Wednesday, February 9, 2011

Penangan Jari Hantu


Bayangkan jika anda menikmati keindahan alam di suatu pagi, berjalan menyusuri lorong yang damai dan secara tiba-tiba mereka yang berselisih dengan anda menunjukkan tanda 'jari hantu', apakah perasaan anda? Tentu serba salah atau mungkin anda merasakan yang anda telah melakukan sesuatu yang kurang ajar.

Jangan cepat melatah. Anda bukan dimarahi mahupun ingin dicabuli. Di negara India, simbol jari hantu ini merupakan suatu tanda penghormatan sebagai telah menunaikan kewajipan terhadap negara tercinta. Masih tidak percaya??

Lihat rajah di bawah, ia merupakan kempen mengundi yang dijalankan di India bagi menyeru warganya keluar mengundi semasa pilihan raya. Tentu budaya ini membuatkan kita terpinga-pinga, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ lagit dijunjung. Oleh itu hormatilah budaya mereka sebagai mana kita mahu dihormati dari orang lain.

Poster di akhbar mengajak rakyat India keluar mengundi.

Ada satu syarat! Nilai murni ini akan berubah nasib sekiranya anda alpa. Pastikan pada jari hantu mereka itu terdapat calitan cat berwarna merah. Calitan itu yang menandakan seseorang telah membuat undian di pilihan raya. Jika tidak, silalah beredar dari situ atau anda mungkin menerima musibah.

2 comments:

naeims_ab said...

hahaha...

nanti aku buat kat hang.. WTF..

SYED NAHAR said...

buat lah try...tunjuk kat boss ko kot bleh dapat insentif lebih.