Kita diwajibkan berzakat kepada fakir miskin untuk setiap lebihan rezeki pada kadar yang telah ditetapkan. Siapa fakir miskin yang digambarkan? Jika di Malaysia, mungkin kita tidak dapat membayangkan secara visual namun apa yang kita cuba untuk fahami adalah orang-orang susah yang rumahnya robek serta anak-anak yang kurang belanja untuk ke sekolah.
Pengalaman sewaktu di India membawa saya melihat sendiri siapakah fakir miskin. Mereka mudah didapati, mungkin kerana faktor India sebagai negara dunia ketiga. Kalau di Malaysia, kita hanya menonton filem P.Ramlee lalu membayangkan insan tua yang hidup serba kekurangan. Akan tetapi di India masih wujud fakir miskin yang tegar sekali.
Sewaktu menyuri salah sebuah lorong di Chandni Chowk di Old Delhi, saya secara diam-diam mengambil foto di mana para fakir miskin duduk bercangkung sambil berharap ada sisa makanan yang akan dilemparkan. Foto di atas nampak seperti mereka sekadar meraih simpati atau meminta-minta makanan dari periuk. Oh tidak, beberapa saat kemudian, lelaki pekerja restoran itu mencampakkan sisa makanan dari pinggan pelanggannya, lalu mereka yang fakir ini berebut-rebut menyerbu sisa tersebut tanpa mengendahkan tahap kebersiihan. Pesaing antara mereka adalah fakir-fakir yang lain dan juga anjing. Sungguh menyedihkan, serta menginsafkan. Wang sangat kejam memperletakkan manusia di keadaan sebegini. Wang tidak menjamin kebahagiaan tetapi wang manusia hilang pertimbangan. Sungguh berhantu wahai wang.
4 comments:
semoga takde org kt msia jadi gini.kesian!
~hazel~
keinsapan??
teibe teringat lirik lagu dido ...
"if my life is for rent and I don't learn to buy...."
oh dido dulu suka nyanyi lagu2 yg memberi nasihat..skang lebih kepada ajakan persetubuhan hahahaha..
Post a Comment