Monday, July 20, 2009

Tabiat “over” budak seratas : Part 2

disambung dari episod lalu...

posing yang over ini sekadar hiasan dan dilakukan tanpa niat.

4. over shadow : perlakuan menunjukkan kebolehan diri dengan menenggelamkan kebolehan orang lain.

Bagi mereka yang memiliki rupa paras, ia merupakan satu tiket untuk mudah bergerak maju walhal memiliki rekod akademik yang sekadar purata. Kelakuan “over shadow” boleh didefinasikan kepada beberapa situasi. Sebagai contoh, pelajar yang pandai, bertanyakan soalan kepada guru walhal dirinya telah mengetahui akan jawapan itu. Kesengajaan bertanya adalah semata-mata bagi meraih pandangan supaya dilihat amat pandai. Selain itu, dalam pada seluruh warga kelas mendiamkan diri akan kerja rumah latih tubi soalan yang gagal disiapkan, terdapat seorang pelajar yang secara sukarela membuat pertanya yang memiliki niat serong, seperti “teacher! Soalan nombor lapan ni macam mana?” lantas guru itu menjawab, “haaa…latihan semua hantar! Nasib baik saya tak terlupa, semua mesti letak atas meja saya sebelum tengah hari!”


5. over acting : ekspresi emosi yang melebihi had.

Sering dilihat, ramai pelajar yang memiliki rekod cemerlang ataupun mereka yang rajin belajar walaupun keputusan peperiksaan sekadar purata telah bertindak “over” secara tidak disedari melalui bahasa tubuh. Dengan berbekalkan buku-buku rujukan yang tidak terlalu tebal, pelajar-pelajar ini mengampu buku-buku itu sambil membongkokkan badan seolah-olah berat menanggung ilmu. Lebih dahsyat bila kepala turut teleng, atau muka masam tunduk ke bawah sambil mata jelling ke kiri kanan, atau menyalin setiap kata-kata dalam seminar hari sabtu akan ceramah motivasi cikgu izhar setiap sabtu, dan sebagainya. Lebih buruk lagi jika seseorang itu berlumba-lumba menuju kelas atau makmal tanpa bersembang dengan orang lain serta langsung segera demi diri sendiri tidak ditegur guru kerana lambat. Selain di bidang akademik, terdapat juga definisi dari segi publisiti. Contohnya, seseorang pelajar perempuan selalu menceritakan masalah keluarga yang dihadapinya justeru menitiskan air mata supaya menagih simpati pelajar lelaki, namun rakan perempuan karibnya sendiri tidak pernah diceritakan perihal itu. Pelajar lelaki pula sibuk berlatih melaungkan azan ketika bersendirian, kemudian pergi ke surau awal-awal, moga-moga disiruh menjadi bilal, kemudian mengeluarkan fakta bahawa diri dipaksa warden bertugas walaupun sebenarnya diri ingin mencipta rekod menahan nafas paling panjang.


6. over compliment : niat memuji diri pada pada skala tiada tolok bandingnya.

Perasankah anda, seseorang yang “cun” sering memuji orang yang kurang “cun” sebagai “cun”? ini menafsirkan bahawa mereka mengharapkan diri diberi pujian, seperti, “eleh ko pun cantik jugak, aku rasa ko lah paling cun kat sekolah ni”. Namun, bagi mereka yang telah menyedari hakikat ini, mereka yang kurang “cun” ini akan hanya berdiam diri atau berlagak malu-malu dipuji. Seharusnya dia merasa sungguh terkilan kerana pujian yang diberikan itu sebenarnya membawa maksud yang bertentangan. Selain itu, pelajar yang pandai dan sering memberi galakan kepada teman seperjuangan tatkala markah kertas ujian diberikan. Contohnya, ketika nama seseorang itu dipanggil mengambil kertas, beliau terus membuat pujian, “fuyyo highest!” padahal beliau merupakan antara pelajar yang kerap mendapat “highest”. Cuba anda perhatikan, apabila membuat pembetulan, beliau sering menyebut perkataan “yessss” namun yang kedengaran hanyalah bunyi “esssss!!”.


Tamat.

2 comments:

aku said...
This comment has been removed by the author.
SYED NAHAR said...

awat delete?