Wednesday, January 12, 2011

Bandung - Paris Van Java

Pertama kali ke Bandung, aku hanya berbekalkan kisah-kisah gembira mereka yang telah ke sana. Terus aku memasang kehendak untuk ke sana atas tujuan untuk membeli belah. Tangkuban perahu merupakan antara yang aku inginkan tapi belum ada insan yang boleh menemani aku ke situ. Dua kali ke Bandung, aku sedikit memahami budaya Sunda.

Bulan ramadhan 2010, aku ke Bandung dan melihat permandangan ini. Kali kedua baru-baru ini (7-10 Jan 2011) aku melihat permandangan sama sekali lagi lantas aku mengambil gambar. Aku malu untuk bertindak menghidupkan suis kamera dan membuat bidikan melalui tingkap pesawat. Tapi kali ini aku menaiki Air Asia Indonesia dan aku lihat ramai yang berbuat seperti aku, kalau kedatangan pertama, nescaya ada yang akan mengeji aku.

Malam pertama untuk kedua-dua kalinya kedatangan aku ke tanah masyarakat Sunda ini, pasti aku tidak akan melupakan jasa seorang kawan yang memberi info akan restoran ini. Sierra terletak di lereng bukit ini memberikan aku panorama indah, makan malam sambil menikmati kota Bandung bermandikan cahaya. Di sini chef menawarkan menu makanan barat, tapi makanan Sunda dan Bali juga enak, jangan ragu!

Lukisan ini pasti nostalgia. Budaya Sunda yang dipengaruhi elemen Hindu ini akan membuai mata anda melihat lentok seninya. Kita masyarakat Melayu Semenanjung akan kurang terpukau kerana ia kerap dilihat di kaca televisyen, tapi cubalah hayati mana tahu ia mampu menitip idea akan sesuatu. Lukisan dan ukiran adalah makanan masyarakat Sunda.

Patung dewi ini sesekali seperti ukiran Eropah tapi ramai yang tahu ia adalah Rumah Mode yang menjual barangan berjenama dengan harga kilang. Bandung amat terkenal dengan 'Factory Outlet', oleh itu membeli-belah adalah agenda utama yang bakal dilalui. Awas! Jangan kerana ghairah memilih, anda lupa yang mana tulen dan yang palsu. Saya lebih mengesyorkan anda berkunjung ke Jalan Dago/ Ir H Juanda, Jalan Cihampelas, Pasar Baru, Heritage, Jalan Riau, Cigondewah dan Cibaduyut, Braga dan Komsambi. Rangka perjalanan dari awal akan menjimatkan masa serta membantu kurangkan sakit kepala.

Makananlah makanan yang bersih, rasanya sedap atau tidak itu tiada dalam bidang kuasa namun pengalaman itu amat bermakna. Harganya murah dan berbaloi jika anda peruntukkan agenda makan sebagai antara matlamat utama. Jangan lupa Teh Botol Sosro, Brownies Kartika Sari/ Amanda dan apa-apa yang boleh dikongsi bersama.

Mensyusur jauh ke kawasan desa adalah antara agenda yang tidak akan saya lepaskan. Melihat kehidupan di lerengan bukit, rumah-rumah dipahat, apakah ia persedia menempuh hari muka? Tapi itu adalah risiko yang wujud tak kira di mana kita berada. Ancaman bencana bukan pematah semangat untuk terus hidup. Yang pasti potret desa di indonesia amat indah dan unik. Pasti saya akan mengunjungi Indonesia lagi.

**pertama kali naik Air Asia ke luar negara, aku rasa amat takut dan mula rasa amat perlu beli insuran. Tadi ada pesawat Air Asia Malaysia tergelincir dari landasan di Kuching? Dulu naik Ipoh-JB rasa macam ok saja. Pengalaman Flight-Cancelled di saat akhir apapun telah memperkenalkan aku dengan Pak Tedy yang amat baik, banyak info berguna. Bilakah saya akan dapat melawat Fran di Paris?**

4 comments:

Anonymous said...

lain kali jom pi ngan aku lah pulak hehehe

ina

SYED NAHAR said...

hahaha.. anda mau pi lagi? bila anda mau ambik ini telekung kris dayanti???

Mama Miraki said...

untuk kak nab tak de ker telekung kris dayanti tu....huhuhu

SYED NAHAR said...

hahaha...lain trip lah ye... trip kali ni cash bawak sikit jek... hehehe..