part 6 akan disambung pada minggu hadapan.
pvr cinema - naraina
Tuesday, April 28, 2009
delhi post : delhi taxi
aku mula fikir akan faiz yang akan kawen 2 mei, luqman di nigeria, faizal di JPS kuala selangor, hakim di JKR kuala lumpur dan shahrul di negeri sembilan. wish you all the best where ever you are, what ever you do and who ever stands by you. i miss every moment eternally! taxi delhi memang unik, dengan kereta ambassador lengkap power brake ni, sungguh romantik dan mengundan special attraction kepada sesiapa yang berjiwa seni seperti aku. kenapa aku sedih? tak paham. setiap gambar yang aku belek akan mengimbau kisah yang terjangkau dari objek yang tertera di atas gambar.
by da way, gambar ni diambil semasa naik tavera chevrolet yang dipandu saleem yang hanya sempat bekerja dua minggu sahaja, kita menuju ke india gate. semasa dalam perjalanan pulang, saleem telah terkeliru dengan arahan pihak kami, dan beliau kaget serta hilang tumpuan lantas diblok oleh kereta lain di hadapan, betul-betul di persimpangan hotel hyatt dan bangunan engineers india. saleem dipukul sehingga darah mengalir laju menitis dari bibirnya. saleem masih senyum menyatakan dia tidak apa-apa, sekadar perkara harian yang dilalui seorang pemandu awam. saleem pernah offer makan beriyani di rumah parents nya di uttam nagar. namun dia telah diberhentikan oleh tuannya, encik thakur lalu pergi tanpa sempat aku mengenalnya lebih. aku mula teringatkan saleem yang memang setia memandu, cuma dia kurang ilmu selok belok jalan raya di new delhi. semoga berjaya!
gelaran part 5
21. mat burn
zulkifli gemar bersukan. beliau mengalami kekangan apabila pakaian sukannya hilang dicuri, lantas langkah bijak beliau turun ke bilik basuh dan mencuci sendiri pakaian yang tidak dituntut sekian lama. tindakannya itu saban kali diperhatikan oleh muhd muktamir mukhzani yang secara mazmumahnya memfitnah bahawa zulkifli telah mencuri pakaian tersebut, berupa kemeja-t sekolah. perkata curi telah diperluaskan dengan perkataan baru yang sinonim iaitu “burn”. Oleh itu, zulkifli secara total digelar “mat burn” walaupun beliau tampil dengan mata sepet setiap kali melirik senyum. kali terakhir penulis bertemu “mat burn” sedang sibuk dengan perniagaan.
22. katak
kelas 2 kejora pernah mencatatkan jumlah kes seksis jantina yang tinggi. kadar ini lebih berleluasa semenjak pertelingkahan demi pertelingkahan tercetus. nama hangat seperti wan norziah membarisi ketua di perempuan manakal mawardi kukuh di pertahanan lelaki. wan norziah atau nora melalui krisis berpanjangan semenjak di tingkatan satu, terutamanya dengan yashar, suhaili dan beberapa puak assabiyah mawardi. dek kerana wan norziah memiliki masalah kulit muka berminyak dan jerawat (seperti ramai pelajar lain; aku tak terkecuali), beliau telah digelar “katak” oleh lawannya. namun wan norziah berani melantangkan pihak lawannya dengan pelbagai perkataan lain seperti monyet, kera dan komunis. kali terakhir penulis menelefon wan norziah semasa beliau menjadi siswi UIAM.
23. mat tulang
satu lagi pembawaan komik diterjemahkan, asal merujuk kepada pelawak tulang, mohd shah dari dunia utarid dikejutkan dengan gelaran “mat tulang” oleh penggemar komik ketika itu. sememangnya mat shah seorang yang bertubuh langsing serta memiliki perut kempis. “mat tulang” juga hangat digosipkan dengan kisah cintanya, noor hani jusoh. penulis hanya mendapat tahu “mat tulang” pernah menuntut di UTM jalan semarak, kuala lumpur.
24. kicap
semasa di asrama, pelbagai kisah diklasifikasikan sebagai indah. pengalaman meluangkan masa bersama mohd fadli shah amat bermakna. fadli shah gemar bermain “aci nyorok” namun diri beliau sering tewas kerana didapati menyorok dengan berselindung di balik kain yang jarang. beliau juga pernah dilihat menerusi kaca tingkap dengan bayang orang minyak yang mana beliau sedang panjat menjemur baju. Kulit hitam manis beliau cocok bagi meraih gelaran “kicap”. kini beliau bekerja sebagai jurutera di Kedah, sama ada di sintok atau naka.
25. plywood
plywood bermakna papan lapis. ia amat mudah dijumpai di makmal kemahiran hidup. istilah ini diguna pakai untuk gelaran gadis paling kurus, diberikan kepada faezah irnawati mohd zakei atau pae. namun penggunaan gelaran ini hanya meluas di kalangan pelajar lelaki yang lebih arif menilai pemilikan nama tersebut. kini pae bertugas sebagai guru di kuantan, pahang.
berjumpa lagi dalam gelaran part 6 di masa akan datang. sekian.
sarung nangka di bawa lari
"eee...geram nye kat paula! sian kat paulina...yang incik braco ni pulak bodo pi percaya cakap ghemma, mesti ghemma nak rampas rumah agam dia, sama bodo dengan estefania. nasib baik memito ada nenek peedad..."semangat aku membuak-buak bila abeh tengok cite paula paulina, drama sepanyol yang aku tak putus-putus ngadap tv lepas aku khatam nengok cite la'usur padora dulu. muka pelakon sama je heroin dia. cukup mengasyikan. katop tv turun pangkin umah tok! ada tok ngah...aku lebih suka panggil dia pak ngah sebab dah terbiasa.
"weiii...pak ngah! taut burung ka???? sian burung tuh kot anak dia duk cari mak dia,"aku sergah pak ngah. melatah jap pak ngah, "mu tahu di mana?**mencarut dulu, so kena sensored ler**... mbohhh duk hidup serupa tu la burung, pandai-pandai la cari makan sediri. apo yang mu ni bodo sangat, burung ni jantan mana nak bagi susu ke anak dia. har har har!!!"balas pak ngah. cess...mana sempat aku nak belek jantina burung terbaru koleksi tekukur dia ni.
"moooooooww!!!!!" bunyi lembu sendawa kerabu pucuk paku. haha...sejak bila lembu makan kerabu? tapi tengok je lembu ni buat aku nak suh pak ngah ungkit cerita lama. pak ngah bab-bab cerita nostalgia ni memang dia arif lagi melucukan.
"pak ngah!! lembu tu ka dulu pakai spek mata suraya?" aku tanya pak ngah sambil terus duduk kat tangga. hish terbakar punggung aku, anak tangga ni panas. "mu ni bodo kali ke-2. tu lemung laki mek jebuh. hat terlekat di penyidai tu lemung orang lain," jawab pak ngah.
"masa tu pak ngah duk sini ka? macam mana lembu tu buleh lekat?"aku saja wat-wat tanya nak suh pak ngah flashback cerita dulu.
"lemung tu lalu kot belakang umah pah mahamad, tubik kot tepi tuh, lalu kot tepi belesah, kona pulak kot depan lepas tu lalu di penyidai umah sa'ari . gilaaaa.... macam mana lemung tu tersangkut elok-elok sarung nangka di tanduknya, molek-molek jadik spek mata,"pak ngah mula celoteh, sambil ikat tali di kaki burung.
sambung lagik,"pas tu ka, lemung tu serupa orang buta, melilar jalan kot tengah tembak . nampak suraya keluar dari rumah dia pakai tudung tuala good morning, lari tercidik-cidik pegang tarik baju dia ke bawah ". aku mencelah,"pasal pa???" pak ngah jawab, "haaa lah! tak pakai sarung nangka dia! sat gi terbonyot-bonyot malu nampak dek orang".
"pastu suraya panggil pak ngah...pak ngah woooiii tulung sat! ambik benda lekat di tanduk lemung tuh!! lekas la!! sayangggg weyy..baru beli," pak ngah cerita sambil tunjuk dengan mulut ke arah lokasi kejadian. "pak ngah tanya ke suraya. sapa punya? dia kata hat kak kami. bahau!!! mesti hat dia punya. wok po dia nak bergegas ambik kalu kak dia punya. aku tengok saiz pun besar, tahu hat dia punya!"serius muka pak ngah.
"pak ngah pun gi la ambik, pas tu tambat lemung di pokok cenerai. beri ke suraya, dia terus lari kelik rumah. masa tu cu sinah ada sini, tang mu duduk tu dia duduk. cu sinah tanya pak ngah...baru beli sungguh ka? mana pak ngah tahu. tapi rasanya lama dah, pasal pak ngah nampak tahik lalat keliling getah pelipat cangkuk hat di belakang tuh! gelak dia sinah. har har har...kuat sungguh sinah gelak serupa mat tajilah jugak,"pak ngah pun gelak sampai nampak gigik tunggul. haha..
yeahhh...ikatan kat kaki burung dah siap. sangkut sangkar dia kat ujung perabung umah tok. tapi burung ni nampak kejutan budaya tak biasa lagi. esok lusa ok la kot. aku ngan pak ngah masuk umah makan biskut pat segi cicah kopi, petang-petang best layan kopi sambil sambung dengar cerita pak ngah. haha!!!
translation:
1. taut ; sejenis cara memerangkap binatang, jerat
2. lemung ; lembu sebagai sebutan oleh melayu pattani
3. belesah ; madrasah
4. kona ; membelok (corner)
5. tembak ; jalan raya
6. tercidik-cidik ; terkedek-kedek, berlari seperti kanak-kanak
7. terbonyot-bonyot ; keadaan bergerak ke atas dan ke bawah secara berterusan
8. bahau ; tipu, bohong, kenyataan palsu
lembu tido di tepi jalan.
Monday, April 27, 2009
gelaran part 4
16. tok kaya
hasamafizi berasal dari perils indera kayangan, di sebuah kampong bernama kampong tok kaya. namun, beliau telah membuat penafian dan menyatakan dia berasal dari taman tok kaya. oleh itu, ketaksuban beliau terhadap nama tok kaya mengundang gelaran ini, hanya digunakan mereka yang berada dekat dengan dirinya iaitu sekitar rakan taulan. khabarnya
hasmahafizi kini bertigas di pejabat pendaftaran negara di pulau pinang.
17. tomoko
watak komik terkenal tomoko menjadi milik fadzilah atau aleng merupakan watak seksi, diajukan sebagai gelaran fadzilah yang turut sama memiliki sifat manja yang menjadi kegilaan ramai rakan sebaya ketika. gerak geri tomoko paling ditunggu-tunggu adalah apabila beliau menuju kelas prep, di mana beliau yang menjinjing buku berjalan dengan penuh ayu, kain disinsingkan tatkala langkah pantas diayun, lenggok model yang manja dan bunyi tapak selipar yang kuat bagaikan terompah kayu makcik dewan makan. selepas
berkahwin, aleng berhenti kerja dari OCBC bank dan kini mengikut suami ke dubai.
18.pulun
pulun membawa maksud perbuatan memperolehi sesuatu secara pukal dengan keazaman yang tinggi. pulun juga menggambarkan sifat tamak haloba bagi mereka yang berhasrat memiliki sesuatu. mohd faizul atau pijoe telah memiliki pelbagai pelbagai nama samaran. gelaran pertama yang diguna pakai adalah “arab celup” yang diperolehinya semasa di tingkatan 1 utarid, di mana beliau cuba bercakap melayu melalui dialek arab, justeru disalah tafsirkan sebagai perbuatan men”carpub”kan diri. sifat pulun yang dimiliki itu membawa episod pergolakan politik di kelas 2 utarid, dimana nurul huda digandingkan sebagai penolong kepada pijoe yang menyandang kerusi ketua kelas. saat itu, pijoe digelar “temagi” sebagai merujuk kisah seorang pahlawan siam yang menguasai temasik (singapura). seterusnya, sebagai AJK dewan makan, pijoe dilihat sentiasa menjadi orang pertama yang bergegas menuju ke dewan makan untuk apa jua jenis santapan, paling jelas ketika makan tengah hari. langkah yang luas, ayunan kaki yang laju dan semangat yang kental membuatkan pijoe enak dipanggil pijoe “pulun”. selain itu, pijoe juga rancak berniaga biskut belanda dan tiket bas. penulis tidak tahu di mana pijoe setelah tamat pengajian di UMS.
19. ellah
berikutan kreativiti suhaili bin basri dalam usaha menyingkatkan tempoh ingatan kita, beliau pernah memberikan gelaran ellah kepada noorliana abu bakar atau “ulat” yang ketika itu amat keras hati terhadap beliau. bila ditanya, liana menjeling. bila ditegur, liana garang. bila dikepung, liana menjerit! oleh itu, suhaili berasa tertekan lantas memanggil nama “ellah” sebagai memperingati nama abu bakar ellah. semamangnya ia agak sinis, namun mengundang jenaka setiap kali mengenangkan kisah bagaimana nama “ellah” hangat di 1 kejora suatu ketika dulu. kini beliau yang lebih dikenali sebagai “ulat” bekerja sebagai guru di ipoh, perak.
20. iban
pernahkan anda mendengar gelaran ini? tentu sekali si empunya diri akan berasa cukup terharu apabila saya merungkai kisah 1 kejora ini. jangan ketawa wahai hasnor nashrah, anda telah direkodkan sebagai pernah memegang gelaran “iban” yang dianugerahkan oleh penggelar terkemuka suhaili bin basri. nama iban pada asalnya menggambarkan suku kaum kehidupan di rumah panjang, kerana hasnor dilihat cukup akrab bersama noorliana abu bakar yang cukup garang suatu ketika dulu. tempias ini dikatakan bersesuaian buat hasnor, walaupun iban sebenarnya tinggal di sarawak. namun, suhaili yakin, “iban” sesuai kerana hasnor pernah dikisahkan pernah bersekolah di st.mary sabah (jika saya tidak salah) dan hasnor tika itu amat kedekut senyum. ini tidak bermakna suhaili bersikap “racist” terhadap etnik iban namun hanyalah idea spontan kerana iban adalah etnik paling popular di malaysia timur. hasnor kini menunggu cahaya mata sulung bekerja di firma kontraktor di kangar, perils.
berjumpa lagi dalam gelaran part 5 di masa akan datang. sekian.
Sunday, April 26, 2009
national saree
gelaran part 3
11. chin peng
gelaran “chin peng” untuk mawardi, mula diasaskan oleh para pelajar 3 kejora yang terpengaruh dengan kisah rundingan baling antara tunku abdul rahman dan ketua parti komunis Malaya. wajah mawardi dituduh menyerupai “chin peng”, atau mungkin mawardi persis gaya rejim komunis yang pernah mengganas di tanah melayu sekitar perang dunia ke-2. kini mawardi bertugas sebagai jurutera namun sedang bersedih akibat putus cinta.
12. jacko
mohd azizul memiliki nama “jacko” dari iras wajahnya yang menyerupai micheal Jackson yang merupakan raja pop dunia. selain itu beliau juga dikaitkan dengan iklan komersial TV yang hangat memperkatakan periasa baru maggie, iaitu perisa asli. penulis tidak dapat mengesan di mana “jacko” setelah kali terakhir dikatakan menuntut di uitm shah alam.
13.penyu
nazrizawati atau achik merupakan saingan utama dari pihak perempuan di kelas suria. kekusyukan achik mentelaah mahupun memberi tumpuhan tika belajar telah menarik tumpuan beberapa anak muda memperhatikan gerak gerinya, kepala achik bagaikan terpacul, menzahirkan perasaan inkuiri. keterpaculan kepala achik diperumpamakan bagai penyu. begitulah nama penyu direalisasikan. kini sang penyu merupakan pensyarah aktif di uitm jengka.
14.mayat
wajah manis azian salehuddin menjadi tumpuan ramai sejak tingkatan satu. Semasa di tingkatan 2 zuhrah, beliau pernah dinobatkan sebagai ratu tingkatan setelah reputasi apem dan idasary jatuh ke tangga dibelakangnya. namun segelintir masyarakat tidak bersetuju dengan kejayaan yang diraih azian, lantas ada pihak mengutarakan kekurangan azian yang dikatakan terlalu putih, dikaitkan dengan mayat. reputasi azian mekar sehingga dirampas kembali oleh norasheedah abdul razak. kini azian bertugas sebagai guru di kapit Sarawak.
15.beruang kutub
nor farizan terlalu putih, merupakan pelajar baru tingkatan 4 terputih. keputihan beliau persis snow white itu telah membuat ramai jejaka terpegun lantas ada sebahagian mereka mengucapkan kalimah “beruang kutub” kerana tindakbalas refleks di luar medulla oblangta. penulis mendapat tahu farizan kini bekerja di firma IJM.
berjumpa lagi dalam gelaran part 4 di masa akan datang. sekian.
Saturday, April 25, 2009
25 april 1984
air batu campur
Friday, April 24, 2009
char kuey teow
20 feb, sampai kat KLIA sampai dari new delhi, aku terus heading to ipoh untuk ke seri malaysia. dalam bilik perut lapar, aku order char kuey teow dan carrot susu. sungguh enak. tapi kepala teramat sakit. minuman tu abis diminum kecuali ada belen skit jek kuey teow tak abis. membazir ke?
sekarang ini di new delhi, azabnya rasa bila tak mampu menghidu bau rempah berasaskan kari atau masala. aku amat merindui kuey teow itu. amilase liur aku telah bekerjasama dengan minda telepati untuk berimaginasi makan masakan ini. ini kerana aku menyahut terminology natasha aqilah yang mengamal diet foto. haha.. bayangkan makanan tadi dicerna enzim pepsin dan renin di dalam perut.
malam ni plan nak masak bubur durian yang boleh dimakan dengan roti. ada lagi beberapa batang lempuk yang mak bagi. hari tu dah buat sekali. hmm..malasnya nak ke dapur!
Thursday, April 23, 2009
gelaran part 2
6. chin
qusairi bin ibrahim adalah anak kelarian karai, kuala kangsar. beliau merupakan antara pelajar paling unik berdarah kacukan melayu-cina. mata sepet, putih dan kecil molek tubuhnya menjadikan beliau laris di pasaran dunia angkat-mengangkat, yakni jambu. gelaran “chin” diberikan sebagai maksud cina, bukan dagu. menurut wan norziah, di kampong halaman qusairi lebih dikenali sebagai cik E. kini beliau sibuk menguruskan perniagaan burger di malam hari selain bertugas secara formal di pejabat pendidikan daerah, PPD grik.
7. borek
sewaktu di tingkatan 1, kita mempunya seorang senior di tingkatan 4, bernama azrul. beliau amat dikenali sebagai “borek”, namun bagaikan mengetahui nasibnya yang akan dibuang sekolah. beliau telah menemui azrul di bilik A11 dan seterusnya mengamanatkan nama gelaran “borek” kepadanya. tiada sebarang berita terkini mengenai aktiviti terkini beliau. menurut seorang trio ko'diang bernama mat gam, borek kini bekerja di alor setar.
8. bangla
sewaktu kelas pendidikan jasmani, pelajar di kelas kejora dan utarid akan bersama-sama beriadah. cikgu talib pernah membuat onar dengan mendenda pelajarnya yang gagal menuruti perintahnya. salah satu memori yang masih terpahat berlaku di laluan beratap dari kelas 2 kejora menuju gymnasium. khairul aswandy telah diarahkan mengangkat kayu blok tanpa berbaju, mungkin gusar akan kotor. cikgu talib mahu memberikan arahan seterusnya kepada khairul aswandy yang nampaknya kurang kepekaan pendengaran, lantas cikgu terbabit telah mengalami tekanan, lantas terlupa nama-nama anak muridnya. keterlanjuran cikgu talib dengan kuat hatinya memanggil khairul aswandy“woiii...bangla!!!”. selain itu, khairul aswandy juga dipanggil pak tam, dan nama pak tam juga pernah hampir mencetuskan gelaran "mak tam" kepada dua gadis di kelas 2 kejora yang pada masa itu hangat dipergosipkan dengan khairul aswandy. kini pak tam seorang jurutera mekanikal.
9. the legend
bertubuh tinggi dan memegang jawatan penting dalam organisasi perwakilan pelajar, azizah ghazali telah digazetkan sebagai khazanah seratas sebagai satu lagenda sebagaimana mahsuri mencipta lagenda tersendiri di langkawi. azizah ghazali lebih mudah digambarkan menerusi azizah the legend kerana pada masa yang sama turut memiliki sorang lagi rakan seperjuangan bernama nor azizah mansur. terdapat ura mengatakan azizah the legend kini bekerja di adabi rawang.
10. nate
bahasa ibunda batu kurau agak seakan bunyi bahasa negeri pantai timur yang bersempadan dengan tanah siam. namun, pertelingkahan mohd hakimi abdul rahman dan mohd hidhir pungot telah menarik lensa kamera. kisah hangat ini diperkatakan sehangat kisah cikgu aziz menumbuk seorang pelajar siswi angkara sifat yang manja. hakimi dengan lantang telah menghentak kaji, menepuk meja, walhal mengacah untuk terkam, namun hidhir membuat serangan balas. Ketidakpuashatian hakimi mengundang padah kepada dirinya sendiri apabila beliau menjerkah, “nate munggggg!!!!!”. lantas seluruh pelajar 1 kejora tergamam gara-gara bahasa itu agak aneh diperdengarkan oleh mereka yang rata-rata berbahasa utara. sejak itu, gelaran mat nate mekar abadi. kini mat nate bekerja sebagai penjawat awam sebagai penyelidik di salah sebuah pejabat kerajaan berhampiran kompleks putra, the mall.
salam pemirsa dan berjumpa lagi dalam gelaran part 3 di masa akan datang. sekian.
sales and you
gambar in hanya sekadar ilusi. just nak kacau mood korang jek. haha..
nursarah aisha
ni adalah muka first dia, masa ni baru brapa bulan agaknya. muka sedih plus sombong-sombong sikit, tapi manja. duduk di pangkuan mama dia. sarah di sebenarnya banyak mulut. tapi starting diam malu-malu. bila tanya tanak jawab, kunun speechless. tapi bila tanya orang lain dia pulak sibuk mencelah. mesti esok-esok pandai kat sekolah ni. kira bakat terpendam jawab soalan bagi pihak orang lain.
oh, sarah sila ucapkan terima kasih. jangan nak buat-buat lupa! mesti dia tak ingat. masa kenduri pok sha, anda telah dijangkit penyakit mata (lihat mata sebelah kiri beliau, gambar bawah ni). so kena quaratine, tak leh pergi taska. haha.. so langkah terbijak mama dia adalah hantar ke kampung, tapi kenduri pok sha lagi seminggu. opah dah declare awal-awal tak leh full concerntrate only for you. so? pok are yang menjalani cuti semester telah membanting tulang babysitting anda. nasib baik tak banyak songeh. pedih-pedih mata pok are dijangkiti virus bayi anda.
i tag you
hello to all readers! here is a tag for you to answer! do it while you still have time to do it. i will read your page later, so i know your my truely readers. haha. bukan paksa tapi bukankah itu pengorbanan seorang kawan?? cekidaud.
Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
1. What is your name : syed nahar (huruf S la kan?)
2. A four letter word : sale
3. A boy's name : sharul
4. A girl's name : siti
5. An occupation : sailor
6. A color : serulean
7. Something you'll wear: saree (SS kan?? kalau jenama nak jawab scullers)
8. A food : steak
9. Something found in the bathroom: sikat
10. A place : seri mersing
11. A reason for being late : sleeping
12. Something you'd shout : sial
13. A movie title : sense and sensibility
14. Something you drink : sirap
15. A musical group : scorpion
16. An animal : semut (kalau english nak jawab shark)
17. A street name : satya marg (kat chanakya puri, new delhi)
18. A type of car : swift suzuki
19. Title of a song : stupid girl by pink
aku tag semua readers especially those on my bloglist. there is no tomakninah excuses for :
macrieda (apa jawapan huruf F?), senah, azri, naim (tag pertama untuk kau), tasha, mawardi (juga tag pertama), azua (cikgu mesti superb menjawab), sir (nak huruf Z) , mastura (ko online ke?), wan hazila (jangan CEO tengok pulak), zati hazira (ko baca ke blog aku? haha), hasnor (please!!!), annand (jangan nak memandai pilih nama harizal), achik (jawapan lecturer???), said zulkarnain. tu je kot? kalau boleh nak tag suzana shafie dan lim fei fei sekali. takkan nak suh tun mahathir layan tag pulak.
pernah nampak kedai ni?
delhi post : tata nano
The Tata Nano is a rear-engined, four-passenger city car built by Tata Motors, aimed primarily at the Indian market. It was first presented at the 9th annual Auto Expo on 10 January 2008, at Pragati Maidan in New Delhi, India. Tata Motors commercially launched Nano on March 23, 2009, with bookings from April 9 to April 25. The sales of the car will begin in July 2009, with a starting price of Rs 115,000 (rupees), cheaper than the Maruti 800, its main competitor and next cheapest Indian car priced at 184,641 Rupees. Tata had sought to produce the least expensive production car in the world — aiming for a starting price of Rs.100,000. In early 2008 the news magazine Newsweek identified the Nano as a part of a "new breed of 21st-century cars" that embody "a contrarian philosophy of smaller, lighter, cheaper" and portend a new era in inexpensive personal transportation — and potentially, "global gridlock". The Wall Street Journal confirmed a global trend toward small cars, which includes the Nano.
Wednesday, April 22, 2009
facial cleanser
masuk bilik, adik aku sergah. hahhh!! "dah mandi dah. sapa dalam bilik air?"adik aku tanya. aku cakap," tak de sapa. pi lekas, satgi ada je sesapa nak pakai bilik air. kena paksu usung tok jariah nak bagi mandi, abis la jawabnya sejam bilik mandi tak busy."
"ada pencuci muka?"adik aku tanya lagi. "ada! nak pakai ambik ah. aku punya yang kaler hijau tuh, ada katttt...aku lupa tang mana. cari la senirik dalam bilik mandi,"aku balas. terus dia lari tercidik-cidik ke bilik mandi. selak langsir pastu terus blah.
siap-siap pakai baju, agak dah lawa dah, keluar la dari bilik. kebetulan masa tu ada baby sarah. eleh sarah baby lagi la masa ni. skang dia dah hilang bau bayi, hang tinggal hanya bau hamis kanak-kanak yang berpeluh masam. haha..dukung sarah kat akuarium.
lama lepas tuh, bawak masuk dalam. pergi kat akak aku. "nah ambik saerah kau,"aku letak sarah kat mama dia. saja panggil saerah sebab nak bagi tak best kunun-kunun siti saerah adik siti nurhalisun. haha. masa tu berat sarah bleh tahan tahap obesitinya. biasa bayi. besar nanti pandai-pandai diet senirik.
pastu adik aku datang, baru lepas mandi. muka berjerawat nampak la merah-merah. baru lepas picit kot. dasar keturunan resdung! padahal mak ngan ayah aku sebijik jerawat kecil pun tak de. jeles sungguh.
"weyy, geno aku pakai pencuci muka tu muka aku jadi macam terik-terik?"tanya adik aku sambil pegang-pegang pipi dia. sumpah aku ingat dia nak fitnah kulit dia best, nak je aku kutuk. bajet kulit terik bermakna kulit yang anjal takdok kedut langsung. apa yang terik aku tak nampak pun. sinar glow lagi la tipu kalau ada.
"tadi aku pakai pencuci muka mu. ok je, la ni pelik. tapi ok je tak da apa-apa,"adik aku bagitau diri sendiri untuk sedapkan hati. tapi muka macam tak puas hati macam nak salahkan cleanser body shop aku. punya la aku beli yang siap ada jojoba bead, suka duka jiwa dia nak fitnah cleanser aku buat dajal.
aku pun gi usha-usha bilik mandi. dalam hati nak cek kot dia pakai paghak, abeh cepat la pencuci muka aku. musim raya ni semua balik, memang banyak pengepow. kena pulak semua jenis kulit berminyak. tapi aku agak runsing tengok terlalu banyak botol-botol cleanser, scrub, berus gigi jangan crite dari yang baru sampai yang kembang mencapah. stok lama tak buang-buang.
atas kolah mandi sepanjang-pangjang bersusun je cleanser. ada biore, ada body shop aku haha...dulu la skang tak pakai dah, ada himalaya akak aku, seba med, johnson&johnson, avon maksu, clearasil ngan oxy sapa ntah. atas rak pulak penuh shampoo, siap ada yang meleleh sapa la tak letak elok-elok, tak pun budak main tiup buih belon. shower hujan ni pun meleleh jugak!
"pluppp" aku tertolak benda kecik masuk dalam kolah. rupanya bekas contact lense akak aku. haha...aku amik balik letak kat atas. nampak tepi toilet ada pampers bayi dibungkus rapi takmau bagi bau, elok duk gantung dalam beg sanitary plastik!
aku perasan sesuatu. aku pangil adik aku, "yingggg!!!!". pastu adik aku datang. aku soal siasat lagi,"aku lupa nak tanya, pencuci muka aku yang ni, macam tak luak, mu tak pakai pun. pakai yang mana?" bergema suara aku dalam bilik air. adik aku tunjuk kat satu cleanser botol hijau dengan mulut. "tuuuu..." muncung je.
"lerr..aku punya yang ni! hijau! body shop. tapi yang tu pun hijau jugak. sapa punya?" membebel jap, terus aku capai pegang botol tu. setelah dibelek-belek, aku tau ni maksu punya. "weyy..ni bukan facial cleanser lah!!! cuba baca betul-betul!!! dia tulis kat sini, syurah - pembersih peribadi wanita dengan ekstrak daun sirih???" aku tak dan abeh cakap dah nak gelak. adik aku pun terus lari masuk bilik nak tampung malu. aku pergi cerita kat ina ngan anna, semua gelak. haha..
close up skit...aku memang skang taksub pakai himalaya sebab murah dan sangat keherbaan. tapi shower gel aku pakai marks&spencers, scrub dia pun aku salah beli sebenarnya, nak beli body scrub tapi terambik facial scrub. kat new delhi marks&spencer murah je. kat UK mesti lagi murah macam sabun lux?
sila klik himalaya untuk sedikit info.
jambu cikgu nabisah
Monday, April 20, 2009
delhi post : the ambassador
gelaran part 1
1. meso
mohd azizol amin memperolehi nama ini daripada suatu peristiwa yang cukup bermakna buat dirinya. kebolehan beliau menukarkan setiap penggunaan huruf R kepada huruf W tanpa sebarang masalah. tatkala itu, beliau telah mempesonakan setiap yang mendengarnya membaca beberapa perenggan pada helaian buku teks sejarah tingkatan 1. beliau telah membacakan penamaan zaman mesolitik mengikut durasi masa yang mana zaman mesolitik berlaku sesudah zaman paleolitik dan berakhir sebelum zaman neolitik. tradisionalisme jiwa dan perilaku beliau menguatkan sahabat handai memanggilnya meso.
2. piko
mohd alif imran pula mendapat nama piko daripada tema makhluk asing dari planet marikh. piko merupakan watak dalam kartun siri dragon ball yang cukup digemari ramai. telinga alif dikatakan persis telinga piko dan alif dikatakan sangat cocok dengan warna hijau.
3. annand
annand merupakan nama yang sering dijumpai di tanah besar india mahupun di sekitar sri lanka, kepulauan nicobar dan andaman. penulis tidak dapat mentaksirkan asal-usul gelaran milik norihan ini. walaupun begitu, gelaran ini sering mengingatkan kita dengan nama lagenda seperti kofi anand dan annanda krishnan. namun begitu, norihan juga dibayangi gelaran “calaq” atau calar yang merujuk kepada pesona parutnya di bawah kelopak mata. oleh itu, keganasan beliau dikagumi seiring dengan kejayaannya dalam bidang sukan khusus mewakili seratas dalam acara 100 meter peringkat MSSD larut, matang dan selama.
4. mat gam
mohd zaidi sering berjalan terhinggut-hinggut seperti seorang kaki botol atau penagih dadah yang “laloq”. teman-teman seperjuangan membuat spekulasi dengan mengaitkan aktiviti menghidu gam dengan diri zaidi yang sememangnya fitnah belaka. beliau kini merupakan penjawat kerajaan, seorang guru yang mendidik pelajar tingkatan 6.
5. pijah mandom
ramai yang sering keliru dengan dua nama hafizah dan norhafiza yang masing-masing berbintikan othman dan osman. oleh itu, hafizah disinonimkan dengan nama pijah mandom kerana beliau kurang aktif bersuara dan kelihatan sedih, penat, sunyi dan pilu selalu.
berjumpa lagi dalam gelaran part 2 di masa akan datang. sekian.
dialog pagi : either shawls, stoles or scarfs?
seriyes aku tak tahu benda alah ni nak dikategorikan sebagaimana apa. yang pasti, di sini shawl banyak dijual ketika musim sejuk, saiznya besar. kalau panjang sikit jadi selimut, selalu digunakan oleh para penarik beca yang kesejukan tatkala menunggu penumpang.
stole, ada yang mengejanya stoll, bersaiz sederhana. lelaki atau perempuan akan membaluti leher sebagai langkah keradangan sekitar leher semasa musim sejuk yang berkelembapan rendah, ditakuti batuk-batuk jika kerongkong kering. lelaki sering memilih corak ringkas, belang warna atau sekadar selembar fabrik tak berdekorasi manakala perempuan cocok dengan corak bungaan. scarf yang bersaiz kecil digunakan oleh perempuan di musim panas. menutupi sebahagian rambut atau ringkas segak jika didandan pada leher atau kolar baju.
saya mahu berehat sebentar dari menulis blog, tidaklah lama. kenapa? jumpa lagi di entry yang seterusnya. kepada teman bloggists, teruskan menulis. kepada yang baru menjenguk, sudikanlah selalu. sekarang tepat jam 2.20am, saya akan melabuhkan badan di atas katil, pejam mata, belayar menerusi bahtera mimpi sehingga dikejut jam loceng. jumpa lagi.
ratapan bosan
Sunday, April 19, 2009
the collective
just back from shopping, since last india's biggest sale, this was the first. spent an evening at gurgaon, i found an outlet of the collection, an aditya birla trademark. the collective offers you many international brands such as fred perry, hackett etc and sure including india'a famous tarun tahiliani and jj valaya. i didn't plan to shop but when i noticed a name of zulfi syed there, i was possessed. only a polo shirt as i am short of them. i impressed a lot and will visit the outlet on my next outings. i promote you this!
if you want to know more, help yourself by clicking this "the collective" URL. check it out!
Saturday, April 18, 2009
femina
Jumpa mat due kat kantin. Katanya kena suruh beli teh ais abang azim budin suruh, dah la duit tak bagi. Pastu jumpa syubli, dia memang baik ngan aku even ramai kata dia ikon jahat. Asal jumpa aku dia tak miss suh kim salam. Kali ni suh kim salam kat azira, dulu apem.
Terus lalu, singgah jap kelas 1s nak tengok gerangan robiah yang menurut mat due terer English. 1s diconquer oleh budak rajawali; saini, mr-ex, alip, borek, mat gam, pali, azri, che an, wahab ngan mat chem. Tu lah first time aku tengok sheedah yang masa tu cukup glamour, bukan setakat senior tapi student matrix pun kenal dia siap digelar anak patung barbie.
Dalam duk gelak-gelak ngan saini crita pasal hal duniawi, nampak mat due berlalu jalan membawa sebungkus teh ais. Tak lama tu syubli pun lalu jugak. Syubli berenti tepi tingkap. Pastu mata galak syubli duk usha dalam ke dalam kelas 1s. pastu secara drastik syubli tunjuk jari ke arah sheedah pastu cakap, wei aku nak kim salam kat budak tu! Tangan syubli menunding masuk melangkau tingkap, betul-betul nyaris nak cucuk lubang idung nurul syatilla binti ahmad tarmizi. Pastu dia wat-wat mintak maaf kat syatilla yang masa tu masih kekal posisi teleng kepala 45 darjah. secara berjenaka sambil sengih-sengih gatal, syubli berlalu pergi.
Belum syubli blah, syatilla dengan semangat femina watak erma fatima terus bangun dari kerusi makmal sains kelas 1s yang tak de penyandar tu, terus ke pintu belakang. Panggg!!! Sekuat hati syatilla terajang pintu belakang sebagai tanda peringatan awas kepada syubli supaya tidak lagi berbuat onar di kelas makmal sains 1 suria. Tercengang syubli, mat due dilihat turut terpaku berdiri atas tangga berhampiran water cooler. Mulai detik itu, syatilla digeruni. **lagu seksis anita sarawak berkumandang di sekitar tulang osikel aku**
nurul syatilla, sowi! aku tak ingat sangat cite, aku banyak tokok tambah je sebab nak bagi nampak real, tapi memang syatilla terajang pintu tuh!
dialog pagi : sek keb dato syed nahar
someseenut: syed...
someseenut: aku br dpt kad kawin sir
aku tau apa samsinar nak habaq, tadi mek i sms aku!
naharsyed: ye
naharsyed: aku tau
aku taip cepat-cepat!!! pastu terus tekan enter. tap!
someseenut: dlm peta tu ader nama sekolan Sekolah Kebangsaan Dato' Syed Nahar
naharsyed: ada sekolah dato syed nahar
*serentak tuh keluar*
someseenut: haha
naharsyed: ahhhhhhhhhhhh
someseenut: ok
someseenut: haha
naharsyed: serentak tuh
naharsyed: hahaha
someseenut: hiihihihihi
naharsyed: korang tak tau ke?
naharsyed: dr form 1 aku tau zaidi habaq
someseenut: aku br tgk td
someseenut: o ya ka
naharsyed: dulu zaidi ingat aku dok kodiang
someseenut: huhu
naharsyed: sbb dia tanya nama
naharsyed: hari first day
someseenut: dato' ghupenyer
naharsyed: aku cakap syed nahar
naharsyed: dia kata dia bukan tanya skolah
naharsyed: dia tanya nama
naharsyed: aku ulang skali lagi
naharsyed: tunjuk ic terus
someseenut: haha
naharsyed: pastu dia kata sekolah jiran dia SK syed nahaqqq
ok nak sambung bergosip ngan cik pipi labu. tata! to sir aka siti zalipah, all the best luck for you.
Friday, April 17, 2009
brainwash
hari ni kena brainwash. mula datang delhi berenam skang aku je tinggal. cerita pasal dapat keje JKR dah diketahui orang-orang yang bersmayang jumaat di embassy indonesia. orang malaysia je. dia sume kata jangan resign dari company skrang, kecuali encik faizal yang keje embassy malaysia. haha. depan-depan ramai pekerja gomen, encik ex-timbalan naib canselor UITM suh aku pikir jadi professional engineer (uhuk nak batuk aku!). pastu CEO mitco petronas encik ehsan pulak suh stay katanya akan naik value diri jika keje swasta, next time buleh demand (haha. ye ke?). tapi encik samsul tourisme kata ikut kata hati yang mana best. haha. last sebelum masuk dewan amik wudhuk skali lagi encik ehsan pesan dan bagi lagi panjang berjela ceramah sampai naik malu i. haha..encik ex-timbalan naib canselor datang pulak tanya bila? aku jawab 16 april semalam, maknanya dah lepas. dia jabat salam kata bagus!
huh?? kenapa?? mengapa?? bukankah keje gomen itu best?? hatiku gundah gulana sekali lagi walaupun pagi tadi rasa tak de apa-apa pun. memang aku sayang nak tinggalkan company.
nak makan pulak tak selera! hari ni buat hotdog sebab aku nak makan. lain aku masak sup, kot-kot encik anuar dan encik zuleman nak jamah nasik. ada cencaluk, tapi aku hantam je buat, katanya pakai air rebusan nasik masa ia menggelegak. pastu aku rasa esok nak breakfast roti cicah kuah durian, sebab mak aku ada kasik lempok yang dibuat oleh mak teh zan dari kedah. mak teh bagi 6 batang lempok kat mak aku, mak aku taruk sume dalam beg masa aku nak balik februari lepas. huhu.
pengakuan jujur rozanizam
lepas makan, amik pesanan, terus pi taiping jaya the store nak beli cone sundae masa tu harga singgit je kot. aku jalan kaki straight kat jalan panggung wayang, lintas fajar larut matang terus lalu kot tepi hentian teksi, cross jalan, sampai tepi kedai 2 ringgit, lalu kot tepi kedai makan cina, sampai la kat tangga McD.
sampai pintu masuk the store, seriyes lega lalu bawah air-cond. hangat gila kat luar. kat depan nagoya nampak hanira junior, siap freehair pakai topi fedona lepak ngan ex-school mates convent dia kot. BBM gamaknya. tiba-tiba jumpa rozanizam ngan mustakim.
ijam : wei hang mai ngan sapa?
aku : sorang sebab aku jalan kaki, depa naik teksi. tapi depa nak pi kamunting beli tiket dulu. mat gam malas naik bas pijoe.
ijam : ooo..wei hang nak tau dak?
aku : apa dia?
ijam : aku telah berzina.
aku : haaa???
ijam : betui! tadi sebenaqnya.
aku : ya ka? hishhh..hang bohong.
ijam : laa…tak caya. Seriyes tanya takim.
aku : haha…eleh takim?? awat hang senyum??
aku usha mustakim senyum jek. pastu dia hangguk-gangguk kepala. pelik pulak aku. rozanizam memang jarang melawak ngan aku, pasai dia duk blok D balik taman astakona yang ada tasik puaka tuh. tapi blank jugak aku dibuatnya.
ijam : hang tengok pompuan tu. ngan dia aku berzina.
aku : haa..? awat nampak dia nampak macam tak knal hang? seksi plak tuh.
ijam : tengok orang ar. saja dia tak knal aku.
blank lagik. siot je rozanizam nih. pastu pompuan tu blah masuk bahagian pencuci muka, ada promoter situ aku tak suka, paksa-paksa beli. tapi pompuan tu agak seksi la, jarang dijumpai di taiping, macam pelacur pun ada gaya dia.
ijam : hang tau macam mana aku berzina ngan dia?
aku : mana aku tau.
ijam : haa…senang ja! budak tak skolah pun reti.
aku : huh!!
ijam : hang tak skolah. haha..rilex aku lawak ja. kan masa taklim ada habaq, kalau pompuan pakai minyak wangi kuat, sampai orang laki boleh bau, tu dikira zina. dia lalu depan aku, wangi gila. maknanya aku telah berzina ngan pompuan tuh. tu la hang, tak pi surau. hang rasa, kalau aku ajak pompuan tu, dia nak dak? haha.
aku : haha…cilaka hang! terkena aku kali ni. wei sat gi balik skali ngan aku ah, kita naik teksi skali. kalau lambat kena tahan ngan cikgu midah. pukul 6 ja nampak dah ferarri hijau kat tepi gate, kena ambik nama satgi.
Thursday, April 16, 2009
pantun pompuan glemer tingkatan 1
jangan terlajak sampai ke pekan,
anak penaga berwajah manis,
srikandi enggang hebat bersukan.
Watak 1 kejora : __________
dalam peti ada kapur,
disimpan bersama butiran manik,
calon tunggal kuala lumpur,
penuh gosip bernama unik.
Watak 1 utarid : __________
ikat punjut jagung bertih,
kain jarang lubang telus,
anak ustaz berkulit putih,
bertutur lembut wajah mulus.
Watak 1 zuhrah : __________
sakit perut terlajak gelak,
mendengar lawak dari tok rasyid,
Mata besar berkalis celak,
suara lunak bernyanyi nasyid.
Watak 1 suria : __________
syed mahathir
dari dulu sampai skang dia anak ayah. apa-apa hal dia cari ayah dia. alasan utama katanya ibu suka cubit. masa baby, dia tak suka didukung atau dicium. kalau dukung pun cuma orang lelaki je. pastu dia tak suka orang tua especially yang berkedut. cukup mengada-ngada. padahal masa baby dia berat so memang sakit lengan kalau dukung lama-lama. skang sebab ayah dia busy, so dia duduk ngan ibu dia, tak leh pisah walau 13 saat. sepanjang hari siang dia lepak ngan ibu dia di kedai kek yang dulu asalnya nak letak nama mahathir cake house.
along memang hantu mainan. kalau ternampak mainan di pasaraya atau pasar malam wajib dibelinya, sekurang-kurangnya belon. skrang dah tadika, umurnya 5 tahun tak salah. tapi berkat diet seimbang, skang sudah slim. sampai ke hari ini, along masih sukar dikawal, agak buas, namun dia memang penakut.
pernah berlaku kureng sopan kerana kerap kali berulang along memanggil ibunya dengan nama "jue" di khalayak ramai, tak kira waktu kenduri, malam raya atau jamuan tahlil. lantas dicubit. masa kenduri abang aku di batu gajah, dia adalah suspek utama yang dituduh memakan coklat hantaran. namun, kelibat bergaya dan eksen belagak hero selalu membuat orang ramai tak jadi marah, terutama ayah dia yang cukup penyayang. sebab tu anak ayah!
masa kecik umur beberapa bulan, tak reti jalan lagi.
semenjak mengalami obesiti, dia dipaksa menggunakan kereta sorong sebab sume orang sakit lengan.
gemar bermain dan cukup kedekut akan mainan miliknya tapi mudah jemu, kerap menangis meminta mainan baru.
berakting nakal di rose garden, cameron highland, memetik bunga larangan tanpa kebenaran. haha nampak taik lalat along kat pipi. apa maksudnya?
pose paling cemerlang setelah dipaksa senyum, duduk atas batu berlatar ladang teh. alamak "pok are" owe you to print this picture!! sowi next june yeh.
road not taken
ingat dok wei puisi 'road not taken'? zaman dulu kita kena jawab SPM dengan ada part literature yang sungguh bosan itu. setiap set english akan ngadap buku tu dan novel 'pearl'. watak juanita dan coyotito sentiasa bermain di minda. tapi ini bukan apa yang aku nak celoteh. bahkan bukan juga aku nak memfitnah sesiapa. ini adalah tentang kita yang menempuh hidup saban hari menjejak langkah menuju puncak (macam AF la pulak!). senang cakap masa depan.
normal lah bagi kita yang bekerja, kadang-kadang nasib tak menyebelahi, kadang pula rezeki datang tanpa disedari. nak wat keputusan untuk "ya" atau "tidak"...itu yang penting. sebab itu cikgu pariza menegaskan keputusan penting untuk kita membuat kesimpulan yang telah dari awal kita set akan tujuan eksperiman itu. jangan part last kita wat kesimpulan dengan menyatakan "kesimpulannya tidak dapat disimpulkan". terbelit esofagus aku setiap kali mengalami peristalsis.
last 31mac, aku dapat interview untuk pegawai pemeriksa kilang dan jentera, under jabatan kesihatan, kementerian sumber manusia. ok aku miss! then esok 16april dapat lapor diri daftar ke JKR kolumpo. aku buat keputusan atas pertimbangan situasi, peluang, rundingan dan soal selidik. overall ramai suh aku pegi lapor diri. sehingga kawan aku mentaksirkan sebagai tindakan aku sebagai tidak melaporkan diri ini sebagai "belagak". tapi, keputusan ni aku rasa yang terbaik buat aku, tapi tak bleh tipu kita manusia bukan kasut atau kek cawan.
kita akan rasa bibit penyesalan, bimbang, rasa betul ke tindakana ku ni? nak istikharah pun duk fikir niat bahasa melayu buleh dok? teruk betul aku ni. dulu-dulu tak belajar tajwid, kan dah tak reti mad arith lisukun. terima kasih kepada kawan yang bagi reponse, tak kira bernas atau sekadar melepaskan kentut di tangga. aku hargai. biarlah! aku dah stick decision, so aku teruskan. bak ayat tipikal korang, rezeki ada di mana-mana, cuba lain kali, ada hikmah disebaliknya, dan apa-apa sahaja. kenyataan itu tak dapat disangkal kerana ada betulnya tapi lumrah sebagai manusia kita rasa seperti berada si persimpangan dilema sambil mencari-cari signborad yang dah patah tinggal tunggul batang besi, setiap jalan keluar gelap tanpa lampu jalan, yang dengar hanya guruh di langit dan sesekali burung wakwak melintas. nak meratab hiba pun, kena duduk gaya tahiyat akhir baru feel. silap kang jari telunjuk pun tegak, itu dah lain sebab aku tak de wudhuk skang. padan muka korang layan lagi blog aku. kan dah rasa gatal pungkok.
aku saja pakai spek hitam nak menunjukkan aku berkabung macam gaya artis kena tangkap basah keluar dari mahkamah syariah petaling jaya, dan turut disoal wartawan tentang perlakuan nusyuz terhadap keluarga (jika telah berkahwin) lalu anda telah merasai muka anda bakal terpampang di muka depan majalah tabloid, mangga dan akhbar metro ahad.
kat bawah ni aku lampirkan nenek segala puisi yang menjadi tajuk entry aku. silalah anda semua deklamasi puisi tapi takyah nak over feeling sangat sebab nanti orang di sekitar anda akan membuat tohmahan berasas, mengatakan anda SS atau syok sendirik. behave yourself ok. haha.
poem "road not taken" by Robert Frost,
published in 1916 in his collection Mountain Interval
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.