Thursday, February 24, 2011

Setangkai Mawar di Jamban

Disunting dari bait lagu tapi diolah kepada bentuk sindiran sinis buat si pemilik nama Muhammad Mawardi Abdul Majid, atau lebih dikenali sebagai Chin Peng. Asalnya waktu di kelas, kami disuruh menyanyikan sebuah lagu yang liriknya berbunyi begini, "setangkai, mawar di jambangan.." tetapi diolah dalam bentuk melodrama komedi.

Mawardi bukan adik kepada adi Asofi, tetapi ada yang memanggil dia sebagai Wadi, Mowdi, Mawardi Saya (Pak Halim seorang panggil), Chin Peng dan Ayah Pin (sekadar menokok tambah). Yang pasti, Mawardi merupakan seorang lelaki yang menempuh kehidupan remaja yang penuh corak warna warni, pelbagai emosi, watak dan perilaku sosial. Entri ini ditulis bagi mengenang kembali nostalgia beliau yang merupakan seorang insan yang cukup terkenal di Seratas, semenjak masuk tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5. Ayuh kita lihat rentetan kisah Mawardi yang memaparkan sifat-sifat mahmudah mahupun sifat-sifat mazmumah beliau:

1) Tahun 1997

Mawardi mula masuk ke tingkatan 1 Kejora dengan membawa watak lelaki liar. Ketika ini berat badan beliau masih tidak mencecah 60kg. Beliau lincah bermain bola sepak dan apa jua suka yang ditawarkan semasa kelas pendidikan jasmani. Yang pasti, di dalam kelas beliau adalah manusia ketiga hebat dari segi ukuran saiz. Bukan saiz sesuatu organ tetapi secara total struktur anatomi, sekadar kurang sedikit ketinggian di sebelah Hakimi dan Hidhir.

Di surau, Mawardi hadir awal sebelum subuh untuk berebut mikrofon agar dapat melaungkan azan. Tidak khuatirlah jika nama beliau kerap meniti di bibir pengetua Tuan Haji Abdul Halim, selain menyebut nama Mohd Diah. Fenomena ajaib berlaku di kelas 1 Kejora, peristiwa perilaku seksual yang diterjemahkan oleh para penyampai spekulasi menyatakan Mawardi pernah membuat cubaan mencium Wan Norziah (atau Nora, anak kelahiran Kg. Seberang Karai) sewaktu kelas prep malam di kelas. Kisah (klik sini) ini menjalar ke seluruh malam sehingga lunyai Mawardi di belasah dari satu bilik ke satu bilik senior. Tanpa simpati, spekulasi ini merupakan titik permulaan karier glamor Mawardi, walaupun kisah ini pada asalnya sekadar kisah dua insan bergaduh. Aksi bertekak nampak macam berciumkah?

2) Tahun 1998

Karier Mawardi terus digilap. Di tingkatan 2, beliau tiba-tiba bertukar menjadi pelakon serba boleh. Jika di kesiangan hari dia seperti kutu rayau tetapi di prep malam beliau lengkap berjubah dan berserban. Akan tetapi, hasil hasutan rakan sebaya, Mawardi lebih menumpukan kepada perjuangan membuat peti kayu bermuzik. Peti kayu ini dibuat sebagai kerja kursus. Selain memahirkan bidang pertukangan kayu, peti kayu yang lengkap dengan litar dan LED (diod pemancar cahaya) ini menggabungkan elemen elektronik serta teknik kimpalan atau mematri.

Emosi seorang remaja lelaki yang meningkat usia, menaruh hari terhadap Norhafiza Osman mengajar erti sebuah cinta. Selain mampu membongkar asal-usul gelaran nama Apem, Mawardi juga setia berkorban apa sahaja meskipun diherdik rakan sekelas. Mungkin ini adalah cinta pertama beliau.

3) Tahun 1999

Tingkatan 3 Kejora menguji diri Mawardi untuk menjadi seorang insan, dengan jalan hidup yang dipilih sendiri. Kehadiran Nizam Bashiron lengkap bersama ideologi PAS bawaan Faeiz Taib, Mawardi tampil persis seorang Mursyidul Am. Sekali tengok macam Ibrahim Libya, dua kali tengok macam Ayah Pin (sekadar jenaka).

Mawardi menguasai hak bersuara menerusi sesi taklim yang diadakan sejak 1999 setelah diperkenalkan oleh ketua pelajar 1999 iaitu Azizan. Kini Mawardi menjadi taklim sebagai medan melancar perang saraf dengan pelajar perempuan yang sama naik minyak. Isu-isu yang sering dibangkitkan adalah status suara perempuan, aurat dan stokin, perilaku gedik serta larangan bercumbuan. Selain itu, medan kerusi panas kelolaan cikgu Noraini Ahmad telah menobatkan Mawardi sebagai paling kreatif apabila beliau mengklasifikasikan Faridah Hashim sebagai 3G; Gedik, Gatal, Galak.

Apapun, kemampuan Mawardi bersyarah di depan amat ditakuti dan dikagumi, baik tutur katanya yang lantang serta lirikan matanya yang kadang-kadang tajam dan kadang-kadang manja. Tarikh lahir yang lewat di bulan Disember (mungkin 12 Dis 84), Mawardi menerima jolokan Baby daripada Faezah Irnawati Mohd Zakei, manakala dicemuh sebagai Chin Peng apabila bersesuaian dengan titik tolak Parti Komunis dengan kacau-bilau kelas 3 Kejora. Sebelum memasuki peperiksaan PMR, Mawardi pada suatu majlis memohon restu di surau menitiskan air mata atas khilaf yang pernah dilakukan sesama rakan seperjuangan. Air mata yang jernih ini bukti keikhlasan beliau seperti mana bersama yang lain, sambil berselawat ke atas nabi junjungan.

4) Tahun 2000

Tahun ini menjadi permulaan dunia playboy Mawardi. Setelah cintanya tidak berbalas, kini Mawardi beralih arah kepada seorang gadis paling genit, Norsalfarina. Mata-mata sering melaporkan mereka dilihat berdua-duaan di kelas sewaktu prep sudah tamat. Ini telah bercanggah dengan dakwah beliau yang sebelum ini anti-sosial.

Pernah bertukar aliran sebentar ke arena biologi sebelum kembali semua ke dunia teknikal, kelas 4 Waruna pernah menjadi saksi Mawardi bertukar imej. Beliau tidak lagi teguh pada satu pegangan malah terumbang-ambing memilik bentuk kerjaya yang diminatinya. Semenjak menjejak kaki semual ke dunia teknikal, Mawardi adalah seorang remaja lelaki normal yang terlibat dengan pelbagai kancah jenayah ringan seperti merokok, buli pelajar junior serta fly (tak mungkin Mawardi tak Fly).

5) Tahun 2001

Tahun terakhir berada si Seratas, tentu sekali Mawardi bertindak sebagai super-senior yang berwawasan. Selain mengecapi nikmat cinta yang berbalas, Mawardi tidak lagi menjadikan hidupnya samar-samar memilih jalan menuju masa depan. Penulis kurang melihat Mawardi kerana tidak sealiran, tetapi di asrama Mawardi yang berpindah ke Blok B (semenjak tahun 2000) banyak menghabiskan masa bersama rakan yang berbilang rumah sukan. Namun Dorm yang dihuninya di koridor B2 pernah menjadi kamar penyiksaan apabila kes belasan beramai-ramai ke atas Ridzuan Harris mencatatkan pergantungan 2 minggu kuliah paling ramai pernah berlaku. Penulis tidak pasti sama ada Mawardi terlibat, namun seperti mana beliau kini seorang jurutera penulis yakin Mawardi tahu yang mana baik bagi dirinya.

Penulis bersama Mawardi di Pesta Bowling Seratas sekitar lewat 2009.

10 comments:

naeims_ab said...

ingat lagi masa tingkatan 1 di dorm c16 aku pernah bergaduh dengan si cinpeng ni. bayangkan aku yg hanya sekecil semut merah dan dia sebesar gajah liar. sapa yg menang? dengan mudah aku dicekiknya.. hahaha.. last2 dua-dua kena ceramah dengan azizan.

Cik Faridah Huda said...

time dia bagi keropok kat salfa..salfa tak mau makan...dia bg kat kami yang lain..tapi kami pun takut nak muahahaha...bagi kat budak laki, habes x dan seminit...

agak2 cinpeng kecewa dak? hehehe..tp dia bgi salfa tudung aku ingat lg..mungkin beli kat bazar melayu tepeng tuh kot

ai_niza said...

awat tetiba ada entry spesel pasal mamat neh? takkan nahar rindu kat dia kot??? hahahahha

SYED NAHAR said...

naim : aku mengerti niat sebenar dirimu adalah untuk menegaskan bahawa dulu kami pernah kecil... tapi bolehkah kamu buat entry khas bagaimana kamu berubah? hihi..

mekrieda : mawardi bagi tudung?? tak tau pun, aku mana kamcing ngan salpa. salpa pun malu la dah ada boifren mana leh sembang ngan lelaki lain. hehehe.. tapi aku tak leh imagine mawardi pilih tudung kat kedai..

mek ai : mawardi byk mengajar aku erti kesabaran. hehe..

Anonymous said...

alasan..ngaku jela ko rindu kt dia.

-tasha-

SYED NAHAR said...

hahaha..stakat rindu mawardi, tak kisah. aku khuatir, tasha n mek ai ni mcm ada masalah yg sama je, apa korang berdua ni obses dengan mawardi? peminat fanatik? atau ada pernah ada kisah misteri? hehehe... kan aku juga pernah buat story pasal mekrieda, sir... tu je lah kot. next time akan ada entry naim hahahah...

Anonymous said...

aku obses dgn mawardi?bercakap pun xpenah..haha

tasha

SYED NAHAR said...

alaaa.. hahahah ada je alasan ko eh!

Mat Due said...

Hi syed. Lama tak jumpa! Argh, rindu2

Anonymous said...

tkuaq air mata aku syed bc entry hg..-pae-