Monday, January 11, 2010

2 tahun dan perpisahan

selama 2 tahun, genap, kini pengalaman mematangkan kita. pertemuan awal di musim dingin, aku berbaju tebal menghayun kaki mencarimu sehinggalah kita dipertemukan di sunder vihar. aku puas minilik dirimu. kutatap dan kuamati, dirimu tidak seperti yang lain. bakatmu yang seadanya memaidai kewujudanku yang lemah ini. terima kasih atas pertemuan ini.

selama 2 tahun, bersama dirimu tidak pernah lekang bersamaku. kesibukan kerja tidak pernah aku mengabaikan dirimu. walhal penat, aku akan jua luangkan masa bersamamu, sekurang-kurangnya menyentuhmu atau lebih dikit dengan merasai degupanmu, lebih dikit lagi merisaui keadaanmu tika berjauhan.

selama 2 tahun, dirimu tabah menerima diriku yang punyai emosi, terkadang alpa akan dirimu sehingga khabaranmu aku lewati. maaf membiarkan mu lama menanti dikepanasan. aku berdosa, aku yang berjanji menjemputmu leka dan dikau jatuh sakit. aku sedih dan berdosa namun tetap berdoa ikhlas demi kesihatanmu. terima kasih kerana bertahan.

selama 2 tahun, kelewatan tidak tertanggung lagi. dirimu berkhabar duka. akan tetapi dirimu sedia bersama. bersama lewati lorong gelap, berjalan panas, terkadang dibasahi gerimis senja namun kesetiaanmu membuat daku rasa terhina. teramat hina kerana telah berdosa mengabaikan dirimu hingga cela.

selama 2 tahun, aku cuba sedaya upaya membalas budimu dengan pekertiku. namun dirimu kian terjejas. semakin hari mula rebah. kerap ditimpa musibah. dirimu cepat letih, terus rebah. manurut katamu, tidak tahan lama lagi. aku kaget. sehinggalah dirimu tidak lagi mampu bercakap. tiada kata dapat kuungkapkan betapa diriku sedih melihat khabaranmu.

selama 2 tahun, aku tidak patah hati terus mengambil berat akan dirimu, tetapi aku tidak mampu menjadi yang sempurna. dirimu berpesan, seperti rakan lain agar aku melupakanmu. ya, aku tidak akan melupakanmu tetapi desakan terhadapku memiliki penggantimu. aku sayang akan kamu, potret memori bersamamu akan mekar di kalbu. bersama pemergianmu pada 10 januari 2010 aku hadiahkan kasihku berupa sekalung rindu semoga abadi.

8 comments:

missone hazel said...

mcm ada yg tersirat di balik tersurat...hehe

SYED NAHAR said...

bagai urat terbirat-birat...hehehe.

Cik Faridah Huda said...

aku x brapa paham...
sayang kepada manusiakah atau harta benda?

cik mastura othman said...

adakah syg ini utk belogmu?
atau kah kamera lama?
kerana sudah ada kamera baru?
tapi aku rs seperti belogmu... tp mcm tak pasti jer......

SYED NAHAR said...

mek : esok dirimu akan mengetahuinya..atau petang ini..

mastura : hehehe..bijak sekali otak mu geliga bak otak yang terlebih omega. hehehe..

cik mastura othman said...

chewah.... dah mcm pantun plaak nahar oi...

cik mastura othman said...

chewah.... dah mcm pantun plaak nahar oi...

SYED NAHAR said...

kenapa? omega dan geliga ke? hahaha..tak sengaja...