wah dilisesss...
pun dilisesss jugak...
lagi dilisessss...! tapi nampak je lah dilises padahal biasa-biasa aje.
kisah bermula apabila cik faridah kita nih duk suruh aku simpankan kain cotton untuk dia. aku ni serba salah sebab rumah aku sendiri kini diserbu hantu kain. oleh yang demikian, aku sorok kain yang faridah book bawah katil aku. selepas beberapa malam, aku rasa tak tenteram apabila senah turut mengeluarkan hasrat berminat mengenakan fabrik cotton.
pendek kata, lepas kerja aku terus berpusu menaiki tren LRT putra yang dah mcm sardin cap king cup tu. turun KLsentral ya rabbi delay 20 minit! naik je komuter belah mengahala pelabuhan klang ni, dah berhimpit-himpit macam guni beras. hidung aku ni muat-muat nak bernyawa ja. bau-bauan tu jangan diceritakan, mau dibuatnya aku tak lalu jamah nasik ayam dara. sampai je subang jaya, lega!
aku bawak dalam 12 lai kot kain cotton. mula-mula mek confirm dah ambik 5 lai. aku lega tapi dalam hati aku risau dia tambah lagi. aku bukan apa, tak mahu dituduh menghasut! haha..tapi bukan ke hantu yang hasut manusia? eh, ke aku yang hantu? senah pun dua kali lima ja. aku sampai tahan-tahan dia suh ambik 2 lai je, tapi dia up diri seniri ambik 3 lai dengan selai tu under guarantee. tup-tup tak dan sampai 24 jam, dengar khabar terus jadi ambik. ni sorang lagi ponti kain pasang. hahaha...
nak tau dak ada sorang lagi ponti wannabe? dia adalah hasnor hashrah. lepas satu, nak lagi satu. mula selai, pastu book lagi 5 lai. was was aku dibuatnya. kain yang dahulunya 72 lai kini tinggal cenonet nasib baika ku sempat asingkan untuk diberikan free kepada orang di kampung, dalam 5 lai ja. pertemuan bersama hasnor dan natasha aqilah di stesen LRT pasar seni sungguh terancang dan semua mendapat manfaat!
quoted untuk mereka:
senah : dari dulu habaq nak berenti keje, tak moh dah keje amsteel tapi hitung-hitung dan 2 tahun hang keje situ. haha..
mek : ambik 5 lai sudah, aku risau tengok hang! esok-esok kalau aku bawak kain jenis lain mesti hang nak jugak. tak pa aku diam-diam ja tak bagi tahu hang. hahaha..
hasnor : bukan main habaq nak lekas kata bas pukul 730, sekali pukul 750 tu aku sms hang tak bergerak lagik. punya lekas dan cium pipi tasha ja, pastu blah. tak dan nak bersembang lama. haha..
tasha : amboi bila aku tanya duk tang mana, slow je jawab mcm duk pikir. last-last aku satu gerabak keta api dengan hang. hahaha...
2 comments:
Makan tahap dewa...
tapi aku rase aku plg banyak...hohohoho....nafsu makan menguasai otak
hahaha...bab2 makan ni kita memang tak de tomakninahnya...huhu.
Post a Comment