Hari ini, seorang lagi pergi meninggalkan pejabat yang makin sunyi walaupun ramai penghuninya. Entah kenapa, takdir untuk penghujung episod adalah melihat seorang demi seorang melangkah pergi, manakala yang lainnya terus meletakkan surat. Shukri akhirnya bertemu dengan syarikat perunding yang tidak jauh dari rumahnya. Meskipun dia baru setahun bersama kami, rasanya kehadiran dia tetap menjadi penyeri. Seawal dia masuk ke dalam keluarga Persys, terus bergelumang dalam tender, dan kesibukan menghalang kami kenal lebih rapat.
Sejujurnya kami tidak serapat mana pun. Tapi pada aku, dia seorang yang baik. Aku sedih melihat dia pergi dalam keadaan bossnya masih di Riyadh. Mungkin ditakdirkan ini adalah masa terbaik untuknya demi masa depan yang mungkin lebih cerah di tempat lain. Pun begitu, aku tetap rasa seperti ditinggalkan. Lepas ini giliran Kak Niza, disusuli Azmer Suria dan mungkin ada lagi.
Kami jumpa seluar oversize kat bawah meja :p
Sama seperti hari-hari yang dulu, setiap kali melihat orang pergi hati aku jadi sayu. Jika ini semata lakonan layar, aku sudi menjadi watak terakhir yang menutup pintunya. Sampai di rumah, aku seperti biasa akan menguncikan diri dalam bilik sambil mengenang kembali perjalanan hidup yang kesudahannya membuat aku melayang jauh.
Kita mengenali orang melalui pertemuan fizikal, dan kemudiannya menerusi perbicaraaan kita menafsir segala aspek, daripada keperibadian hinggalah kepada perkara-perkara yang terkesan. Pada aku, melihat mereka pergi adalah seperti masing-masing melangkah bahagia. Aku rasa ditinggalkan, seperti orang yang gagal tiada siapa yang sudi berada di sisi.
Demi cita-cita, kita melalui pertemuan dan mengakhirinya dengan perpisahan. Aku di sudut ini melihat diri aku sebagai insan lemah yang penakut. Ada betulnya jika aku menjiwai watak penakut ini sebagai tidak berani berdepan realiti bahawa menerima apa yang berlaku dengan menelan pahit manisnya dan berharap perubahan ini adalah sebuah tirai kehidupan baru yang setiap insan pasti tempuhi.
Meskipun begitu, nasib kita kadang kala tidak seindah mimpi yang dikecapi. Ada juga kebahagiaan yang hadir tanpa kita sedari. Namun buat mereka yang pergi dan bakal melangkah keluar, aku dengan sepenuh hati mendoakan yang terbaik, semoga bertemu apa yang dihajati.
Malam ini, aku bukan sahaja terfikir persoalan kerjaya mahupun hubungan kawan. Aku terfikir bahawa semua manusia mengharapkan kebahagiaan. Demi kebahagiaan, manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuklah rela kehilangan apa yang sebenarnya tidak memudaratkan. Sebenarnya terfikir pasal seorang kawan yang tiba-tiba kelmarin rasanya dia "block" aku di facebook!! Nanti kita sambung lagi...
4 comments:
Saiz berapa tuh bang suo tuh???
BLOCK!
nahar.. sayu ya.. .nanti nahar pun entah entah melangkah sama...sementara tu kutip lah segala pengalaman bekerja di persys.. bertemu dan berpisah kan lumrah hidup manusia.. apa apa pun tahniah buat Shukri....
we must take one step ahead sama juga semasa memandu, kita pandang ke depan. pandang ke belakang hanya pada cermin sahaja....
Post a Comment