Thursday, March 29, 2012

Pengorbanan Saadiah Diiktiraf

Masih ingat dengan coretan aku tentang seorang wanita bernama Saadiah yang boleh diangkat sebagai ikon pengorbanan cinta sejati? (klik sini) Kini kisah Saadiah telah dipotretkan menerusi beberapa paparan media, di mana kesungguhan cintanya yang begitu setia tiada tolok banding.

Walaupun pelbagai versi yang diceritakan, namun sejarah tercipta apabila setiap hari semenjak 1975 wanita setia ini mengayuh basikalnya demi untuk menghantar makanan kepada suaminya yang telah lama pergi. Walaupun Saadiah telah dipastikan kurang sihat, namun apakan daya telah tertulis segalanya. Saadiah akan terus dikenang sebagai srikandi sejati, tiada yang bisa menghalang cintanya.

Gambar: Ihsan Berita Harian.

Setelah sekian lama, kini ramai sedar bahawa dalam keadaannya yang serba kekurangan itu, cintanya diiktiraf. Sanggupkah anda berkorban selama ini demi membuktikan sesuatu yang subjektif? Syabas Saadiah Abdullah.

Sumber lain: facebook, blog, artikel, info galeri.

5 comments:

cik ai:) said...

Orang dulu bila husband or wife meninggal, tetap setia ziarah kubur or tempat2kenangan mcm saadiah ni...tapi org sekarang bila husband or wife meninggal,tanah kubur merah lg tp dah pakat sibuk nak kawen baru.so ironic,kan?hahaha

SYED NAHAR said...

org dulu2 menjadikan kenangan sebagai pembakar semangat tapi org sekarang hanya mahukan kenangan berbentuk 4 dimensi :) zaman sekarang pun ramai juga yg setia. actually, ada org yg even baru setahun bercinta tapi kesetiaan dia mengalahkan yg dah 4 tahun bercinta. setia pada usia muda :)

mrs hunnybee said...

hahahhaha....yang setia masa bercinta tu x sesuai...belum apa2 dah sanggup korban segalanya...kena contohi kisah saadiah ni...setia lepas kawin...baru sesuai....

Anonymous said...

Agaknya kalau Mak cik Saadiah ni kaya sure dia akan buat istana percintaan macam taj mahal.. nahar pernah pergi kan tuk beli "batu mamar" En ABS... sure kl dia kayuh basikal sbl nyanyi lagu KESETIAN siti sarah tu...

SYED NAHAR said...

sir: haha.. ko rasa, aku, ko atau sesapa la budak skolah kita ada ke yg setia mcm ni? mampu tak kita setia mcm saadiah ni? hahaha..

kekna: tu la, makcik ni ada jiwa shah jahan skit.. nama laki dia alias ko nanti nama makam laki dia adalah taj alias :) jangan la cite lagi pasal en bakar tu, dia mmg siap pesan barang seberatnya, pastu bila dia rimas2 terus cakap "punkoq hang" memang nak kena en bakar tu. geram btol! hehehe..