pada aku, setiap kali melalui suatu fasa itu mesti hadir bersama perasaan yang kemudian mempengaruhi jiwa. namun perilaku tidak semestinya. sewaktu tinggal berjauhan, bukanlah kesedihan yang menyelubungi jiwa. aku tidak sunyi di hujung minggu walhal sepi malam aku amat menggembirakan. memiliki kerja yang dikategorikan sebagai tahap sederhana, degupan jantung hanya sekali-sekala saja goyah.
aku gemar mendengar. lagu-laguan sentiasa menjadi halwa telinga dan turut sama berdendang riang. dalam suka menyanyi bersama, tika sakit berlagu pilu. kini aku ingin menceritakan bagaimana sesebuah bait lagu meniti arus kenangan. setiap lagu hadir pada suatu fasa masa dan tika itu kehidupan harian dilalui seperti biasa, cuma sesekali mempengaruhi rutin. kini, jika lagu itu berkumandang, ia secara automatis mengembalikan kenangan yang sememangnya kita belum lupa.
lagu yuna yang berjudul 'yang sebenarnya' pernah membuai diriku. aku yang jauh ketika itu hanya diperkenalkan dengan lagu itu daripada sebuah blog rakan. kali pertama mendengarnya, ia bersesuaian dengan situasi aku ketika itu barang kali, terus selesa didengar saban kali. kini pabila mendengarnya, ia mengembalikan ingatan aku kepada peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui :
1) setiap kali bangun pagi di hari ahad, tubuh aku berat. sambil bersiap, aku membiarkan lagu yuna tadi bermain sendirinya berulang kali. aku mengerti aku ceria. sehinggakan kaedah baring di katil dilakukan dengan lompatan. tika itu ya, aku bersahabat dengan internet semestinya memiliki kenalan.
2) bertanya rakan akan lagu ini, terus mencarinya untuk dimuat turun. ya, laman '4shared.com' semestinya menjadi taruhan. terus diisi dalam komponen mp3 lalu dimainkan bersama lagu kesukaan lain. setiap kali menuju ke malaysia embassy di chanakya puri, setiap kali menuju tapak bina, setiap kali jiwa kosong dan sebelum tidur aku cuba untuk mendengar lagu ini. aku tidak taksub dengannya tapi mungkin kerana perasaanku yang mahukannya.
3) kini aku membayangkan di mana aku tiba-tiba menjadi gemar memasak. katakan saja, maggie bandung, cucur kucai, pelbagai kari, tomyam sayur, sanwich tuna, spagetti dan mihun goreng. pernah juga kerana dipengaruhi hormon ini aku telah membuat laksa buat pertama kali. apabila ianya licin, aku puas. tetapi sambil memasak aku gemar ketawa sendirian. oh jangan gusar dititis racun kerana belum pernah mendapat mati.
4) aktiviti keluar bersama teman bukan sepejabat tentunya membuat ramai ahli rumah sunder vihar merasa aneh. musim panas aku menaiki metro untuk ketemu rakan yang kemudiannya membawa aku meneroka dunia sebenar yang tiada tolok bandingnya. tulis sahaja hospital burung, kuil jain, lorong sudu dan garfu, berjalan kaki menuju india gate, ke pertunjukan tarian kathak, melawat pusara penyair ulung zaman aurangzeb, makan di haldiram serta pameran ganesha di mandi house. semestinya pengalaman yang cukup sempurna.
5) kenapa perlu melatarkan video dengan projek jambatan menyeberangi sungai yamuna di east delhi itu? ya, ketika pacuan yang dipandu manjeet menuju ke sana, aku mencucuk pemain mp3 untuk bersama melayani lagu ini. ketika itu aku dan faiz membuat percaturan sendiri apabila sesuka hati pergi melawat projek itu tanpa disuruh. bukan sekadar berakhir di situ, kami menuju pasar-pasar di old delhi, membeli gelang ole-ole berupa gelang tangan, ke jama masjid makan tengah hari di restoran karim sehingga pulang malam di sunder vihar. penuh dengan kenangan ketawa hilai.
namun, ya ada namun di sini, keakraban bersama lagu yuna ini telah berakhir dengan apabila perasaan lain menyelubungi jiwa. sememangnya perasaan lain yang bukan lagi ceria, tentunya dihelaian akan datang.
13 comments:
betolll!
kdg2 bila kita dengar balik sesebuah lagu tu..ia akan bawa kita kembali pada kenangan......*jangan muntah dengar ayat aku neh...
setiap kali baca n3 ang yg mcm nie..sure rase aku ngah bace sisipan cerpen di balkoni sambil hirup air kopi di malam hari yang sunyi
next entry.....walaupun x berapa nk paham sgt dikala otak tgh huru hara seketika...
ok.... stuju ngn kak wan, aku kurang paham ttg ntry ni even aku paham maksud hg ttg kenangn n lagu... hahahaha...
p/s: lagu apakah yg berkumandang di jiwa anda saat ini?
hahahaha... siap pakai ps lagi,seb baik tak masukkan skali nota kaki...
mek : ya trime kasih kerana paham! tapi make sure feeling ko baca sisipan cerpen tu dengan lampu balkoni di on. kang gelap gulita tak dapek nak membaca.
kak wan : apa nye? aku just nak bagitau yg bila aku dengar lagu, aku akan kenang peristiwa2 yg berlalu bersama ketika lagu tu syok di telinga aku. hahaha..
mas : sekarang? adalah lagu hindustan "ab to forever" hahahaha.. tak jugak. skang ni aku kerap didominasi lagu2 yg rancak...tak best cite kat sini nanti habis lah komponen idea aku.
lagu bercanda di tepi pantai ingat lagi x?hahaha...
hehehheh..suka ntry ni...aku pon sama..bila dgr certain lagu tu...teringat balik kenangan zaman dolu2...pastu kdg2 ada lagu terlekat dlm otak..dok keep on playing ja....
sir
kak wan : lagu tu kalau aku nyanyikan utk nuhu mesti dia gelak tak berhenti..teruk sungguh tabiat gelak nuhu nih...mesin vibrate rosak tak reti nak berhenti.
sir : mesti lagu tu kekal bermain dalam fikiran ko walau ketika tu ko nak baca doa iftitah...
la ni dia repair dah kot mesin vibrate dia tu...haha
la ni nuhu lebih kepada mesin nak generate bayi....mesin gak tu..
dulu suka sekarang tak suka?
teka apa
n
ntah..clueless aku dibuatnya....
**muka terpinga2 rasanya ini norihan awatlah malas sangat nak tulis nama sendiri yg rasanya tak panjang sgt...??? hehehehehe..
haha jawapannya adalah y u n a
n (tulisan trengkas)
apo daa..tak paham aku. hahahah..
bosan lah malam ni.....???
Post a Comment