Monday, February 8, 2010

demi mereka aku buat begini

hai kawan-kawan (macam siti sifir), kali ini saya ingin menceritakan kepada anda tentang pengorbanan saya untuk kawan-kawan yang mungkin ingatan tulus ikhlas itu sentiasa ada tempat buat mereka. jauh perjalanan luas pandangan, di situlah kita akan bertemu dengan dunia lain tetapi sejauh mana kita pergi dapatkah kita melupakan kawan-kawan kita?

secara kebetulan, sewaktu bertugas di luar, saya amat merindui kawan-kawan lama. blog menjadi medium perantaraan selain facebook dan friendster. pada kali ini, saya ingin menceritakan bagaimana sesbuah papan tanda boleh mengembalikan ingatan saya, justeru saya berazam untuk memberitahu bagaimana imaginasi terhadap mereka timbul di benak saya ini. ya, papan tanda itu tertera perkataan nama lokasi yang mirip nama mereka. mari meneruskan perjalanan bersama saya melihat 3 papan tanda yang amat tinggi nilai kenangannya :

1) anand niketan terletak tidak jauh dari persimpangan inner ring road di moti bagh, dari arah west delhi ambil susur dan ke kanan, di situ terletaknya sebuah penempatan anand niketan. sewaktu menerima jemputan makan di rumah seorang pekerja kedutaan, saya memerhatikan alamat yang diberikan. dengan itu saya yang tak pernah lekang dengan kamera berhajat untuk 'snap' papan tanda anand niketan untuk ditunjukkan kepada norihan bin hamid. setiap kali melalui jalan di anand niketan, saya amat terfikirkan tentang anda lantas tersenyum seorang diri. bukan begitu anand?

2) lebih dari sekali saya ke agra, untuk melihat monument bersejarah taj mahal. agra amat terkenal di kalangan penggemar sejarah dunia kerana ia menempatkan peninggalan sejarah masyhur kerajaan mughal, atau senang disebut shah jahan yang kisah cinta agungnya terhadap mumtaz mahal. sewaktu menyusuri lebuhraya, saya kerap terlihat papan tanda mathura. mathura merupakan tempat penting bagi industri penapisan minyak, untuk indian oil, hindustan petroleum dan sebagainya. selain itu, di mathura terdapat sebuah kuil yang berwarna putih diperbuat dari batu marmar yang amat mirip taj mahal, besar saiznya. kami telah berhenti makan di restoran macdonalds di mathura kena hanya di mathura sahaja di antara perjalanan yang panjang dari delhi ke agra. dengan ini saya mengakui, satu nama kawan saya yang terpacul masuk di minda saya adalah gerangan nor mastura othman.

3) setiap kali menuju ke east delhi terutamanya, mahupun menghala ke saket atau lado sarai, pasti banyak papan tanda yang tertulis nama faridabad. faridabad bukan berada dalam wilayah persekutuan delhi tapi di dalam negeri haryana. faridabad merupakan bandar satelit yang membentuk rangkaian bandaraya delhi, ia merupakan kawasan perindustrian penting. jika delhi adalah negeri kelahiran shah rukh khan dan sushmita sen, faridabad pula merupakan kampung halaman kepada pelakon tersohor bollywood priyanka chopra. namun bukan priyanka chopra mahupun prietty zinta, vidya balan atau soonam kapoor tetapi nama faridabad mengingatkan saya dengan seorang kawan bernama faridah binti hashim.

jadi apakah pengorbanan itu? hanyalah ingatan tulus ikhlas, di mana niat mengambil gambar papan tanda ini adalah tribute buat mereka. sekian.

8 comments:

Anonymous said...

owh..... Ingatan yang sungguh Indah(sob... sob... smbil mengelap air mata boya yang mengalir) syahsu sungguh ada kawan yg mcm hg nie, siap leh relate nm kwn2 ngn tempat kejadian.... hehehehehe............

mastura

SYED NAHAR said...

aloh mathura weh, kita ni sentiasa ingat kat deme cume deme je kot lupe kat kite...ate, idok ler besor bebenor ingatan kite tuh tapi memadai jika ianya ikhals. iye dok mawardi saya? iyer dok adizul? **ayat pak halim lepas taklim kat surau seratas**

Cik Faridah Huda said...

kiter pun terharu tawwwwwwwwww......biar tak dak dpn mata......ingatan itu yang penting...

ehh...jangan konpius antara faridabad ngan farida jalal...mak cik india yang sinonim ngan watak ibu dalam pilem2 hot bollywood.....

syed...tenkiu atas ingatan itu!

SYED NAHAR said...

mek : woh, tak megapa...eh mek u tak pernah pakai shawl lal quila...awat tak lawa ke shawl tuh? ekekekke..

Anonymous said...

i nak pegi clubbing lah..haha ;p

thanx for remembrance :)

N

SYED NAHAR said...

remembrance? macam membrane untuk cross section sec bernukleus je?

hehehehe..

Cik Faridah Huda said...

weh...bukan x mau pakai...shawl la taquilla tu x mo parking baik punya kat kepala aku....jadi...ianya sekadar dijadikan pembalut tubuh tatkala drive menuju ke kampung halaman.....

guna sekali sekala ja....tuk long journey....

SYED NAHAR said...

bahahaha...taquilla tu sejenis minuman beralkohol...

lal quila = kota merah