Wednesday, February 17, 2010

saadiah terus bercinta

tiap-tiap pagi mengayuh pedal basikal, meluncur laju membelah angin pagi. basikal ini sudah bertahun digunakan tetap gagah. saadiah yang ramah menegur siapa sahaja yang melepasi pandangan. girang gembira, terus mengayuh basikal. biarpun jalan lengang, mulut saadiah ramah.

saadiah ada gaya tersendiri. beliau gemar memakai baju 'maxi' yang dijahit sendiri. labuh seperti jubah, lengan baju sangat besar. rambut disanggul di atas ubun, dilitupi selendang kapas sewarna. itulah saadiah, seorang wanita.

berkayuh basikal setiap pagi, bersama sedikit barang di dalam raga. biarpun mendaki bukit, melepasi tanah perkuburan walhal panas terik bukan penghalang. selagi kudrat masih ada, itulah pengorbanan yang mampu dilakukan oleh saadiah demi kesinambungan cintanya.

saadiah bukan berhajat kosong. saadiah berbasikal bersama bungkusan makanan. setiap hari membawa makanan ke balai polis mejadi tanggung jawab saadiah biarpun upahannya sekadar penat dan lelah. setiap hari tanpa cuti, saadiah gigih meneruskan rutin ini demi sebuah cinta.

cinta itu membahagiakan. kerana cinta kita hidup. saadiah seorang wanita perihatin. pernah sekali saadiah singgah di rumah membawa bungkusan makanan dan menurutnya, "berikan pada adik. tadi makcik dengar ada budak kecik menangis, mungkin dia lapar. suaplah dia makan, nanti diamlah tangisnya." aku kelu tak berkata apa.

saadiah merupakan insan terpilih. hidupnya seorang saadiah melakar sebuah kisah cinta yang abadi, mekar di sanubari setiap yang mendengarnya. bukan dongengan atau fantasi maya, kisah cinta saadiah seutuh hikayat klasik 'romeo dan juliet'.

sekilas pandang tahun awal 60-an, saadiah dijodohkan dengan seorang lelaki idaman seorang perwira. mungkin mimpi indah saadiah menjadi kenyataan untuk berjodohan dengan lelaki yang berkerjaya dalam sektor pertahanan. dapat dibayangkan srikandi yang menjadi tonggak wira seorang lelaki waja.

saadiah mengabiskan masa seharian sebagai suri rumah tangga. menemani suami pada masa lapang menjadi kebiasaan baginya, demi memupuk kasih sayang yang tidak pernah pudar saban hari. bertitikkan suatu tarikh, saadiah bersama suami masuk ke hutan yang tidak jauh dari rumah mereka sebelum ke seberang sungai perak.

kisah cinta abadi ini diuji dengan sebuah ketentuan yang tertulis. saadiah bersama suami telah terserempak dan ditahan oleh sekumpulan ahli bintang tiga. di situ mereka diikat pada batang pokok besar. dipukul dan disoal berkali-kali, akhirnya tubuh yang sihat menanggung kesakitan.

sekali lagi kesabaran saadiah diuji. suami yang dicintai telah diseksa di depan mata. jeritan menanggung sakit menjadi tontonan saadiah yang diikat tak berdaya. titisan darah kini membasahi tanah, saadiah meronta-meronta minta dilepaskan namun terlambat. suaminya yang dikelar kini tiada bernyawa, pergi tak kembali.

alangkah pilunya hati saadiah, suami yang tercinta kini rebah di bumi. berlaku di hadapan matanya, tak biasa dilupakan sepanjang hayatnya. hanya anak-anak pengubat rindu kasih, cinta seorang wanita kepada suaminya takkan luntur biar masa berdekad pergi. mujur sehingga kini saadiah masih ada kudrat, terus meniti hari-hari mendatang biarpun sejarah hitam mencoret diari hidupnya.

mungkin seluruh pengguni di balai polis tidak akan menyentuh makanan itu, jelas sekali ia dibuat khas oleh saadiah kepada suaminya. yang melihat pasti terharu. suaminya masih hidup di dalam pemikiran saadiah. sebelum mengayuh pulang, pasti saadiah akan singgah sebentar di pasar untuk membeli sedikit barang basah untuk di masak. saadiah sentiasa gembira, ceria, ramah berbicara dan tidak lekang dari senyuman.

walaupun suami telah lama pergi, namun pasti memori yang terlalu kuat itu tetap mekar di hati saadiah. kesan tekanan jiwa yang dihadapinya, berlaku pula di depan matanya, sukar titik hitam itu pudar dari sejarah. saadiah tetap saadiah, siapa lagi yang bisa menandingi kisah cinta saadiah. ayuh sadiah kayuh! cinta itu tidak gila, namun cinta itu sebuah pengorbanan.


inilah saadiah, tetap ramah biar sendirian. gigih menyayuh basikal.


**menu yang diterima dari saadiah :
(menu kononnya untuk adik "kecik" yang menangis)
1) bihun yang siap dicelur dengan kuah sup, masih panas.
2) sayur-sayuran yang belum dimasak.
3) beberapa tiub yang diisi air suam (tiub plastik yang digunakan untuk aiskrim malaysia).
4) gula-gula sugus.
5) kuih muih.

26 comments:

Oranglama said...

Salam saudara,
Saadiah ni saya pernah tengok waktu saya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik antara 1991 hingga 1996. Saya sering melihat beliau ke Balai Polis Gerik pada waktu antara jam 12 tengahari dan meninggalkan bekalan makanan yang dimasaknya kepada anggota di balai dengan pesanan..'untuk Pak...(nama arwah suaminya)dia tak makan lagi pasai kak tak sempat masak.." Saya dengar ceritanya ialah arwah suami Saadiah ni mati ditembak pengganas sekitar tahun 1975 semasa memandu bot(arwah bertugas sebagai Mata2 tambahan)membawa bekalan makanan kepada anggota yang bertugas.Dari cerita yang sering disebut ialah arwah suami Saadiah ini tak sempat makan tengahari kerana bergegas menjalankan tugas dan Saadiah rasa amat terkilan kerana tidak dapat menyediakan makan tengahari arwah dan itu yang menyebabkan Saadiah sehingga kini membawa bekalan untuk suaminya di Balai Polis Gerik.Cerita saudara agak berbeza.Tolong pastikan yang mana satu cerita sebenarnya sebelum saudara postkan kisah ini.Barangkali saudara boleh mendapatkan cerita sebenar dari bekas anggota MMT yang pernah bertugas dengan arwah .Ada dua tiga orang yang masih hidup dan tinggal di Gerik seperti Pak Liyas,Pak Manaf dan beberapa orang lagi. Cerita ini bukan rekaan dan memang menarik untuk menjadi renungan kepada generasi muda pasca merdeka yang tidak pernah mengalami perit jerih menghadapi ancaman pengganas komunis diwaktu dharurat antara 1948-1960 dan sebelum 1989. Terima kasih.

SYED NAHAR said...

wah!!!!!!!!! komen yg sungguh BEST!!! eh tringin nak kenal dengan penulis komen ni....

kita pun tak sure kisah pasal saadiah nih, yg pasti suami dia mati. sama ada suami dia meninggal sewaktu menaiki bot tu tak pasti tapi yang pastinya RUMAH SAADIAH memang di tebing sungai kendrong yang depan tu skit je bertemu dengan sungai perak. cara suami dia meninggal tu tak pasti sebab terlalu banyak MITOS. hehehe...kita tulis ni apa yg kita dengar sahaja...

sampai sekarang saadiah masih kayuh basikal....

SYED NAHAR said...

satu lagi, nak tulis detail sangat pasal puan saadiah ni takut jugak sbb nanti ada saudara mara beliau yg terbaca pun nanti haru gak. sebab tu saya tak tulis nama lokasi secara tepat even rumah saadiah pun saya tau hehehehe. tak sangka plak ada polis yg baca woh giler terharu! ...kot sensitip. tapi kisah saadiah ni kronology nye begitu lah, sungguh unik! kalau buat filem mesti tahap air mata punya.

missone hazel said...

nahar,terharu dgn org yg 1st komen tu.sape eh?mesti tau kisah yg sebenar,kesian saadiah.mana ko dapat cite ni?

missone hazel said...

nahar,terharu dgn org yg 1st komen tu.sape eh?mesti tau kisah yg sebenar,kesian saadiah.mana ko dapat cite ni?

Cik Faridah Huda said...

setianya saadiah....
aku terharu beb!

SYED NAHAR said...

kak wan : mesti la aku pernah dgr skit2 kisah saadiah ni...kampung sebelah tu je. hari2 dia kayuh basikal lalu depan umah nenek aku.

faridah : sungguh terharu kan. tapi terlalu setia ni apa kelebihannya?

Cik Faridah Huda said...

kadang2 setia berlebihan pun..menyeksa diri...hahahhaha...besala ayat aku...ayat orang yg kurang kesetiaan...p~

SYED NAHAR said...

kurang kesetiaan ke pernah melalui getir ini??? hehehe..

Oranglama said...

En.SYED dan MISsZiLa,
Terima kasih membaca komen saya.Saya masih bertugas sebagai pegawai keamanan di Perak dan insyallah akan bersara dalam tempoh 3 tahun lagi.Pegawai dan anggota polis yang bertugas antara 1991-1996 di Hulu Perak terutama Gerik jika masih disana samada telah bersara atau masih bertugas insyallah masih kenal dgn saya.Kg Padang tidak asing kpd saya dan saya sering menonton pemuda disitu bermain bola dikawasan berkenaan.Begitu juga Kg Ulu Kenderong dan kwsn sekitar terutama kwsn yg dulunya merupakan court tennis yg kini dah jadi bangunan sbb saya banyak menghabiskan waktu ptg saya bermain tenis dgn ahli2 kelab tenis pd waktu itu.Saya masih ingat saat-saat manis sewaktu bertugas di Gerik dan sehingga kini jika ada waktu terluang dalam perjalanan ke pantai timor saya akan ambil peluang untuk singgah disana terutama di gerai Batu 2,jumpa dengan En.Wan...yang emaknya berniaga disitu.Dulu di Gerik ada medan embun yang merupakan kawasan lapang dekat pasar yng dijadikan ruang lepak2 utk minum teh sampai tghmlm terutama lepas 1989 dimana Gerik telah diisytiharkan sebagai kwsn putih selepas ancaman pengganas komunis mula kendur akibat perletakkan senjata mereka dgn termeterainya perjanjian Hatyai antara kerajaan Malaysia,Thailand dan PKM. Barangkali pekan nat (hari Jumaat lepas solat hingga Sabtu ptg ) masih ada hingga hari ini. Dulu Gerik sangat sejuk diwaktu mlm dan subuh.Siaran TV hanya dapat untuk ch 2 sahaja sedangkan ch lain nampak berbalam. Dulu celcom dah ada cuma bermula dengan 010..telefonnya besar dan waktu ada line hanya antara jam 10 - 11 pagi saja.Kalau nak contact terpaksa naik atas bukit baru line clear. Dekat Shell dulu ada kedai mkn cina yang ada amoi tebar roti canai. Bukanlah sedap sangat tapi pasal amoi yg buat ramailah pelanggan.Lampu isyarat hanya wujud sebelum 1996 sebelum saya bertukar. Waktu itu Gerik mcm sleepy hollow tapi skrg Gerik dah membangun dan cerita Saadiah kekal.En Syed bertuah kerana dapat melihat Saadiah berbasikal setiap hari kerana Saadiah masih hidup. Mungkin Saadiah telah'hilang akal' akibat rasa terkilannya tetapi pd saya kesetiaan Saadiah itu menjadi lambang kepada kita semua terutama En Syed dan MISsLiZa dan generasi baru supaya dapat merenung kembali tentang kepayahan,kesengsaraan dan pahit getir kami yang berjuang untuk memastikan tanah air kita yang tercinta ini kekal terpelihara keamanannya. En SYED boleh hubungi melalui e mel saya hammer1911@gmail.com. Salam hormat.

Oranglama said...

En SYED..sorry pembetulan.E mel saya hammer5533@gmail.com .

Cik Faridah Huda said...

silalah en syed menghubungi en orang lama agar kisah saadiah dapat diperkukuhkan lagi kesahihannya...baca komen org lama rasa mcm baca palitan sejarah...serius generasi muda x brapa nak igt akibat sekadar hafal tuk exam je....

Syed memang bertuah..macam-macam ada kat kampung padang....pekasam ikan loma...huh..kecur ayer liur...bila bleh rasa...

SYED NAHAR said...

bahahaha....hang ni mek buat lawak plak. pekasan ikan loma? aku ingat hang tak tau. hehehe...

encik pegawai keamanan,

nanti kalau free2 kita send email. saja je, kita ni mmg suka dengar kisah sejarah. encik ada tulis blog juga ke? macam mana encik boleh terbaca blog saya? saya nak cuba google nama saadiah keluar gambar primadona je. hehe...seriously saya mmg best dapat komen dari orang yg berpengalaman sebab kenyataan yg ditulis amat konkrit dan berasas...

hehehe...

Oranglama said...

Salam.No problem..you are most welcome.It's good to know a very enegertic,colorful,open minded and at the same time a very successful young man like you En Syed. I can be yr friend,dotting father and maybe the adviser if you feel free to be in touch with me. Salute and cheers.

Anonymous said...

wah boleh dimomenkan kisah saadiah..cepat buat skrip untuk cerita kemerdekaan..haha

btw, makcik saadiah comel lah..

N

SYED NAHAR said...

to pegawai keamanan:

pegawai keamanan ni apa? tak pernah pula dengar. adakah ia seperti bahagian khas persenjataan? dulu masa kes al-maunah ada nampak banyak jeep yg tertulis "PESENJATAAN".


to anand :

ko ni suka buat lawak tau! nak skrip la apa lah, pastu ko je lah berlakon buat pantomin. hehehe...

missone hazel said...

thanks to komen en pegawai keamanan (nama tatau),huk3.saadiah sungguh setia,mungkin dgn cara tu dia dapat merasai kegembiraan.***teringin nk jumpa dia....

SYED NAHAR said...

kak wan :

ko nak jumpa saadiah? sat lagi ko plak yg lari. hehehe..sebab saadiah ramah, sampai apa yg dia cakap pun tak tau pokok pangkal nye apa. tapi dia baik je. tapi tu lah, kesetiaan dia teramat sangat setia, kesian jugak...

missone hazel said...

teringin nk tgk camna la life dia...setia smpai cmtu skali...mungkin ada sebab dia buat camtu...hny dia yg tau...turut PRIHATIN....

SYED NAHAR said...

prihatin tu mcm ko nak feeling2 je.. hahaha..ekseli hidup dia tetap mcm orang lain seperti memasak dan menapau dan membuat delivery makanan untuk suaminya...selama puluhan tahun (sehingga kini)

sedih ke?

missone hazel said...

word PRIHATIN tu amat sensitif....waaaaaaa.....sedih lak rase.mesti la sedih.abis,sape yg makan makanan tu sume?

SYED NAHAR said...

ntah..tanya encik pegawai keamanan sapa yg makan..rasanya tak sape makan kot??

Anonymous said...

pheww... cite hang ni mendapat sambutan menggalakkan. walaupun cheq org gerik tapi pasal sejarah2 ni cheq hancuss sebab spm 91 dulu mrsm suruh pilih sejarah or geog.... cheq amik la geog! bengong! nasib baik dpt A (sebenarnye nak cerita dulu geog dpt A haha pls don't vomit )

ina

Anonymous said...

**suddenly naturally vomit**

ha lah! saadiah mmg terkenal...ceq tu kalau sejarah penubuhan butik coach hapal le tu mana branch baru bukak. ehehehhe...

nahar

Oranglama said...

Syed dan yang lain2. Pegawai keamanan tu bukan nama khas tetapi maksudnya Polis,tentera dan mana2 agensi yang sama. Maknanya saya masih lagi bertugas sebagai pegawai polis sehingga kini.Kan polis tu tugasnya menjaga keamanan negara.

SYED NAHAR said...

ooo polis! tak de saya ni bukan kerja kerajaan (mintak tak dapat), sebab tu kurang tahu apabila sebut pekerjaan yang general. kalau sebut kerejaan saya akan bayangkan orang2 yang berpakaian kemas siap tali leher dan selalu ada meeting. kerja swasta ni apa yg ada, air pun kena bancuh atau bawak sendiri. terus rasa semangat nak isi semula borang online SPA.