Wednesday, January 20, 2010

kisah larut malam : terperangkap

melangkah kaki, jauh merentasi jalan sibuk, menyeberangi satu persatu. melihat kiri dan kanan, mujur cahaya lampu neon menerangi malam sepi. tiada angin yang berbayu salju, malah peluh menitik memerahi keringat seharian kerja.

jam menunjukkan tepat jam 10 malam. mula terbayang peringatan yang tertulis 'parking till 9 pm only' lantas membuahkan kerisauan. hayun kaki lagi, terus pantas menuju destinasi. sesekali berlari-lari anak gusar kelewatan mengundang kisah.

tiba di perkarangan bank. masuk menerusi lobi, terus ke sisi sayap kiri dan menekan punat lif arah atas. degup jantung perlahan kian laju, cemas membayangi kereta terperangkap. "Tinggg!" pintu lif terbuka. berdiri seorang pengawal keselamatan berbaju biru lengkap lencana di bahu.

"dik...parking di mana?"

"tingkat 3..." soalan dijawab dengan nada rendah.

"lain kali jangan lewat. last pukul 9 saja. sepatunya sekarang dah tutup gate tapi hari ni nasib baik pakcik lewat," nasihat diberi.

"ok."

tiba di tingkat 3, terus berjalan laju membelok kanan, menempuh lorong samar dengan serpihan cahaya oren dari luar. tiada bunyian lain selain hentakan sepatu hitamnya. pintu pertama, bertanda "exit", meneruskan perjalanan ke pintu terakhir.

pandangan luas terbentang apabila menjejak kaki di lantai 'parking' tingkat 3. sebuah papan tanda besar tertera tulisan amaran 'parking till 9 pm only' lalu hati kesal menyelubungi jiwa. jarang kelihatan ruang kosong menguasai pentas, hanya 2 buah kereta yang ada di situ, sangkaan kereta milik syarikat kerana terdapat cat logo di pintu depan.

terus berjalan ke hujung. dari kejauhan wajah rupawan kereta myvi baru berwarna oren coklat semakin dihampiri. samar kian pudar berganti kejelasan maksima. degupan jantung sekencang perasaan, langkah lurus tiba-tiba diperlahankan.

"ahhh...kenapa sekarang???"

jarak 20 langkah dianggarkan, pintu kereta di depan mata menanti saat untuk dibuka di mana jari bersedia menekan punat kunci berpenggera. kini peluh dingin membasahi setiap permukaan kulit. bagaikan kepulan asap, putih, membentuk sosok wanita bertudung, duduk kemas di kerusi belakang.

arah langkah dilencong terbalik, kembali berjalan pantas menuju pintu masuk ke dalam bangunan. disusuli larian kencang dengan beban tergalas di bahu. sebaik pintu hendak dibuka, terpacul pegawai keselamatan yang cuak memerhatikan pertembungan itu.

"kenapa?"ditanya.

"ada benda dalam kereta," dijawab.

terus mereka perlahan-lahan menuju ke kereta myvi oren coklat di perhujangan lantai. diperhatikan setiap genap ruang dengan penuh teliti sehingga mencapai kepercayaan bahawa sosok itu telah lesap pergi.

"sebab tu jangan lambat. masa drive cuba baca-baca ayat yang mana patut. di simpang akhir sebelum sampai rumah, pesan suruh dia pergi. takut diikutnya kamu ke rumah. sampai di rumah jangan lupa mandi. cuci kaki sekurang-kurangnya." pesanan akhir diberikan oleh pakcik prihatin tadi sebelum memecut keluar.

**penulis mengenali mangsa, seorang kawan

14 comments:

missone hazel said...

pergh! cuak seh....kat mana tu? MTD ka?hahaha...

SYED NAHAR said...

kepada anda semua, ia BUKAN berlaku di MTD ye...!!! somewhere in KL.

hehehe...opisku syurgaku....hahaha..

muntah...

Anonymous said...

ngeri huhuhu...gundoruwo...


N

SYED NAHAR said...

anand...ko kalau tido make sure tutup tingkap tau sebab aku byk dah dengar cerita penduduk rumah pangsa yang nampak perempuan rambut kusut masai duduk mencangkung di tingkap rumah. kalau rumah ko tingkap jenis naco tak pa lah...kalau jenis daun selak tu bahaya skit..menjadi kegemaran beliau...

Cik Faridah Huda said...

aku baca n3 ang neh petang semalam di saat aku jadi org terakhir di opis...
terus cuak!kemas barang..tutup abes suma cepat2...cabooooottttt......padahal pukul 7 dak lagi....

SYED NAHAR said...

ceh terang benderang lagi tu...pocong pun tak keluar lagik..hehehe..

missone hazel said...

haha...mek,pasni ingat.mana2 pun toksah dok parking kat tingkat 3...haha

SYED NAHAR said...

juga kepada pemilik myvi...sila waspada...

Anonymous said...

huhuhuhu..giler scary....riso la dok drive sorg2 cmni..takut ada yg tumpang....syed jahat...post crita antoooo....


sir

Cik Faridah Huda said...

tapi aku terasa seram sejuk..mula2 eksaited nak baca ingatkan kisah apa...lepas baca..terus aku siap berkemas secara tangkas...scary weh...

aku dah la bace penoh imaginasi..siap terbayang pompuan tu dok tersengih lagi..hahaha

missone hazel said...

mek,sila berhati2 sbb anda memandu myvi...sib baik kaler x sama,kalu dak...haha...

SYED NAHAR said...

sir : aku pesan kat hang sir, sebab dalambanyak2 blogger tegar yg link dengan aku, hang paling berpotensi.

mek : anda mempunyai tahap nervous yg sukar dikawal...jua punya potensi. jika masih pandang cermin belakang kereta myvi mu di rempuh abang india, inikan pula terpndang sesuatu...

kak wan : eleh mcm la ko ni berani sangat! ko jangan kak wan, lif umah ko tu dah lama tak berservis...dibuatnya dulu2 masa nak buat kondo tu ada mat indon mati terjun bangunan, tak haru dibuatnya?

hahahahah..

missone hazel said...

wei,mulut ang.xpa2,klu blik mlm en **** tlong anta smpai depan pintu umah...haha...tq en ****.

SYED NAHAR said...

en EDDY ko tu busy..tak de masa nak mengantor sampai pintu...sampai pondok jaga ajer. hahahaha....

tak pa lah nanti ko ada mastura bleh teman. kan kan?