Sunday, July 4, 2010

hidhir's wedding

tasik ampang, tak susah mana nak cari. tapi apsal mawardi dan yang lain lambat benar sampai? menurut mawardi dia salahkan qamarul hazimin. hari ini 3 julai 2010, hidhir bersanding di dewan taman tasik ampang hilir.

ye, inilah kedua-dua mempelainya. isteri mat dect cantik, tinggi dan sesuai sangatlah dengan mat dect. masih terngiang kata-kata mat dect sewaktu di seratas, "saya mohd hidhir dilahirkan di kuala lumpur tetapi dibesarkan di bukit mertajam, pulau pinang". explaination yang ingin menegaskan anda bahawa mat dect dan klcc tak dapat dipisahkan.

bukan lagi seperti lagu azie "pelamin anganku musnah" tetapi inilah konsep pelamin yang menegaskan konsep warna pink dan purple gaya ala inggeris siap dengan kerusi penyandar panjang. wah, rasanya menjadi trend pada tahun ini. tahun lepas rasanya kerusi cleopatra?

faiz langsung tak berkesempatan mencatat "moment" pada kali ini walaupun menjinjing beg kamera dslr beliau.

mawardi hadir bersama isteri tercinta, solihah tapi tak sempat snap mereka berdua sebab saya sibuk menjamu selera. memang lapar dari pagi tak sarapan. amir pula katanya datang dengan pak tam dan faiz. mawardi pulang awal skit katanya nak ke hospital. hospital??? sakit ke??? nampak bahagia sahaja...

fizi hadir bersama keluarga, namun ketika ini nashrah pergi mengambil nasi. itulah dia gaya kebapaan fizi yang cukup dedikasi. fizi kekal dengan jenaka mengaibkan para rakan, namun kali ini masa mencemburui kita.

pak tam atau aswandy kini imej kian cool dengan spek mata gaya kanak-kanak pintar.

warga protasco, qamarul hazimin. dialah menjadi punca kelewatan para jemaah menurut kenyataan mawardi. janji tunggu di tesco, tapi kata mawardi qorn ikut jalan short cut tapi tersesat pula. tapi qorn selaku yang tertuduh tak buat sebarang rayuan untuk menegakkan benang yang basah.

mawardi sudah lama tidak memegang mikrofon jadi peluang keemasan ini tak bisa dilepaskan begitu sahaja. tentu sekali tazkirah tentang panduan hidup bahagia suami isteri menjadi topik perdana kali ini. khas buat hidhir, ucapan kebahagiaan buat anda!

11 comments:

naeims_ab said...

saya tidak dijemput. huhu.. kalau tau mesti boleh pergi..

SYED NAHAR said...

bukan k mat dect ada tag hang kat fesbuk? aku ni pun tak sedar mawardi habaq. hahaha..

Nora Azua said...

selamat pengantin baru kepada mat deck.

ai_niza said...

awat piji tak comei macam anak dia?muhahahaha

WADI said...

aku rasa aku pun xdijemput...
siap xda tag kt fesbuk lagi tu...
tp dah paktam ajak, aku pun join je la....
kahkahkah

SYED NAHAR said...

bahahhaa...tapi mawardi tak pe. sebab mawardi memeriahkan suasana. hahahahah...

Anonymous said...

seb bek syed bwk senjata dia...
ade gak gamba aku
hehehe

Anonymous said...

paktam kelihatan seperti pelajar seratas yang patuh pada arahan guru yang sentiasa datang klas prep dan tidak penah fly di waktu lapang..kehkehkeh..

Anonymous said...

FT : oi faiz, hahahaha.. mu nih sebenarnya riso aku ceduk skill mu ni aku rasa?? ahahhaa...

anonimes : jgn ungkit kisah fly kat paktam sat gi dia tringin nak rasa nasik lemak mastura. hahahah.. norihan ke ni?? (aku suka tuduh norihan)

nahar

Anonymous said...

nahar: aku mana ada skilll sgt pong...aku pong cedok org leng punya
hahaha

SYED NAHAR said...

ya ka faiez? mcm tak caya je ckp hang ni..hehehehe... wei kalau nak masuk kelas fotograf ajak aku..hehe.