Setelah fail lama tentang pelajar lelaki (The Hidden File : Lelaki) dibacakan, kini kita buka pula fail pelajar perempuan. Jangan terkejut! Fail pelajar perempuan lebih tebal dan lebih unik untuk kita hayati. Perempuan terkenal dengan emosinya serta tingkah laku mereka yang terikat kuat dengan emosi semasa. Persoalan di sini, apakah yang difikirkan oleh Noor Hani Jusoh sehingga dia alpa untuk berwaspada ketika menyeberangi longkang? Aneh bukan, akan tetapi fail-fail ini akan dirungkap tanpa pendedahan.
1. Kelas 2 Utarid memang terkenal dengan bintang-bintang handalan tak kiralah sama ada menduduki tempat pertama dalam peperiksaan mahupun kentut terbusuk sehingga memaksa seluruh pelajar bertempiaran melarikan diri keluar kelas sewaktu Cikgu Arifin sedang mengajar subjek Sejarah. Apabila menyebut nama Cikgu Arifin, tentu semua tahun, beliau mempunyai ketegasan yang tersendiri. Terkadang yang kita anggap mengganggu tetapi baginya tak mengapa dan sebangainya. Di kelas 2 Utarid, seorang pelajar perempuan telah ditujal kepalanya lantas dihambat keluar oleh Cikgu Arifin atas kesalahan yang minimal. Peristiwa ini dapat diperhatikan secara langsung dari kelas 2 Kejora yang terletak bersebelahan. Tidak hairanlah jika pelajar perempuan ini juga turut berani memegang watak perempuan 'brutal' sewaktu pementasan di dewan besar dengan mengenakan baju 'sweater'.
2. Tahukan anda bahawa pelajar perempuan mempunyai imaginasi yang sangat sukar dikawal. Jika pelajar lelaki sibuk mentelaah mata pelajaran sewaktu prep malam, terdapat segelintir pelajar perempuan yang juga sibuk tetapi menyediakan carta kedudukan lelaki terhandsome dari ranking pertama hingga ke-10. Mereka ini memang cekap membuat analisis, dan nyatanya mereka sangat awal dewasa. Namun, seorang daripada mereka merupakan pelajar yang sangat berani. Tanpa pengetahuan rakan sekumpulannya, beliau mempunyai hubung kait dengan pelajar lelaki yang amat kuat sekali, sebagai seorang pembeli rokok. Oleh itu wajarlah barang terlarang ini tetap bebas masuk ke dalam kawasan sekolah. Tentu beliau memiliki kebolehan istimewa bukan.
3. Bertumbuk bukan resmi perempuan, tetapi ditumbuk itu tidak mengenal siapa mangsanya. Era tahun 1997, kita digegarkan dengan satu kes tumbukan padu biol seorang guru lelaki kepada anak muridnya yang berjantina perempuan. Kes ini telah didiamkan atas dasar takut serta menjaga keaiban si pelaku. Apapun, contoh yang tidak baik ini tetap menjadi kenangan ngeri buat pelajar terutamanya pelajar perempuan ini yang kemudiannya bangkit melupakan sejarah hitam itu.
4. Seorang perempuan yang berjaya meraih hadiah adalah sangat bertuah, lebih bertuah jika hadiah itu lebih mahal harganya. Jikalau aktiviti x-dedikasi membuahkan banyak hadiah buat seseorang perempuan cantik, namun di antara mereka siapakah yang mencatat rekod tidak rasmi sebagai penerima hadiah termahal? Bukan menerusi x-dedikasi tapi beliau mendapat hadiah itu seikhlas hati dari seorang pelajar yang amat menaruh hati terhadapnya. Hadiah tersebut adalah berupa seutas rantai bernilai.
5. Sering kali keganasan hanya dikaitkan dengan pelajar lelaki, tidak kira yang dibuli atau pembuli. Namun, keganasan itu tidak terkecuali daripada golongan guru. Seorang guru yang dihormati dan ditakuti pernah menampar seorang pelajar lelaki yang macho sehingga mengalirkan air mata. Itu mungkin dianggap rasional. Tetapi bayangkan apabila guru ini menghukum seorang pelajar perempuan dengan menyuruhnya menjunjung kerusi di atas kepala, bagaimana anda mentafsirkan keadaan ini? Lucu bukan? Tetapi, beliau mungkin menjadi calon tunggal yang pernah menerima padah daripada kesan emosi tidak stabil dari guru berkenaan.
7 comments:
hidden file versi pompuan ni lebih mudah di tafsir.....
ni ada smbungan lgi ke? cam x abes ja...hehehheheh
sir- bukan pompuan dr hidden file..
hahahaha.... kalau ada masa ada kot sambungan. aik? ko org pertama buat pengakuan tak de dlm hidden file? hehehehhe... yg lain nak naku jadi nomor 4 kot...heheheheh..
sapa penyeludup rokok tuh? hebat. eh sapa yg dpt seutas rantai bernilai itu? huhu..terujaa nak tau..
anand
anand oh anand...sekian lama kini kembali. tiada sebarang pendedahan akan dibuat di sini... hehehehe...
i loike pasal 2u tu.. aku pon terlibat gak dlm pementasan tu.. muahaha *menang kot*.. humm sape yg kne tumbok tu wehh?? *nak tya gak wlopon ang takmo bitau*
apoie :)
sungguh ingin tahu...
apoie : hahaha.. ko akan tau kalau ko amati kisah tu btul2!
naim : ko memang dah tau pun. jgn berpura cendana! hehehe.. pura cendana?
Post a Comment