Tuesday, January 4, 2011

kemaskini buku 2010

tahun 2010 aku adalah sama sahaja untuk tahun-tahun sebelumnya. ada kegembiraan, bagai graf halaju-masa yang meningkat dengan pertambahan masa. bila analisis, kehidupan tidak berubah kerana jika diplotkan graf halaju-masa tadi kepada graf pecutan-masa hanya menghasilkan garis lurus mendatar yang menyaksikan nilainya adalah malar.

aku ada diari, tapi buku tersebut syarikat emtidi bagi tiada tarikh. aku yang bukan penulis diari tulen akan melihatkan catatan berada di mana-manatak kira muka surat mahupun kulit buku. tujuan kali ini untuk meninjau apakah yang dilakukan sepanjang 2010, tanpa mengikut rentetan tarikh sebenar.

1. nomad
berpindah dari apartment melati impian dijangka mengubah hidup dari segi keselesaan. nyata meleset. mula berpindah di awal disember 2009, nikmat kehidupan kota hanya ditemani tikus dan nyamuk aedes. taman dato senu bukanlah pilihan tepat tetapi ada baiknya kerana ia dekat dengan pejabat aku bekerja iaitu di batu caves selain perjalanan yang menyongsang arus kesesakan lalu lintas.


2 and a half storey, taman dato senu

penangan tikus, kaki aku digigit di suatu malam sehari selepas kematian din beramboi telah membuatkan aku cuak hingga terus keesokan paginya berkunjung ke klinik doktor suhana di sri gombak bagi memastikan tahap kesihatan. namun din beramboi sebenarnya meninggal dunia kerana demam denggi berdarah.

tidak cukup dengan itu, awal disember telah membelenggu hidup aku selama seminggu setelah dikenal pasti mengidap demam denggi. atas ketinggian iltizam aku meminum air 100plus, aku sihat kembali. bintik-bintik merah di merata kulit sungguh membuat aku panik tetapi pengalaman yang lalu telah memberi semangat untuk sekali lagi melawan virus denggi melalui terapi air.

2. kenduri
tahun 2009 menutup tirai dengan kisah kami satu keluarga bersedia untuk melaram di kenduri kahwin kakak aku, anna yang telah bernikah dengan jejaka pulau pinang. tidak cukup dengan itu, tahun 2010 telah membawa aku ke beberapa lokasi untuk menghadiri perkahwinan kawan-kawan.

setakat yang aku hadiri adalah kenduri apem-jaa yang aku hampir tersalah tarikh dengan kenduri kakak aku. kemudian kenduri salfa menjemput aku ke gopeng, kenduri jamalina di tanjung malim, kenduri chin di kuala kangsar, kenduri achik di sungai sumunkenduri reza fahmi-syuhada di labis, kenduri kamil di hotel grand blue wave shah alam, kenduri azharuddin di rawang dan beberapa lagi. aku kurang menggemari kenduri-kenduri ini kerana memaksa aku untuk memandu jauh, sehingga bil untuk membaiki kereta mencecah ribuan ringgit. kali terakhir adalah kenduri pajan-emon di grik.

3. rio
kereta kia rio yang dipandu sering kali membuat pasal. bermula detik balik dari saujana impian, kereta rio ini telah dipecahkan oleh pencuri yang sungguh pengecut. kesempatan yang diambil ketika hari hujan telah menyebabkan radio dicuri tapi aku terpaksa membayar sejumlah besar wang demi membaiki kerosakan seperti cermin yang pecah, sistem penggera yang dirosakkan, pendawaian sekitar steering serta sistem automatis cermin kereta yang telah bercelaru. tidak cukup dengan itu, kereta rio beberapa kali dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. kira kes langgar lari tak bayar.

pernah sekali aku tidak dapat memandu dengan sempurna kerana kereta menjadi ketat untuk bergerak di samping bunyi geseran yang amat seram. kemekan yang aku tidak sedari telah bergesel dengan tayar depan. cilaka kau yang melanggar kereta aku yang kusyuk parking di taman dato senu. tak lepas dari situ, di pejabat emtidi juga kereta rio telah disapu cat putih pada cermin sisi oleh mereka yang aku tuduh yang melakukan kerja-kerja renovasi pejabat syarikat alloy. musim hujan november, aku yang bersahaja menunggu kereta dato' membuat reverse parking telah dilanggar oleh sebuah van dari syarikat di serdang. pesalah tersebut membuat rayuan untuk tidak mahu bertanggung jawab kerana gusar dipecat oleh majikan.

4. delhi
hujung februari membawa aku untuk terbang ke new delhi bersama bekas boss. kami perlu menyelesaikan tugas khas yang amat penting untuk karier beliau yang mana memaksa kami untuk membawa pulang sejumlah wang milik syarikat yang masih tersimpan di dalam peti besi di sunder vihar untuk dipulangkan.


middle ring road, heading to south extension.

selain itu, kami juga dapat merasai pengalaman hidup sebagai pelarian apabila para sub-kontraktor dikhabarkan merusuh di hadapan pejabat sunder vihar justeru terus ke bazar dan toko-toko di serata new dlehi untuk membeli belah. sekali lagi di awal bulan disember, aku terbang ke new delhi untuk tugas-tugas khas termasuk hal peribadi yang menyaksikan banyak pengalaman baru yang dikhuatiri untuk dikongsi bersama.

5. sari
kain sari di blog sareewala mula dijual secara meluas dengan bekalan yang tidak putus-putus dari rakan kongsi bupesh nagpal. selain kain sari sutera bangalore, sareewala juga menjanjikan fabrik kapas terbaik, set pakaian wanita punjabi, kain sari sifon berlabuci serta beberapa lagi. namun masalah dihadapi apabila sukan komanwel delhi telah menyebabkan harga runcit kain melonjak naik.

6. bandung


my passport & the boarding pass.

pada bulan ramadhan, aku terbang ke bandung untuk meninjau kehidupan warga indonesia dan mencari jawapan mengapa ramai rakyat malaysia berpusu-pusu ke bandung. nyata bandung atau paris van java merupakan syurga membeli belah. itinerary yang dirancang kurang berjaya sehingga aku tersilap membayar wang teksi yang sepatutnya nilai 7 ringgit tapi kerana tersalah angka sifar, aku membayar 70 ringgit.

namun, aku mendenda pemandu teksi yang pura-pura ikhlas itu untuk membawa aku pusing-pusing kota bandung sehingga lewat malam. kini aku hanya menghitung hari kerana buat pertama kalinya aku akan menaiki pesawat air asia untuk ke bandung lagi selain jakarta di bulan may.

7. kesihatan
setelah lama aku hidup dengan berat badan purata 50 kilogram namun 2010 menyaksikan berat badan aku bertambah dan syukur ianya berkeadaan purata sekitar 55 kilogram. tiada bahagian tubuh yang dilihat jelas membesar tapi nyatanya aku merasa mudah letih sewaktu menjalankan aktiviti riadah. mungkin lemak mula bermastautin di sekitar perut.

kesedaran ini telah membawa aku untuk terus berusaha mengekalkan kesihatan dengan menceburi sukan bowling dan menyinar di arena seni suara melalui program kareoke hujung minggu. eh macam tak relevan pula?


bowling excitement.

yang pasti ahli-ahli mesyuarat tingkap sentiasa sudi meluangkan masa. selain itu, aku telah dihasut warga pejabat dan menjadi ahli produk kesihatan giffarine sehingga mengheret aku ke kursus make-up yang nyata aku tidur di belakang kelas.

8. penjimatan
aku amat jimat ketika membeli belah. meskipun dituduh membeli belah barangan mahal namun aku bersyukur kerana t-shirt semurah RM4.10 di carrefour telah mengaburi mata sahabat handai. pernah tercatat aku tidak mengunjungi pusat membeli belah untuk 3 bulan. sungguh hebat dan kenikmatan ini dirasakan satu yang hemat.

9. jelajah
siri jelajah tidak sehangat tugasan melawat kampung kuantan. aku menyalahkan mereka yang tidak mahu membuat perancangan. mungkin mereka mengharap aku yang membuat itinerary. namun beberapa kali aku keluar kota bersama beberapa rakan, seperti ke bukit tinggi gang selama, bagan lalang bersama hantu seafood dan genting highland bersama warga sumah sewa.

pada aku, pengurangan aktiviti sebegini juga berpunca dari sikap aku sendiri yang sibuk dengan tugas-tugas di sareewala seperti mana seorang kawan-kawan lain yang sibuk dengan perniagaan insuran, multi-level marketing dan produk kecantikan. isi nombor 9 ini sebenarnya tak patut dinamakan jelajah kerana sememangnya tiada tempat yang aku jelajah. hanya kerana kenduri kahwin, aku berkesempatan melawat kellie's castle walaupun menara condong hanya terngiang di awang-awangan.

10. karier
tiada perubahan, aku masih bergelar eksekutif biasa yang berkehendakan pemegang ijazah. namun, kelayakan ini bukan menjanjikan kehidupan duniawi yang piawai. walaupun ada ijazah tapi masih tak mampu membeli rumah flat kos rendah. aku tidak dapat membayangkan bagaimana graf harga rumah lebih besar nilai kecerunannya berbanding graf gaji aku yang malar.

tetapi, pada bulan julai aku telah menerima habuan di mana pendapatan bulan kini memaksa aku membuka fail di pejabat cukai. kenaikan nilai itu boleh tahan tapi apabila dilihat akan faktor kecairan dan pengaliran, hidup masih di keluk kuadratik yang lama, tetapi perasaan aku sahaja yang tidak seimbang seperti garisan graf kubik. selain itu, di pejabat emtidi tak putus-putus mengadakan farewell party yang memberi kesan mendalam terhadap kami yang tinggal.


down memory lane, acpi.

begitulah diari aku yang sangat general. tiada keistimewaan namun jika mahu dikupas dengan lebih mendalam, aku gusar pembaca akan mentertawakan aku. takkan aku ceritakan pengalaman gundah gulana serta malu yang menebal sewaktu nak kemas kini buku amanah saham bumiputera. aku malu kerana semestinya dividen aku sekadar lekat celah gigi. tapi perasaan inkuiri telah memotivasikan diri aku. kalau ini pun nak cerita nanti dah jadi blog diari. aku sendiri menyampah!

4 comments:

mrs hunnybee said...

ingatan yang sgt baik...tv3 punya sorotan 2010 pun x mcm nieh...hehehheh....tp bagos jugak..mengenang balik yg berlaku utk jadi iktibar di tahun 2011...

selamat tahun baru syed....

SYED NAHAR said...

slamat tahun baru siti za. hahaha... eceh! lama diam rupa2nya kak wan lepak umah hang! cis kak wan tak habaq pun! hahahahaha..

missone hazel said...

hoi! ada habaq la,ang yg lupa kot..hehe...make sure 2011 aktiviti lagi best dari 2010 ok!

Anonymous said...

weh hang igt aku ni pembawaacara ke? (dlmbahsa indonesia bermaksud pengacara) hahahahhaa...