thumbelina?? kenapa nama perempuan ini yang disebut penulis? tentunya ia mengembalikan sirna kegemilangan kisah dongeng kanak-kanak. thumbelina sepopular peterpan, hidup di alam fantasi dengan menjadi alam flora fauna sebagai rumah, tanpa kemusnahan alam. tanggal 5 februari, seramai 10 peserta menyertai program ini dengan penulis bertindak sebagai perencana program.
ketiadaan emy jue, oh dia absent sebab alasan munasabah ke ipoh atas tujuan kerja. tak mengapa. pergilah kau ke bumi ipoh kerana di sana juga kamu bakal menempuh pengalaman baru. namun penyertaan di saat akhir oleh 2 orang, merupakan pasangan kekasih laki bini hasmahafizi dan hasnor nashrah. mereka feeling pengantin baru sebab baby tak bawak, ada di kampung.
kami berkomplot kumpul di sebuah restoran, dari MRR2 menuju sungai buloh, betul-betul selepas 2 kali traffic light selepas simpang hiway guthrie. senah tiba paling awal disusuli penulis (yang sepatutnya paling tapi kena menempuhi kesesakan lalulintas di kepong, jusco prima). tanpa disedari kereta suzuki swift tertinggal di belakang walhal mereka lebih awal melepasi persimpangan manjalara. pecut ke kampung kuantan, kami tiba dengan selamat walau kereta senah dihonk lori 3 gandar.
membeli tiket, sorang purata RM10 siap dapat air mineral reverse osmosis (bukan river osmosis tak sanggup aku minum air sungai selangor). jadi kami telah menempa 3 sampan. didahului sampan pertama yang dinaiki para gadis ; mek, senah, che nah dan jimah. sampan kedua dinaiki geng prihatin ; wan hazila, emma dan mastura. manakala penulis bersama pasangan laki bini untuk sampan terakhir.
menyusuri sungai selangor, sejauh lebih 1 kilometer membawa kami melihat pepohon berembang yang dipenuhi warga kelip-kelip. kini terjawab sudah mengapa kelip-kelip, bukan kunang-kunang? ya! kunang-kunang tidak berkelip. oleh itu kami bagaikan menyusuri sebuah terusan (feeling di venice) yang dipagari pepohon krismas. ya krismas! bayangkan kerdipan cahaya itu amat mempesonakan, di situ saya menyelami perasaan seorang thumbelina. thumbelina bukan kelip-kelip tapi dia manusia kecil yang dilahirkan halus dan sering tidur berkatilkan bunga (nasib baik bukan tidur di hutan hujan khatulistiwa kerana terdapat tumbuhan periuk kera).
jelas kelihatan, para peserta kaget untuk menaiki sampan, terutamanya sampan kumpulan pertama. mereka berempat, manakala yang lain hanya bertiga. hanya di malaysia, di kampung kuantan sahaja kelip-kelip hidup terjaga selain di brazil. kenapa hanya hinggap di pohon berembang? ya semestinya kelip-kelip sedang menghisap cecairan dari daun pohon berembang, untuk tujuan meneruskan kehidupan disamping berkenal-kenalan justeru memangkin pergaulan bebas dikalangan kelip-kelip. cecairan yang mungkin mengandungi selulosa itu juga bertindak balas secara kimia di tubuh kelip-kelip justeru menghasilkan kerdipan cahaya.
yang berkelip, itu jantan sebanyak 3 kali dalam sesaat. yang betina sekali sesaat. aktiviti mengambil gambar berflash diharamkan kerana kelip-kelip sensitif dengan cahaya. oh! air sungai selangor amat tinggi ketika itu, tidak terlihat akar-akar pohon berembang, lebih kurang 10 kaki menenggelami paras normal. penulis tidak mahu mencerita perihal paras air kepada peserta kerana mereka secara total adalah penakut, terutamanya si emma. mau dia terjun kuak kupu-kupu nanti. si pasangan laki bini tu plak malu-malu nak ngaku takut, boleh lah si bini pekup lengan si laki, masa ni la jugak nak romantik-romantik ntah berapa kali pakcik pendayung mengumpat korang entah lah. ya! penulis bercanda sahaja.
oh, sudah panjang entry ini ditulis, gambar belum diupload mungkin esok sahaja. nantikan, namun tak banyak gambar cantik yang berjaya disnap sebab waktu malam yang melimitkan, lagipun atas air flash tak berapa nak boleh. teknik mengambil gambar oleh warga prihatin juga sungguh tak de jiwa, ada ke patut! satu rumah sama pesen. tau-tau nanti aku kena buat tanda pangkah kat leher sebab nanti tengah malam gambar tu hidup plak jadi chucky. apapun, kami amat gembira (atau penulis sahaja yang syok sendiri??) kerana aktiviti ringkas ini walaupun hanya seketika tapi ianya bermakna, lain dari yang biasa. apa kata peserta yang lain?
tiket.
hasnor beramah mesra dengan geng prihatin.
testing kemre.
usha sampan mewah mana yang kami bakal naik, mula nak tanya sampan bocor ke tak?
geng shah alam/usj naik dulu. masing-masing duduk punggung tak sentuh papan.
geng penakut pulak. jasad di atas sampan tapi hati masih di jeti.
hasnor sentiasa menjarakkan diri 1 meter dari air. nasib baik laki dia berani.
ye ini aku! cuak tak tengok air dalam?
kesian background gelap!
deretan sampan.
bergambar kenangan.
senah nampak kurus bercardigan.
fizi tak lupa sijil nikah tapi hasnor tertinggal kad pengenalan di rumah. cuak!
berkongsi video yang mana patut.
pura-pura lapar tapi sangat dahaga.
8 comments:
peserta pertama nak komen....
**tanpa disedari kereta suzuki swift tertinggal di belakang walhal mereka lebih awal melepasi persimpangan manjalara.<-- dia yg pesan suh bawak pelan2
**pecut ke kampung kuantan, kami tiba dengan selamat walau kereta senah dihonk lori 3 gandar.<-- nahar salah simpang,sian senah jadi mangsa keadaan
**sampan kedua dinaiki geng prihatin ; wan hazila, emma dan mastura.<--opismate dan juga housemate.haha
**oh! air sungai selangor amat tinggi ketika itu, tidak terlihat akar-akar pohon berembang, lebih kurang 10 kaki menenggelami paras normal.<--sib baik bru tau arini...
**teknik mengambil gambar oleh warga prihatin juga sungguh tak de jiwa, ada ke patut! satu rumah sama pesen.<-- kami bukan photograher
sekian...
1) ye mmg aku suruh sebab aku tak mau aku jadi last..dok eh aku risau jem kat kepong truk sangat.
2) amboih u jump i jump??
3) opismate n house sama je korang ni...
4) aku tau korang penakut..hahaha.
5) ah! tak nak terima kenyataan lah tu..hhahahha..
hampa tak tau..ade satu mitos yang senah sebut membuatkan kami cuak ketika di dalam kereta ....apatah lagi sebaik kaki menjejak ke dalam sampan kayuhan manual itu di mana paras air hampir memasuki sampan...bimbang oiii bimbang...bimbang x sempat turunkan wasiat...walaupun aset x de la banyak sangat...hahahhaha
owh... akhirnya gambar aku yang tak berseni tu tetap ko letak jugak kan.... (pura-pura lapar tapi snagat dahaga)heheheheeh.... crop tak?kih3.....
mastura
jelesnya :-(
nak ikut jugak!!!!
sir
mek : apa mitos tu? ceritakan sahajalah...hehe..
mas : agak ok gambar tu...not bad.
sir : kesian kat hang tak leh join sebab jarak sempadan yg ketara..kekekeke..
upload lah video :)
dalamnya airr..mesti suma duduk secara statik kan? seriyau..huhu..
N
paling statik adik kak wan n hasnor...dua-dua tu kalau ajak pi genting mesti tak mau naik space shot! hahahaha...
Post a Comment