Monday, April 9, 2012

Lawatan Orang Johor

Sebelum jadi basi, baik aku update sikit pada pertemuan singkat dengan 2 orang johor yang sudi datang melawat kami di KL. Mereka adalah tasnim dan hani, dua-dua bergelumang dengan dunia pendidikan. Diorang ni saja je diibaratkan orang johor walau pada dasarnya sorang dari penang, sorang dari perlis tapi tempat kerja saja di johor bahru.

Maaflah dalam gambar tiada muka apoie, tasnim mahupun natasha apatah lagi pijie. So far gambar ini saje yang aku sempat rembat dari fesbuk. Apapun, ketawa tetap ketawa walaupun aku seorang saja lelaki yang hadir. Pijie sah-sah pergi kursus di terengganu so yang hadir hanya bini dia dan hafis.

Tak de conclusion mahupun agenda, cuma sekadar small gathering saja. Topik perala pun suam-suam kuku saja. Tak mahu isu berbangkit mencemar keriangan kami, apatah lagi nak ungkit isu block di fesbuk, apapun yang terjadi jadikan sempadan.

Apa yang menarik, hani rupanya mempunyai bakat dalam dunia persolekan. Gigih dia pakai 2 jenis bedak, padanlah kulit pun mulus sebab pakai simplysiti kot. Cemerlanglah anak didik dia. Haha.. Next time agaknya kena turun ke JB untuk membalas lawatan. Tapi motif ke singapore mungkin akan over shadow niat asal. Apapun, terima kasih atas ingatan kalian.

11 comments:

Anonymous said...

hehe..hanya hang ja gossip suam2 kuku, tp kami bergossip panassss!!!!

WH

SYED NAHAR said...

Korang gosip sampai ke bantal tido. Haha. Aku jumpa kejap je. Haha.

Anonymous said...

johor...tunggu kami kergi sana....
~HNH~

Anonymous said...

Make sure aktiviti best kt johor nt..siapa yg akan jadi tuan r7umah? kalau hani, kena habaq sebulan awai..hehe

~WH~

Anonymous said...

*rumah

Anonymous said...

waa..best la..bleh bergathering bagai..
aku jugakkkk kat utara ni, xleh nk join...huhuhuhu

sir

Madam Honey said...

ampa kena bagi notice sebulan kalo nak mai tau...kalo x aku x buka pintu..hehe
NHJ

SYED NAHAR said...

lama tak jengah blog, ramai plak yg komen haha..

Anonymous said...

aku tamau ada kucing dalam rumah... alahan resdung... hang nak bawak kami pi mana hani?
~HNH~

Anonymous said...

aku bawak p bukit layang2 kita main layang mcm kanak2 rebina ok?

NHJ

Anonymous said...

cukuplah, kami dah ada Taman Layang-layang, tak kan nk pi bukit layang-layang lagi?haha

WH