Friday, January 21, 2011

Pasrah

Tajuk gempak macam filem Erra Fazira sahaja. Tapi, setelah diamati, aku rasa pengalaman ini harus aku coretkan di blog supaya sama-sama member teladan kepada pembaca. Pengalaman bermula seawall pertengahan tahun lepas.

Ya, di tahun lepas aku mengunjungi sebuah butik barangan berjenama yang menjual pelbagai pakaian, aksesori dan keperluan fesyen. Di sini harganya amat boleh diterima alasan (reasonable). Bahan jualan merupakan keluaran terus dari kilang namun dijual dengan harga murah kerana dipercaya mempunyai sedikit celaan, dengan kata lain nama kedai ini adalah Brand Outlet. Di sini, aku mengunjungi took ini bagi mendapatkan tali pinggang, sehinggalah aku tidak sedar ada yang menegur dari belakang.

Suara yang tidak aneh itu adalah milik Natasha Aqilah Ramli. Aku terperanjat kerana setakat ini aku belum pernah menandatangani mana-mana kontrak rakaman atau dengan mana-mana penerbit filem. Rupanya Natasha, beliau hadir bersama Pak Cik Leman beliau yang dikhuatiri telah mengalami masalah perhubungan. Ye lah, Pak Cik Leman jalan jauh-jauh dari aku, macam merajuk dengan Natasha yang telah menduakan dirinya. Hahaha!!!! Tak masuk akal, pasti Natasha pula yang akan mengalami masalah persahabatan dengan aku kini. Tak mengapa, paling marah pun dia tak mungkin akan remove aku dari Facebook.

Pada hari itu, aku telah membeli tali pinggang yang mana aku telah akur yang ianya adalah yang terbaik buatku. Pattern yang sama aku beli 2, satu putih satu coklat gelap. Aku memang sukar membeli tali pinggang, tak hairan dulu kala aku memang tak pernah ada tali pinggang. Punca utama adalah saiz pinggang aku yang sekecil saiz 29 sememangnya dicemburui oleh gadis-gadis di luar sana. Hahaha!!!

Dulu lagi lah, aku pakai seluar 28 nak cari seluar pun susah. Tali pinggang itu jenis yang bukan kena tebuk-tebuk lubang tapi yang jenis getah yang dianyam-anyam. So, teknik pin dia hanya cucuk sahaja di mana-mana yang selesa. Kalau jenis lubang-lubang tali pinggang kulit ni, aku akan terpaksa menyuruh promoter dia tebukkan extra lubang. Kemudian apabila dipakai, ia akan lebih panjang mencanak keluar dan kelihatan terlalu G-Q.

Pendek kata, tali pinggang ini adalah yang selama ini aku cari dek kerana panjangnya yang sekadars esuai dan harganya berpatutan, sesuai dengan gaji bersih aku setelah dipotong segala EPF,line meksis, PTPTN, cukai, sewa rumah dan ansuran kutu. Setelah hampir setengah tahun berlalu, aku memang menobatkan tali pinggang itu sebagai yang terbaik terutamanya yang berwarna coklat gelap kerana kekerapan kegunaannya mencecah 5 kali seminggu. Malang sekali, pada suatu hari tali pinggang ini telah terjatuh dari sangkutan di pintu lalu berderai patah pinnya. Apabila batang pin yang patah, sudah tentu tidak boleh digunakan lagi.

Aku kaget dan sedih! Keesokan harinya bersempena cuti peristiwa yang diumumkan syarikat, aku bergegas ke took tersebut bagi mendapatkan yang baru. Cuti peristiwa yang diumumkan ini adalah kerana Batu Caves menjadi sibuk luar biasa berikutan Hari Thaipusam di keesokannya. Setibanya di Brand Outlet, aku sepantas kilat menyusuri dari satu ke satu tempat digantungnya tali pinggang. Sungguh sedih apabila di kelima-lima lokasi aku gagal menemukannya. Sungguh sedih, sehinggalah teralih aqidah aku lantas membelek baju-baju, seluar jeans dan cardigan di situ cukup indah kalau dibeli, penuhkan bakul di rumah. Dalam sibuk mencuci mata, aku ternampak sesuatu!

Hanya satu! Alangkah tidak percayanya aku! terdapat satu tali pinggang yanga ku cari di gantungan. Cuma satu, memang ajaib. Mungkin kedudukannya di belakang yang lain membuatkan ia tersorok lantas tidak dilihat pelanggan lain. Aku lantas mendapatkannya. Aku merasakan mata aku telah terpilih dengan takdir yang menemukan aku dengan tali pinggang itu. Hanya satu, dan ia berwarna coklat gelap! Aku bersyukur dan merasakan ingin duduk tahiyat akhir di situ juga!!!

Tanpa banyak bicara, aku terus membawa barang dagangan itu ke kaunter untuk dibayar. Aku berasa amat lega seolah-olah suara aku didengari lantas dikabulkan doa. Selepas itu aku merajinkan diri untuk menyantap bebola daging tersedap di Mutiara Damansara, Ikea. Kemudian berbekalkan semangat tali pinggang itu, aku menghantar pulang kakak aku yang terkandas di pejabat akibat suaminya masih ada 2 courses lagi untuk dihabiskan untuk sebuah farewell party. Aku menghantarnya pulang ke Kesuma Lakes dan terus kembali ke Sentul.

Dua hari berlalu, dana ku perlu ke pejabat pada Jumaat ini, hari ini! Setelah 2 hari bercuti kini aku perlu ke pejabat sebelum kembali bercuti 2 hari di hujung minggu. Semasa bersiap-siap, aku terlihat tali pinggang lama yang telah patah pinnya tergantung di pintu. Aku berasa amat sedih, dan dari jauh aku mengucapkan kata terima kasih atas jasanya. Sentimental aku melepasi batas haiwan dan kepada benda-benda yang bukan hidup.

Sambil aku memakai seluar, kemudian aku mencapai tali pinggang baru. Mata aku masih terpaku melihat yang tergantung di pintu tanpa pin. Tapi mengapa tangan aku tidak boleh menyudahkan tali pinggang baru ini melilit erat seluar di pinggangku??? Mengapa??? Katakan Tidak??? Oh apakah dosaku sehingga aku terbeli tali pinggang yang juga tiada pin??? Aku menarik nafas dalam, hembuskan perlahan-lahan dan lutut aku mula lemah.

4 comments:

Anonymous said...

ngahahaha..kesian.awat tak cek dulu b4 beli..?
aku tak mngalami mslh prhubungan ketika itu.dia jln jauh utk mncari jaket..hehe

tasha

SYED NAHAR said...

hahaha... aku nak cepat masa tu dan juga teruja jumpa jugak jumpa exactly sama yg dimahukan... dan juga lalai...hahaha.. sian aku...

Anonymous said...

lor...

ina

Anonymous said...

kejadian hari tersebut...lepas balik dari kesuma, terus balik senu. lusa tu nak pi keje.. baru nak kerobek beg plastik dan tersedar!!!

nahar