Monday, August 17, 2009

warga kejora teriak lagi

Mata meliar melihat ke kiri dan ke kanan, kelas dilihat sepi dan aman. Wan Norziah meluru terus ke belakang menghampiri peti kayu, lantas duduk mencangkung. Dalam pada itu Mohd Yashar yang tiba di kelas terus membuat suasana hingar, ketawa berdekah-dekah sehingga mencuri tumpuan Wan Norziah.

Dalam pada menyusun buku-buku, Wan Norziah sempat menjeling. Bola matanya kelihatan separuh dek tudung yang dikenakannya hari ini tidak dikelepet. Beberapa buku diambil, lantas beredar melalui pintu belakang. Beralun lembut baju kurung bunga kecil-kecil kuning, laju berjalan, bayang terlihat melintasi tingkap. Mohd Yashar memaling muka, namun disedari Wan Norziah. Selangkah akhir meninggalkan jejak, Wan Norziah sempat menjerit, “Usha, usha apa????”

Menebal dendam menyelubungi jiwa Mohd Yashar. Suara lantang turut didengari Mohd Mawardi. Sekumpulan pelajar perempuan tiba setelah sekian lama di pusat sumber, Tasnim dan Norhafiza Osman terus duduk di kerusi. Cermin kecil di dalam kotak pensil dikeluarkan. Ternganga Norhafiza sambil memperbetulkan tudungnya, tangan di masukkan ke dalam bagi menentu dudukkan posisi cekup kepala. Sambil menemani Norhafiza, Tasnim yang tadi terpandang wajah tak beremosi Mohd Mawardi lastas terus menungkat dagu memandang ke luar, jauh merentasi tingkap ke arah tandas di seberang yang kelihatan Suhaili, Amin Ibrahim dan Azmil melepak di koridor.

“Ingat baguih la tuh, jelling-jeling!” Mawardi menerpa kea rah Tasnim yang jiwa masih lara mengingati kampong halaman setelah pulang balik bermalam. “Hang ni pasai pa?” Tasnim membalas.

“Sapa cakap ngan hang?” kata Mawardi. Kini darah Tasnim mula panas, dijerang haba membuak-buak buih kemarahan. “Biaq pi kat aku la, hang sibuk pa? Kuajaq!!” balas Tasnim penuh emosi.

Kelas 1 Kejora kembali diam setelah Kak Norzi lalu melintasi koridor bersama Kak Fadhilah. Seluruh warga kelas gusar dimarahi jika berbuat bising, tak cukup di kelas, denda akan berlarutan sehingga ke asrama. Diam-diam Mawardi memaling muka, melihat ke arah kiri. Dalam suasana sepi malam yang membuai rasa mengantuk, terdengar suara bisik dari Tasnim, “Padan muka!!”

Firdaus Shah lunak mengalun lagu-lagu nasyid, seakan khusyuk menjiwai setiap baris lagu, disudahi dengan tawa hilai. Aku di sebelahnya berasa kurang senang dengan tingkah laku beliau, lantas aku kerap berbual dengan Amir sambil bertanding ‘Gusti Pemadam’. Kadang-kala aku membantu Azira Zamaran melukis alat kerja tangan di buku nota kemahiran hidup. Namun Azira Zamaran kerap lena. Aku sering juga dijadikan medium perhubungan maya antara antara Azira Zamaran dan Mohd Nor Effendi.

“Weiiii!!!!!!!!!” Seluruh warga kelas disentak dengan suara nyaring di belakang kelas, seraya semua berpaling mengecamnya. Wan Norziah kelihatan panik, terus ditutup mulutnya kemudian dengan pantas duduk mencangkung, gelak seorang diri.

“Ong kerek kerekkk!” Suhaili yang duduk di bangku guru mengulangi beberapa kali ayat ini. Lantas sebahagian besar pelajar lelaki mula ketawa. “Wohhh! Kughang ajor. Jaga Cik Ei, aku kabor kat mak ko!” marah Wan Norziah yang menunding arah Qusairi, rakan sekampungnya.

Suasana kian hingar, berlarutan sehingga menjadi tidak terkawal. Ada yang bermain gusti tangan, ada yang berdiri di atas locker kayu menampal carta ruangan subjek, ada yang yang bergelak ketawa sehingga lupa diri bersama Suhaili dan rakan-rakan dan tak lupa juga kepada mereka yang lena dibuai asmara seperti jaguh tidur lama, Mohd Zulkepri, sampai berbirat muka.

Loceng berbunyi, dengan serentak seluruh warga kelas 1 Kejora dikejutkan dengan teriakan suara yang cukup dramatic, Paduan suara lelaki “lenjan” dan gadis ‘provocative’.

“Aggggggrrrrrrrrrrhhhhh .!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“ Auwwww!”

Kelihatan Wan Norziah berpeluk tubuh di hadapan kelas berhampiran carta ‘duty roster’ betul-betul berhampiran meja Firdaus Shah. Menangis, Wan Norziah di situ, teresak-esak dan dibantu beberapa rakan taulan, seraya Kak Norzi dan Kak Fadhilah tiba dari kelas 4 Utarid.

Tak cukup dengan itu, hiruk pikuk terus menggamatkan suasana dengan suara gema seakan gempita gempa bumi. Dalam pada itu, suara bersahut-sahutan, jelas kedengaran, “Mawardi cium Wan Norziah!”

“Apa???”

“Mawardi cium Wan Norziah!!”

“Ya ka?”

“Hahahahaha…! Tipu ah!”

“Sungguh ka? Cium macam mana?”

“Hahahaha…!!!!”

“Abis lah malam ni mesti kena panggil dengan Azizan!!!!”

“Haah la weii… Aku tak tau. Aku tak masuk campoq!”

“Hahahahaha..”

9 comments:

Anonymous said...

x sabaq nk tgu komen dri warga kejora...

misszila

SYED NAHAR said...

tak de makna nya diorg sume busy n tak baca blog la wei..hahahaha... aku kesal dengan warga kejora yg tak menulis blog. kui kui kui...

Cik Faridah Huda said...

bertambah power jika menerima komen dr warga sebenar yang berada di tempat kejadian......

suka dengan penerangan said..leh bt aku ala2 psg OHP kat kepala...hik..hik..hik

SYED NAHAR said...

alangkah best kalau wan norziah ada bersama kita semua...hehe.

naeims_ab said...

cium yg dimaksudkan bukanlah cium yg sebenar-benarnya seperti antara pasangan kekasih mahupun suami isteri. perkataan cium tu cuma penambah perisa kepada cerita supaya kedengaran lebih sedap dan lebih gempak.. aku yg berada berdekatan dan menyaksikan peristiwa tu hanya boleh memberi gambaran sebagai 'mawaudi hanya mewapatkan mukanya ke muka wan nouziah sambil membuat mimik muka gewam kewana tidak tahan dengan keletahnya yg menyakitkan hati'.. jawak muka antawa meweka adalah lebih kuwang sejengkal.. begitulah cewitanya. tapi memang mawardi dipanggil senior malam tuh.. kasihan sungguh.. hahaha.. harap mawardi sendiri dapat bagi komen..

missone hazel said...

akhirnya wakil kejora sudah bersuara dan menerangkan duduk hal yg sebenar...hehe

SYED NAHAR said...

iye, mmg kisah "cium" itu hanya propaganda. wan norziah sendiri tidak memberi sebarang komen kerana kaget. mawardi pula sekedar mredha dengan tindakan para senior.

mawardi, sila kisahkan perjalanan kisah tersebut.

[DnaZz] said...

hahahahahahah!xsgka lagsung ending citer ni cmtu...hahahahahahah!smbung gelak lagi.unbilif-abel btui.tgu mawardi komen lak.haha

SYED NAHAR said...

mawardi!!!!!!!!! kami memerlukan komentar kamu!