Bangun awal pagi, terus bersarapan pisang goreng. Benakku berkata aku harus dulu menjamah juadah ini sebelum ia sejuk, mengeras dan liat. Pisang disalut dengan bancuhan tepung gandum dan tepung beras, bukan campuran khas tepung jenama Adabi tetapi sesekali dulu pernah ibuku menggunakan tepung jenama Suri.
Terus mencapai teko, cawan kopi tersedia atas meja menarik nafsu ketagihan kafein. Hatiku terusik dengan tangkai teko yang licin berminyak. Mataku menjeling tajam tepat ke muka adikku yang khusyuk makan, siap bersila “ghenik”.
Tuala di bahuku. Berjalan menuju ke belakang, terus ke tandas. Damm!! Pintu ditutup laju. Hasrat untuk manjatuhkan air ke atas rambut belum kesampaian. Sejuk. Dingin pagi masih menggamit rindu si bantal empuk. Dengan kiraan satu..dua dan tiga! Pili mandian hujan terus menerpa wajahku, hidung yang tadi gatal kini mengerluarkan angin tajam, bersinn berkali-kali.
Harumah sabun jenama Popinjay berbau naik menghiasi ruang udara bilik air, sabun di sapu rata ke seluruh badan. Siap bersugi, pipi terasa kebas terus badan dikesat dengan tuala lantas berlari keluar untuk berpakaian. Siap! Baju merah seluar denim biru.
Kunci skuter dicapai, pacuan dua roda ini kepunyaan Paksu. Niat untuk ke pekan untuk membeli surat khabar telah makin segar di minda tatkala diri segar selepas mandi, mengundang suasana rajin membaca. Skuter Mosquito ini cukup kuat bunyinya, seraya enjin dihidupkan seekor kucing yang lena di balik tangga lari bertempiaran.
Memandu laju, melihat meter petrol kian susut. Lantas deria pertimbanganku memujuk diri menyinggah laluan ke stesen minyak petronas. Angin sejuk pagi menerpa ke muka, cukup dingin, sedingin angin hujan hujan khatulistiwa di tanah tinggi.
Uhuk! Uhuk! Batuk kerana dadaku sebu dengan udara nipis. Penyesalan menghiasi minda kosong ini kerana alpa menggunakan baju tebal. Seketika menunggang, kini tayar skuter mencecah lantai stesen minyak petronas.
Penuh bangga dengan skuter baru berkilat ini. Baru semalam ia dicuci dengan cecair buih syampu kereta Paksu. Tepat berhenti di sudut pam petrol, enjin dimatikan. Kunci dicabut, lantas perasaan yakin mendorong tangan membuka ruang tempat duduk. Seorang gadis pekerja petronas di situ memerhatikan kilauan skuter baru lagi bersih itu, nescaya ia terpesona dengan keindahannya.
Aneh! Hanya kutemui ruang meletak helmet yang kosong, Cuma diisi sehelai baju hujan. Aku terpinga-pinga. Idea tiba, aku berpura-pura niat mencari kain pengelap, tapi nyata meleset kerana ia tiada disitu. Ah!! Aku gagal sekali lagi.
Dengan penuh rasa rendah diri, aku kembali menutup pelana skuter. Tap!! Rupanya penutup tangki petrol berada di belakang. Tidak terlihat dek mataku, dan sungguhpun skuter itu dikilangkan begitu. Petrol dituangkan dan wang dibayar, lantas tangki ditutup dan terus berlalu tanpa memerhatikan gadis yang memulangkan wang baki. Aku malu dengan tindakanku. Kini hening dingin pagi mengubah rona ceria kepada malu. Kuingati lokasi kunci tangki petrol di situ, sampai bila-bila, sampai mati!
anak panah menunjukkan lokasi tangki petrol scooter mosquito yang tidak memerlukan anda membuka pelana tempat duduk. **gambar dipinjam dari internet, lalu dibuat pengubahsuaian dengan anak panah merah, skuter dalam cerita adalah bewarna merah.
6 comments:
Walaupun salah....
kaver malu itu penting !
Weh Syed...aku penah salah tegur org...aku ingatkan die panggey aku..rupanya die panggey waiter..cess!!!
ko mamai atau ko berperasaan seorang yg perasan. tapi ia selalu terjadi juga kepada diri even org bersin pun aku rasa dia panggil nama aku.
cth: syehhhh!!!! <---bunyi bersin mcm bunyi nama aku syed????
hahahhahahhah....tp kau pun xtau gak tempat isi minyak skuter kat mana...mujur hg cerita...
aku pun pernah gak..1st time bwk keta mai opis..aku nk tutup aircond, tertekan button lampu kecemasan tu..pastu aku lak dh panik...xperasan TERtekan menda tu..trus pi pggil mmber opis tlg tgokkan keta aku..igt rosak ke menda..cam malooo giler aku...yer la...org miskin, xpernah ada keta..peghak sket..hehehheh
mrs hunnybee
hahaha..hang tu sir panic sangat. kena mai emosi tak tentu PMS ke lagi la haru silap hari bulan panggil bomba terus. ahahahha... kita kan org kampung, belajar dari kesilapan atau kemaluan..eh? lucah plak???
macam2
halah ni pengalaman aku wehh..!
Post a Comment