menuju ke sarojini nagar, semestinya menggambarkan mindaku untuk membeli belah. terdapat 2 pasar utama iaitu sarojini market dan babu market. masalah utama untuk ke sini bukanlah lokasi, tetapi tempat meletakkenderaan yang sungguh terhad, tetapi tetap ada ruang untuk anda kerana penjaga 'parking' itu hebat membuat susun atur seperti permainan 'puzzle'. dasyat kan? anda juga perlu menyerahkan kunci kereta anda kepadanya. lagi dasyat kan, mesti risau kereta kena curi.
apa yang ada di sini? tentu sekali ia syurga pakaian. daripada kain sari, sehinggalah kepada baju siap, aksesori, periuk belanga, perhiasan rumah, langsir, pinggan mangkuk, kasut, barangan dapur seperti sayuran dan pelbagai lagi. kunjungan sekali anda ke sini akan membawa anda dua tiga kali kerana lutut anda bakal tercabut dek kerana perjalanan jauh, berjuang menempuh tubuh sasa warga delhi, haruman nyahsingkir dan suhu yang tinggi. mencabarkan kalau nak shopping di sini? bayangkan lah!
saya selalu membayangkan saya membawa rakan taulan ke sini suatu hari nanti. siapa nak ikut? ini merupakan salah satu kaedah untuk kursus bina semangat. dapatkah anda mencari koordinat saya di dalam gambar? teruskan mencuba.
2 comments:
aku sanggup ke nak sopping dlm keadaan begini....
ngan bau nyahsingkir...pasti adegan menutup hidung x dpt dihindari....silap ari bulan..aku yg pengsan tanpa smepat membeli...sapa nak angkat aku weiiiii....
hahaha..tak de lah seperti yg disangkakan. so far ok je, bau-bauan tu tak de lah teruk mana. ok je.
Post a Comment