Wednesday, July 15, 2009

Tabiat “over” budak seratas

Sikap yang over memang membuatkan kita yang terasa hati sebagai cukup menyampah. Walaupun diri kita itu langsung tidak merasa sakit secara zahir, namun lumrah manusia kerana mudah tersentuh. Namun takrifan tabiat “over” atau sikap yang berlebih-lebihan sehingga ia menjadi “over” boleh dipecahkan kepada beberapa kategori, seperti berikut:

aksi aku ketika over.

1. over dramatic : tiba-tiba terasa diri bagaikan dalam rakaman drama atau filem.

Sewaktu di bangku sekolah sekitar tingkatan 4, dek kerana lewat, mohd hidhir telah disebat dengan tuan pengetua, Tuan Hj Ahmad Arbi bin Hamzah, lalu lengan beliau telah tercedera lantas titisan darah mengalir keluar. Hidhir yang syahdu secara tiba-tiba tersasar dari skrip asal lantas berkata dengan nada sebak “cikgu, suatu hari nanti kalau cucu-cucu saya tangan pasal parut ni, apa saya nak jawab?”. Tidakkah skrip asal wajar hidhir mempertuturkan “cikgu, apa saya nak jawab kalau mak saya nampak parut ni? Nanti kalau dia kata saya bergaduh di sekolah macam mana?” atau mungkin perkataan “cucu-cucu” itu akan membuatkan diri beliau menjadi kurang over jika ditukarkan kepada perkataan “anak-anak”.

2. over confident : keghairahan yang lahir setelah suka-suka hati berpendapat diri akan dapat buat dengan jayanya, ekpresi secara zahir dan batin. ia adalah bunga-bunga kepada sikap angkuh dan takabur.

Pernahkah anda membezakan pelajar yang bosan dengan yang bersemangat? Pelajar yang bosan lagi malas itu akan duduk membongkok, bertongkat dagu, memek muka yang masam dan mula mengecilkan saiz tubuh dengan berselindung ketika guru mencari calon sukarelapaksa untuk menjawab soalan. Namun, ia sungguh berbeda dengan semangat waja penuh iltizam yang dipertonjolkan oleh sebahagian pelajar. Mereka kerap memandang-mandang kepada pelajar lain yang separa lena, ditambah “over” bila dia menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata-kata dalam hati, “ ish cikgu ni pun takkan tak perasan diorang lena, apa lagi dendalah!” paling ketara, tanpa beliau bersuara, kita dapan mendeteksi tabiat perbuatan orang-orang yang “over confident” ini, kerana tulang belakang mereka membengkok dengan jejari negative seperti batang kangkung yang direndam ke dalam larutan yang hipotonik terhadap sapsel, dan paling jelas adalah bahagian punggung beliau yang hanya menyentuh sedikit sahaja platform atau pelana kerusi, iaitu hanya di bucu-bucu kerusi. sungguh bersemangat inkuiri.

3. over protected : perasaan menghargai diri sendiri daripada sebarang anasir yang boleh menjejaskan prestasi pada kadar yang terlalu tinggi dan sekali sekala menjejaskan alam sekeliling.

Para pelajar dinasihati supaya tidak mengabaikan faktor masa, kerana semasa menjawab peperiksaan amat penting untuk bertindak bijak membahagikan masa. Sebagai tindakan yang wajar, para pelajar memakai jam di tangan atau membawa jam kecil dan diletak di atas meja. Sikap ini ditambahkan dengan was-was terhadap jarum pada jam yang digantungkan di dinding dewan besar yang mungkin tidak tepat. Namun jika silap langkah, jam yang diletakkan di atas meja itu berdering dengan sendirinya kerana calon peperiksaan terlupa untuk mematikan “system alarm” lantas mengganggu penumpuan pelajar lain serta mengundang malu, sememangnya ia pernah berlaku sewaktu menduduki peperiksaan PMR dan SPM lalu. Selain itu, para pelajar juga disarankan menggunakan mesin kira-kira yang bersaiz besar supaya tidak melakukan kesalahan setiap kali menekan punat-punat nombor di mesin tersebut. Oleh itu, segelintir pelajar memillih untuk menggunakan mesin kira-kira atau “kalat” yang dilengkapi system bunyi-bunyian. Setiap kali punat ditekan, bunyian yang “annoying” itu akan membuatkan pelajar lain menyumpah seranah.


...bersambung

8 comments:

Anonymous said...

betoi2...dah lama tak baca kisah remaja seratas nih..

kak wan

SYED NAHAR said...

ceh ada2 jek...

Anonymous said...

a'ah..aku nyampah tol dgr kalat yg ada bunyi tu.....dah la aku xpndai addmath..dgr lak bunyi tu..lagi la sakit jiwa....




mrs hunnybee

SYED NAHAR said...

hahaha..aku pun tak suka kalat bunyi2 nih... mcm poyo jek.

missone hazel said...

yg pakai kalat bunyi2 tu,depa saja nk bg org lain yg x reti jawab bertambah stres...haha

SYED NAHAR said...

tak baik buruk sangka tau..hahahaha

Anonymous said...

I can not with you will disagree.

Anonymous said...

dimiEmulk
[url=http://healthplusrx.com/menopause]menopause[/url]
roathetry