Saturday, January 16, 2010

pesan nenek

mur kata nenek jangan main api, kelak terbakar jari. akan tetapi, kanak-kanak mana yang tidak gembira bermain api? itu adalah lumrah apabila kita suka akan sesuatu, terus menghasilkan sebuah taksub. namun angina lalu akan meniup perubahan, searus usia kedewasaan. maka kita kenal, bisa mengadili baik buruk.

kita sudah besar, tapi tetap ingkat. jangan tanya kenapa, kerana jawapannya akan tertunding hidung sendiri. sememangnya bunga cantik tika kembang kelopaknya, jika disentuh pudar daranya. untuk kekalkan kecantikannya agar kekal lama, kucup sahaja. ambil baunya, harum itu akan melekat sebagai terus ke hati, itu pesan nenek lagi.

nenek oh nenek, kenapa jari kudung kalau tunjuk pada pelangi? nenek jawab tak baik.

nenek oh nenek, kenapa kakak tak kahwin lagi? nenek jawab kakak merdu bernyanyi di dapur.

nenek oh nenek, kenapa nasi basi di pinggan? nenek jawab nasi menangis.

soalan : nenek siapa tu? nenek aku tak pernah pesan benda-benda cenggini..

3 comments:

cik mastura othman said...

ok.... aku penah dgn semu pantang larang tu tp knpkah aku tak faham persamaan kuadratik antara pantang larang tu dgn perenggan terakhir? hehehehehe.....

cik mastura othman said...
This comment has been removed by the author.
SYED NAHAR said...

hahaha...perenggan akhir telah didelete.