Seratas bukan sahaja merupakan gedung ilmu malah penyimpan seribu kenangan pada mereka yang pernah berada di sana. Kenangan ini mekar abadi tatkala menyusur hari ke hari, sehinggalah kini kita sudah dewasa. Namun, jauh di mata dekat di hati. Sorotan ini merupakan yang ketiga. Bagi anda yang telah lupa, boleh mengemaskini paparan terdahulu; Part 1 dan PArt 2. Bagi pembaca setia, ayuh kita mulakan!
1. Pelamin Anganku Musnah
Pelamin yang dimaksudkan bukan pelamin penulis walaupun ia dititip dari bait judul lagu Azie. Pelamin terhebat pernah tercipta di dewan besar Seratas. Tanpa kostum perkahwinan diraja mahupun solekan tebal Nurul Salikin, persandingan 3 pasangan pelajar Seratas ini tetap menjadi ingatan siapa yang melihat.
Perhubungan cinta di sekolah dilarang sama sekali dan dosa ini dianggap paling besar mengalahkan dosa membuli mahupun masbuk solat maghrib. Jika anda ditangkap kerana menjalinkan hubungan cinta, anda akan diaibkan oleh guru-guru sendiri. Cinta berkalang noda ini akan meninggalkan parut yang lama, seperti mana ada kata-katayang menyebut, bunga-bunga zina.
Di suatu pagi pada perhimpunan pagi isnin (kini mungkin perhimpunan pagi Seratas dibuat pada Jumaat), guru bertugas telah mengumumkan nama 3 pasangan cinta ini untuk naik ke pentas. Selain itu, ia juga menyampaikan maklumat bahawa sebarang jawatan dipegang secara otomatis dilucutkan. Pasangan tersebut adalah (deleted names), Adry Aziz - Norhafiza Mastor dan Norhan - Nik Syerina. Penulis sempat menemubual Encik Norhan, menurutnya kejadian itu berpunca setelah beliau berbual-bual dengan Nik Syerina di stesen bas Ipoh sambil menikmati kacang putih yang dibeli, malangnya kejadian ini dilihat oleh Effa Rina.
2. Rokol? Roll Call?
Penghuni asrama Seratas wajib melalui detik ini. Tidur lewat malam sememangnya membuatkan kita longlai di pagi hari. Tidur lewat berpunca kerana pelajar junior perlu berkhidmat untuk senior seperti membersihkan kamar, menyusun dan mengilatkan kasut, membasuh baju serta memasak Maggie. Satu jam sebelum azan subuh berkumandang, tepatlah waktu di mana seorang pelajar matrikulasi yang dibenci ramai, Roslan mengetuk baldi dengan penyangkut baju sambil melaungkan perkataan 'roll call'. Sungguh azab!
Dari bilik ke bilik, Roslan menyinggah namun hanya bilik pelajar junior sahaja. Suara beliau amat kuat, ditambah bunyi ketukan baldi yang menyakitkan hati itu. Setelah suis lampu dinyalakan, para pelajar mesti turun dari katil dan seberapa pantas menuju ke perkarangan untuk membuat barisan. Ianya mungkin jam 5 pagi, pelajar disuruh meluruskan barisan, disusuli nyanyian lagu sekolah dan bacaan Asma-ul-Husna. Mulut yang pekat dengan air liur basi ini terhangguk-hangguk melaungkan bacaan, kemudian terus ke surau. Di surau, pelajar akan membuat kumpulan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran menantikan laungan azan subuh.
Roslan sering kali dicemuh masyarakat. Beliau gemar memberi ceramah percuma, mengemudi aktiviti yang direkanya sendiri serta mempersiakan waktu berehat pelajar junior. Di Seratas, 1 jam rehat itu amat berguna kerana tubuh yang keletihan memerlukan rehat yang cukup untuk mengembalikan stamina sebelum kembali dibulli nanti. Roslan yang suka berceramah ini juga dicemuh di mana ramai yang tidak mahu berimamkan beliau, atas alasan beliau memakai baju gambar cicak seperti mana ceramah beliau sendiri melarang borsolat dengan pakai motif binatang mahupun apa-apa yang boleh melambangkan kepercayaan anamisme. Tidak hairanlah jika ada yang memanggil Roslan dengan nama 'wayuyi wayumi'.
3. Inang Rodat dan Kumpulan Koir
Bagi penggemar teater, anda pasti ingat bahawa anda perah dihidangkan dengan sebuah pementasan teater dari Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim, Kati, Kuala Kangsar. Teater bertajuk Inang Rodat ini berkisarkan tentang kisah cinta penari istana. Teater ini dibawa atas inisiatif Cikgu Zul. Bagi para perempuan mesti berasa cemburu melihat pelajat Temenggung Ibrahim yang memakai baju kebaya ketat kerana pelajar Seratas hanya dibenarkan memakai baju kurung yang berketelapan air tinggi.
pada tahun 2000, Seratas menjadi tuan rumah untuk pertandingan koir peringkat negeri Perak. Pelajar yang menyertai pertandingan ini datang dari segenap daerah, sebelum memulakan pertandingan mereka tanpa segan silu berlatih teknik falseto tak kira di mana jua termasuklah bilik belajar, bilik pesakit dan dewan menonton asrama. Suara mereka memang 'high pitch' lantas membaw akita seperti berada dalam dewan gereja Sister-X.
Namun, penulis sempat melihat bagaimana beberapa rakan baru yang dilihat melempiaskan rindu terhadap rakan-rakan bekas sekolah mereka. Nor Sahliza berpeluk-peluk dengan ahli pasukan Tarcisian Convent, Maslinatasha dengan SMKSIS II dan Asrul Izwan dengan Sekolah Hamid Khan.
8 comments:
sumpah aku jeles tgk depa pakai kebaya!
kuat gila instinct ang nahar..
-mek-
kuat ingatan ang nih!nama2 dlm cita ni tadak yg nk marah ka?haha
mek : hahahaa... takkan kebaya je yg menjadi penggoda jiwa?? ingat hang rasa nak berlakon skali..
wan : tak marah kot sebab apa yg aku tulis just tak de sebab utk marah. pasal pasangan pengantin tu, rasanya diorg tak baca blog aku kot. hahahaha... tapi encik norhan tu ada di opis aku. dia QS kat sini hehehehe..
depa pakai kebaya ngan kai terbelah kot blakang...pikiran aku dok pikiaq...budak laki mesti syiokkk tgk depa....maklumlah kami kan dipaksa berstokin ketika pegi prep..
sapa yang paksa? hahaha... itu kan di asrama... sudah tentu contoh terbaik seperti kak sharifah norziatul menjadi idola korang.. tapi naik form 5 mesti tukar kepada britney spears..
terjumpa blog ni..syabas syed, membacnya membuatkan aku tersengih sendirian.....
weh..ardi ngn huzaimah x masuk senarai la rsnya syed.. kalo x silap aku leon ngn pompuan nama azreen... -pae-
Assalamualaikum.
Nama saya Ardi Mukhzanie Mahbub.
Kenapa ade cerita fitnah pasal saya dalam blog ni?
Please get your facts right before posting anything.
And plese take down this post or remove my name before i take any further action.
Thanks
Post a Comment