Thursday, August 27, 2009

suatu ketika dahulu ia pernah berlaku (part 2)

salam sejahtera. diharapkan para pembaca dapat meluangkan sedikit masa bagi tujuan pembacaan sebuah makalah yang ilmiah ini. sebagai mengembalikan memori sinar sebelum ini, sila klik pada sorotan berikut untuk membaca paparan sulung suatu ketika dahulu ia pernah berlaku (part 1).

1) the versus
ingatkah anda sewaktu ketika dahulu, para pelajar seratas amat mudah tersentuh hati, justeru melahirkan rasa tidak puas hati. saban kali kita mendengar ayat, "ah aaah! tak puas hati aku!!!". cukup sinonim dengan kehidupan harian kita. tahun 1997 menyaksikan dua pertembungan hebat. tepat jam 12 tengah malam, ketika pelajar lain sedang nyenyak tidur, acara dimulakan dengan ketukan pintu. kelihatan abang buniyamin meluru masuk ke dorm A14 lalu mengunci pintu. kelihatan pula beberapa pelajar tingkatan 4 berkumpul di pondok belakang bilik urusetia. kemudian, suara bersahut-sahutan jelas kedengaran bagaikan harimau mengaum. sungguh menggemparkan.

"kelepap! kelepup! kelepap!" kedengaran bunyi tampar menampar, sepak dan terajang. pergaduhan ini berlarutan sehingga setengah jam. pertembungan antara pelajar tingkatan 5 dan 4 ini telah lama diusulkan. menurut khabar angin, kes ini tercetus akibat rasa tidak puas hati ke atas dasar pemegangan kuasa yang tidak seimbang. dalam pada penulis menyaksikan pertembungan ini, kedengaran suara esakkan seperti anak kecil. setelah diamati, ia adalah milik ashabul yamin yang mana beliau amat halus hatinya namun tebal dengan kepercayaan. setelah ditanya, beliau menyatakan, "aku sedih tengok orang melayu bergaduh". pergaduhan kedua menyaksikan pertembungan antara pelajar tingakatan 5 dengan pelajar matrikulasi, yang juga berlangsung di perkarangan luar dan dalam blok A atau nama kemudiannya, blok al-ghazali yang mana tidak ada sebarang kaitan dengan azizah ghazali.

2) perginya seorang jurukamera
ingatkah kalian dengan seorang jurukamera yang tidak asing lagi dilihat mencuri gambar-gambar 'candid'? beliau berasal dari kedah, telah belajar selama 5 tahun di seratas iaitu mohd fauzi atau lebih dikenali sebagai abang pojie . di tahun 1999, lokasi di burmese pool telah menyaksikan beliau telah lemas, justeru meninggal dunia di tempat kejadian. beliau yang berpewatakan 'diam-diam control' amat digemari oleh segelintir pelajar perempuan bakal menduduki peperiksaan spm selang beberapa bulan kemudian. pada hari kejadian, kelihatan ramai pelajar perempuan tingkatan 5 mengangis penuh hiba. mereka adalah salina, norhafizah mansor, huzaimah, dalila dan beberapa lagi. walaupun begitu, pelajar seperjuangan dengan penulis juga turut menangis, namun tiada sebarang komen berhak ditulis. kesinambungan daripada kisah ini, para pelajar tidak dibenarkan mengunjungi kawasan sungai tanpa persetujuan dan pengawasan.

3) percuma
sewaktu belajar di seratas, para pelajar tingkatan tingakatan 1 masukan 1997 telah menerima tawaran sebagai program khas dimana semua perbelanjaan ditanggung kerajaan sepenuhnya kecuali yuran PIBG, kecuali faridah hashim, nurul syatilla dan norasheedah abdul razak. seawal bulan pertama, para pelajar ini telah beratur panjang di hadapan kedai koperasi untuk diambil ukuran badan oleh mat tailor yang memiliki logo perniagaan persis jenama playboy iaitu kepala arnab. sebulan kemudian, pelajar-pelajar ini menerima baju melayu berwarna biru laut bagi pelajar lelaki, diikuti baju batik, uniform sekolah pelbagai saiz dan seluar sekolah poket satu di punggung. beberapa ketika selepas itu, mereka pula menerima baju sukan berlogo sekolah, kasut riadah berjenama pallas jazz, sarung kaki dan kali terakhir menerima sepasang kasut hitam yang amat keras dan tahan lasak dengan muncung tajam, amat bisa jika disepak iaitu kasut berjenama wawasan sepatu utara.

10 comments:

Anonymous said...

hang ni suma igt...hehehhehhe..cmni arrr....update la slalu.....

sir

naeims_ab said...

tolong bukukan semua sejarah sepanjang kita berada di seratas....
aku suka sejarah..huhu

Anonymous said...

pasal cita arwah pojie tu ingat lagi,pg tu masa nk pi prep pg nmpak dia dok lari2 nak pi clas mr goh klu xsilap...dia lmbt.ptg tu plak cikgu midah dok kecoh2 pasal arwah...al-fatihah buat arwah..

SYED NAHAR said...

sir : ceh sir..mana aci! hangkena apdet gak..aku suka penulisan mu yg manja itu. hahahaha..

naim : ko ni asyik minat sejarah jek! ingat ko tak leh tewaskan siti zalipah n mohd hakimi..hehehehe..

anonimes : siapakah cik/encik anonimes ini?? hehehee..

Nora Azua said...

camne ko boleh ingat semua ni???salute la!

SYED NAHAR said...

benda yg common ingat lah kot... lagipun hanya sekadar berlaku n kita pernah berada di situ so kita mudah ingat benda tuh..betui tak?

Anonymous said...

hehe...cuba teka siapa aku?

SYED NAHAR said...

hang ke m** c****??

Anonymous said...

mak ai..smpi brand kasut pun hg igt syed... dasat gl otak hg... nmpak nya mmg bunga btol2 dh mnjadi lambang kejayaan hg.. tingat plak dok seratas dpt mkn durian free...

nad said...

al fatihah buat arwah pojie... :(