Thursday, March 1, 2012

Persoalan Tipikal Di Usia Kecil

Pernahkah di masa kecil anda terfikir untuk bertanya sesuatu soalan yang dianggap sangat misteri meskipun kini ia telah terjawab menerusi pengalaman yang mendewasakan. Soalan-soalan ini biasanya tercetus apabila seorang kanak-kanak itu melihat suatu kejadian lantas ditafsirkan oleh mindanya sendiri, kemudian dianalisa tanpa mengambil kira faktor biologi mahupun sosial masyarakat. Analisa ini biasanya menemui jalan buntu. Mari kita lihat beberapa persoalan yang pernah muncul, mungkin anda juga turut mengalaminya atau tidak.

Caption: Budak ini miskin tapi kaya dengan senyuman :)

1. Asal kejadian manusia daripada tercantumnya 2 nukleus yang berbeza jantina kemudian membentuk zigot, sehinggalah embrio ini membesar hidup di dalam kandungan ibu dan fetus ini lahir ke dunia sebagai bayi yang comel. Namun bagaimana ia keluar dari perut ibu? Perkataan perut sering diguna pakai kecuali mereka yang membaca dan mengetahuinya adalah rahim si ibu. Di saluran manakah bayi dilahirkan? Apakah ia sama seperti proses penyahtinjaan (buang air besar)? Kanak-kanak selalu membayangkan seorang ibu yang sarat mengandung tidak sesuai berada lama di dalam kamar mandi atau tandas kerana digusari terberanak sewaktu sedang membuang air besar.

2. Biji benih hidup apabila ia dapat berjuang untuk hidup, dengan kehadiran udara dan makanan yang cukup seperti air dan nutrien tertentu. Sekiranya seorang kanak-kanak tertelan biji limau, nescaya dia akan panik dan terus murung. Kemurungan ini berpunca apabila dia membayangkan benih ini akan bercambah, dan mengeluarkan helaian daun (sama ada mono-kotiledon atau di-kotiledon) dan terus menjalar, membesar di dalam perut sehingga pada suatu hari pucuk daun pokok akan keluar dari mulut sewaktu sedang lena di atas katil. Oleh itu, tertanya-tanya sama ada apakah di dalam perut anda itu sedang bercambahnya tumbuhan yang telah anda telan biji benihnya?

3. Konsep benda hidup dan benda bukan hidup sering disalah tafsirkan. Sekiranya anda sedang bermain patung kertas, pernahkan anda menanda pangkah pada leher patung kertas tersebut? Perbuatan ini dilakukan kerana faktor kepercayaan karut yang diwarisi sejak turun termurun namun kelemahan dalam konsep ini diburukkan lagi apabila anda menontoh filem cereka ‘Chucky’. Ketika itu anda tertanya dalam hati bagaimana sesuatu benda hidup itu memiliki nyawanya?

4. Pernahkah anda terfikir bahawa wujudnya perbezaan proses biologi antara manusia miskin dan manusia kaya? Apabila kita membayangkan orang yang kaya, sudah tentu seorang kanak-kanak akan membayangkan lelaki kacak bertubuh sasa memakai sut lengkap bertali leher. Namun terdetik di hati untuk mengetahui sama ada raja atau sultan, apakah mereka juga membuang air besar? Membuang air besar tidak dianggap sebagai suatu proses dalam kitaran biologi iaitu system pencernaan tetapi dianggap sebagai sesuatu yang mengaibkan dan tidak manis untuk diperbincangkan. Semestinya seorang raja itu akan sentiasa wangi, dan sebagai kanak-kanak tidak salah jika anda menganggap seorang raja tidak pernah membuang air besar atau kentut.

5. Menonton televisyen dengan adik beradik dewasa lain selalu menimbulkan kontroversi apabila anda yang jahil bertanya soalan yang tidak relevan, atau terlalu berani mengeluarkan andaian yang nyata tidak benar. Apabila kanak-kanak melihat babak seorang wanita berlari ke tandas dan muntah, dia dengan pantas akan tahu perempuan itu telah mengandung. Ada golongan kanak-kanak yang berpendapat proses mengandung itu boleh terjadi dengan hanya seorang perempuan itu tidur di sebelah seorang lelaki tanpa melakukan persetubuhan. Ada juga berfikir proses mengandung terjadi apabila seorang perempuan dewasa makan nasi dengan banyaknya dan ada juga kanak-kanak apabila ditanya, “bagaimana perempuan itu mengandung?” Dia menjawab, “Kena rogol.” Oleh itu sebuah institusi kekeluargaan akan terperanjat dengan kenyataan yang anda perjelaskan itu. Namun misteri ini terjawab setelah anda berada dalam kelas Sains bab 1 di tingkatan 3.

6. Apabila menjelang hari raya, tentu anda akan dijamu dengan pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, rending dan kuih muih istimewa. Untuk kanak-kanak yang langsung tidak ke dapur, mereka hanya tahu makanan ini tersedia untuk dimakan, tanpa mahu berfikir bagaimana ia dimasak dan proses-proses yang terlibat. Kanak-kanak sering keliru bagaimana datangnya lemang. Wajarlah sewaktu kecil, kanak-kanak apabila melihat pohon buluh yang tumbuh dalam perdunya akan menyifatkan di dalam batang buluh itu terdapat lemang. Namun kanak-kanak sentiada berasa pelik bagaimana beras pulut boleh berada di dalam batang buluh tersebut.

5 comments:

[DnaZz] said...

aku selalu berfikir mcm mana org boleh dapat anak. satu hari aku nampak makcik pakcik naik motor & ada anak di tengah-tengahnya.lalu aku pon buat conclusion, owh, macam tu caranya org dpt anak. naik motor!LOL

missone hazel said...

hehe..da lama tak menjengok blog ang nie...

SYED NAHAR said...

acik: hehe.. apa kes naik moto plak.. teruk sgt tu imajinasi kanak2 ko hahaha..

wan: hehe.. ko kan busy mengalahkan rosmah mansur..

Anonymous said...

aku dulu pikir perut manusia umpama tong.... bila makan, makanan terus mendap ke dasar perut... masa itu belum mengenal usus besar mahupun usus kecil.apatah lagi amilase, esofagus dan anus

haniryan*_*

SYED NAHAR said...

wohoho.. hani, tiba2 komen ni sebab nak buat amukan puaka lagi ke? bahahah... by the way anus tu kan part yg paling ko gemari dalam struktur anatomi homosapien hahaha..