Monday, February 7, 2011

Bukan Sekadar Sesak, Tapi...

Ramai yang mengapdet status terkini di fesbuk tentang kekecewaan dengan kesesakan di lebuhraya utama di Semenanjung Malaysia malam tadi. Tentu pasrah melihat lingkaran lampu merah di hadapan yang tiada titik penghujung. Pukul berapa nak sampai? Lebih tertekan, bukan sekadar faktor keletihan memandu yang telah berganda namun terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang ke arah hilang pertimbangan diri. Kepenatan memandu 11 jam tidak mematahkan semangat aku untuk mengapdet blog, mari lihat huraian berikut:

1. Tol Mahal

Aku tak tahu bagaimana perasaan pengguna Lebuhraya Karak mahupun LPT, tetapi sebagai pengguna PLUS Hiway yang tegar, harga tol sememangnya berada pada ranking atas/ kedua atas dalam list perbelanjaan untuk pulang ke kampong. Selain harga petrol yang meningkat, aku tidak punya peluang lain untuk berjimat. Jika berkudrat, aku menggunakan jalan alternative atau jalan lama dari Slim River ke Ipoh ataupun aku memandu selepas jam 12 malam supaya mendapat rebat 20%. Apa? Sudah punya ijazah tapi masih perlu bajet untuk pulang ke kampong? Sudah pasti! Setiap kali pulang ke kampong, sekurang-kurangnya RM500 akan dihabiskan untuk servis kereta, petrol, tol, makan dan sebagainya.

Oleh itu, ramai yang tidak puas hati apabila masih harus membayar tol yang mahal walhal sepanjang perjalanan kereta amat banyak dan sesak. Bayangkan jika anda berada di dalam lautan kereta yang terkandas sepanjang dari Juru ke Slim River, siap tarik hand brake di pendakian Terowong Menora? Tentu anda akan tiba-tiba semangat mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani rasuah, tetapi apakah rasionalnya? Cuti seminggu, weekend sebelum hari Wilayah lagi anda sudah pulang ke kampong kemudian sama-sama pulang ke Kuala Lumpur pada hari ahad bersama yang lain; pelajar pulang ke IPTA, pendaftaran hari pertama ke MRSM dan banyak lagi.

2. Tandas Penuh

Apabila memandu, anda yang normal akan berkumuh lalu memerlukan khidmat tandas awam. Sewaktu pulang dari cuti panjang, tentu sekali setiap R&R akan penuh, bukan sekadar penuh malah menjadi punca kesesakan. Contohnya adalah hentian R&R Sungai Perak di Kuala Kangsar akan menyebabkan trafik perlahan sehingga ke Juru. Oleh itu, sebelum anda masuk ke plaza tol, pergilah buang dahulu apa yang patut di mana-mana stesen pam minyak. Jangankan R&R Tapah yang popular itu akan penuh, R&R Ladang Bikam yang tiada factor keunikan itu pun penuh bagai nak gila. Kesian melihat ibu-ibu muda yang mendukung anak kecil yang menangis, nak pergi basuh berak kot, basuh muntah ke. Mesti teruk kalau makan kenduri sebelum bertolak pulang kan?

3. Bazir Petrol

Sewaktu kereta anda berada dalam keadaan pegun, nyatanya anda masih memerlukan penghawa dingin. Gerak setapak ke hadapan kemudian brek ditekan. Untuk mencecah 1 km, 20 minit diperlukan. Pembaziran petrol terus berlaku. Nak tutup ekon? Karang tak bernafas pula, maklumlah negara kita beriklim khatulistiwa sudah pasti panasnya member azab tahap Gurun Atacama. Lebih azab kereta Rio ini yang suhu ekon adalah berkadar terus dengan suhu di luar. Tengah hari terpacak tu ekon tak sejuk, lalu ditambahkan ke skala 2 atau 3, baru selesa. Eh ni tajuk petrol ke ekon? Tapi kereta 1.3 macam Rio ni memang terserlah bezanya memandu tanpa atau dengan penghawa dingin. Kesian aku, menjelesi pengguna Myvi dan Viva yang jimat petrol.


Keindahan Terowong Menora di penghujung cuti.

4. Kebuluran

Uiihh!!! Lapar gila kalau memandu tanpa Lunch. Tambahan pula driver yang menghadapi dugaan dipergunakan segala kudrat dan keupayaan teknikal ni. Tidak ada sumber tenaga tambahan, fokus minda diberikan tanpa tolenrasi agar tidak menimpa musibah dan orang disebelah/belakang sibuk mengunyah keropok. Bagi yang ada co-pilot, anda harus bersyukur danb agi yang tidak, pasrah sajalah. Ada sinar yang menanti di penghujung destinasi nanti, tak lain tak bukan, plaza tol.


5. Hilang Motivasi

Motivasi sering kali hilang. Dengan iman senipis kulit bawang, sedikit kesilapan kereta lain anda mampu menyumpah seranah macam dukun siam. Kereta yang memandu di lorong kecemasan biasanya tidak mengenal erti tolenrasi, kalau kenal dia tak memandu di situ. Biasanya kereta yang memandu di lorong kecemasan pasti adalah kereta yang bersaiz besar, kadang kala bas dan lori ayam. Sudahlah anda berjam-jam tersangkut dalam kesesakan, ada pula kereta yang mengaplikasikan teknik cilok. Tentu hangin, kot ye pun kalut macam nak pergi Mekah, bertolak la semalam ke, tahun lepas ke. Sibuk nak cepat, habis ingat yang lain ni sengaja nak lambat? Bertimbang rasa lah sedikit! Pihak PLUS pun satu, lambat sangat nak buka lorong songsang. Cuti ke? Eh emosi pula. Hehe!

6. Gout

Silap! Bukan penyakit gout tapi sakit lutut, jangan krem sudah! Aku memandu kereta bergear auto tapi tetap sakit lutut dan tumit. Bagaimana pula anda yang memandu kereta manual seperti Syukri budak baru di Emtidi tu? Bera-KL jam tak? Sibuk je ko call aku tanya jam ke tak, last-last pagi isnin ko tak datang kerja. Hahaha!! Tentu sengal-sengal lutut akan lebih ketara semasa baring nak lelap mata. Aku ni semalam belum rasa, tapi pagi ni masa nak drive ke pejabat, ada sikit nyut-nyut di lutut. Terus sapu minyak cap kapak, itu saja yang ada. Mungkin pengajaran ini mahu kita menyelami erti pahit jerih pesakit gout selama ini, atau memang ini simptom gout??

7. Cuti Berlebihan

Tak faham, kenapa perlu cuti yang lebih? Begini, mari saya terangkan kronologi ini. Cuti yang dimaksudkan adalah MC (untuk yang demam), EL (yang pangkat tinggi sahaja) dan Halfday, kerana penat memandu selama berbelas jam di lebuh raya. Azab yang dilalui ini akan menyebabkan keesokannya anda penat lalu gagal bangun pagi mengikut alarm jam yang ditetapkan. Alarm kat henset memang saat-saat kritikal begini telinga jadi immune, sedar-sedar hari dah terang. Badan letih, tak cukup tidur lantas anda mengambil henset lalu SMS kepada rakan pejabat lain dengan member maklum yang anda mengalami demam atau sakit perut atau hanya dengan alasan “emergency”. Nahas, pastikan yang rakan pejabat yang anda SMS itu datang kerja, jangan pula sama-sama saling harap-mengharapi last-last kantol.

8. Buntut Leper

Buntut leper yang saya maksudkan bukanlah buntut anda yang asal berbentuk pelana berubah menjadi struktur komputer riba tetapi buntut kereta anda. Alhamdulillah saya belum lagi terlibat tapi melihat senario kemalangan jalan raya memberikan keinsafan untuk memberi fokus yang tidak berbelah bahagi. Tak cukup dengan kemalangan maut, kemalangan kecil cukup kerap dilihat. Anda yang pemandu tentu perasan banyak kereta yang buntut/ bumper belakang kemek. Tak dapat dibayangkan, sayangnya duit nak repair nanti!!

9. Gangguan Emosi

Huraian terakhir tentulah berkenaan subtopik emosi. Emosi yang terganggu akibat kesesakan lalu-lintas ini tidak dapat dibendung lagi, oleh itu kepada yang tidak memandu sila jangan tanya apa-apa soalan bodoh. Mesti sakit hati, selama bekerja di KL yang setiap hari jam, nak balik kampung pun jam teruk. Rasa nak tampar bini pegawai PLUS hiway!! Tapi sudah jadi kebiasaan, aku sudah sampai di Kuala Lumpur, kemudian sengaja menghantar pesanan ringkas SMS bertanya rakan-rakan di utara yang masih stuck dalam jam. Tentu mereka emosi bukan? Hahahar!! Seronoknya buat orang sakit hati. Tentu yang tension, rasa nak tampar bini pegawai PLUS kuat-kuat. Puas hati! Eh tak pasal-pasal kena tampar 2 kali??

Emosi-emosi pun, pada cuti yang akan datang anda tetap akan mengulangi tabiat yang sama iaitu pulang di hari terakhir percutian, tentu jam dan sekali lagi kitaran ini terus berlaku. Rancanglah perjalanan anda kerana nak tunggu projek penambah-baikan labuhraya tentu lambat lagi, pilihanraya akan datang kot? Atau naik kapal terbang? Atau duduk KL pergi kerja buat kemas-kemas fail.

11 comments:

[DnaZz] said...

haha, samalah..LPT pon jem teruk semalam. Laki aku nak blik KL dari jengka nie (sbb hantar aku) amik masa 7 jam baru sampai. Selalu 2jam setengah ja..hermm..mmg kena betoi2 rncang perjalanan. Gomen kena do sumting bout that as well.

SYED NAHAR said...

kenapa mesti gomen? hahaha.. apakah ini emosi ibu mengandung? tapi memang tak best jam sesangat, 11 jam aku kena!!!

Anonymous said...

hehehehh..mujur aku ni menyonsang arus..dh tu dekat lak tu...masa mula2 cti org balik kg..aku balik bndar..then abeh cuti lak..aku balik kg semula...tp dok tgok lorong ke selatan tu ngeri ja...dr sg petani jam smpai juru..giler ngeri...huhuhu...wat muka kesian smbei bwk 120kmj..pastu gelak dlm ati..hehehheheh...sian org lorong seblah...nk bwk 20kmj pun lom tentu..hahahha...

eh..kejam sgt x komen ni? en syed ..jgn banned aku tau..hahahha..

sir--bukan mngsa jam..

Daniela said...

saya dr kuala perlis ke kL...mengambil masa 13 jam untuk smpai....stress!

Cik Faridah Huda said...

aku tak stress sgt smalam...cuma mmg bontot leper laaaa....8 jam jerrrr

HaZeL said...

13 jam! sangat seksa...dengki ngan sir! lgi dengki ngan mek,di kala tgh jem teruk kat tapah,dia plak bleh update status nk tido??? sungguh stress masa tu!

Cik Faridah Huda said...

hahahahhaha....S.E.N.T.A.P kak wan bacer status aku...muahahahhaa

Anonymous said...

Aku juga mengalaminya.. Semalam jem sgt teruk di highway karak... Start je dah jem... Melampau sgt jem nya... Jem sepanjang 20 km yg mengambil masa 3 jam setengah (ini kerana aku bernasib baik sbb memandu di lorong bertentangan yg dibuka, kalau x 4 jam pun belum tentu lg)... Dah la jalannya turun naik, jadi kereta yg kurang ok tu, berenti tepi bukak bonet... Bg cool skit keta dgn tuan nya skali... Punca jem memang x bleh terima dek akal pikiran, iaitu mereka2 yg berenti utk Rehat (rehatkan hati yg tgh panas) dan Rawat (rawat lutut yg dah bengkak) di R&R Genting Sepah... Padan la dgn nama R&R nya, sebab memang bersepah-sepah org kt situ.. Boleh terima ke sbb jem nya cmni? Ye la, kalau nak R&R pun, park la keta kt tempat yg btul bukannya kat tepi highway tu... So, nak salahkan sapa, x kan salah mak bapak kut.. Jadi untuk atasi masalah ini, aku sarankan kat pemilik konsesi highway kalau buat R&R tu biarlah 4 ke 5 km jauh dari highway nya... Baru la tak da yg park kt tepi jalan, kalau ada yg degil buat je 10 km dari highway baru tak da yg sggup berjalan... Sekian...

Panjang la plak, sori en. nahar, terlepas geram la plak...

SYED NAHAR said...

hurm...nampaknya pengguna hiway karak turut mengalami nasib serupa. konsesi yg dimaksudkan adalah MTD bukan? hehehe... idea membina &R jauh tuh, akan hanya mengkayakan konsesi. sebab rezab jalan hanya situ je, kalau bagi lebih mereka akan suka sbb banyak pokok balak akan jadi habuan mereka tetapi 10km pun akan jam jugak nanti...

punca utama jam, adalah sebab banyak kereta. skang kan mudah, ada duit skit bleh wat downpayment terus angkat satu kereta...

malaysia memerlukan jalan yg lebih luas yakni perbanyakkan lane. huish.. naik lagi la segala tax di malaysia lagi pasni..

siapa gerangan en/cik anonimes tu ye??

Anonymous said...

stress? hehehe...
cheq pun stress...sebab ada budak muntah ayor milo dlm keta... kembang kempis idung ni
stress sbb dah puas tidoq tapi x sampai2 kl lagi

ina

Anonymous said...

derek tido. org call 7 kali tak angkat2! haha.. last2 call yeng kata dia pun baru bangun tido tak tau lokasi di mana... bertambah stress!

nahar