Tuesday, February 9, 2010

perlukah saya membaca huraian horoskop?

pada hari sabtu bersamaan 7 februari, saya telah dijemput menghadiri 'house warming' oleh encik abdul halim suratman di saujana golf, saujana impian, kajang. saya memandu laju kerana dikhuatiri terlewat, sambil tangan bermesej pesanan ringkas bersama puan ani rahayu yang masih tersekat dengan kesesakan jalan raya di susur taman desa ke sungai besi. dengan sekali tersesat, saya berjaya tiba di lokasi tepat jam 2.15 petang, awal 5 minit berbanding encik azri dan azyan yusran.

terus masuk ke kawasan taman, meriah amat meriah! khemah berwarna ungu dengan hidangan bufet makanan ala kampung, saya terus menjamu selera sambil beramah mesra dengan para tamu. cukup ramai yang hadir. selesai makan, kami dijemput masuk ke dalam untuk membuat pemerhatian terhadap seni canggih rumah bangalow mewah tersebut, sangat luas dan kemas.

selesai bergambar, saya menyambung tradisi dengan menjamah kuih muih dan teh tarik. hari semakin gelap, saya mengundur diri. selesai bersalaman, saya terus memandu pulang menuju rumah. sambil memandu, saya bermesej pesanan ringkas bersama wan hazila yang bersuka ria di ulu yam bersama emma dan abang bob (bekas fasilitator qaid corporation).

tiba di rumah, hujan mulai turun, saya bergegas masuk ke rumah dengan kereta dikunci rapi bersama 'stereng lock'. niat di hati ingin mengunjungi pusat membeli belah, namun apakan daya saya memberikan laluan kepada hujan rahmat untuk terlebih dahulu menyirami bumi kerana masih ramai yang memerlukannya. selepas mandi, saya berbaringan di atas katil sambil membaca novel tulisan areila sahimi, baju pengantin mak andam.

guruh berdentam dentum! amat kuat, lantas komputer riba (halal) dimatikan atas kesedaran diri sendiri agar tidak dirundung malang, kerana malang tidak berbau. satu persatu helaian dibaca seraya penanda buku diletakkan pada muka surat terakhir sebelum mata tertutup membuai mimpi klasik.

masih petang, saya bangun untuk bersiap menuju ke lokasi yang belum tahu di mana. berbual sementara bersama seorang rakan di ruang tamu. menonton rancangan televisyen, masa berlalu pergi justeru perut mula terasa lapar. niat dipasang dengan imaginasi membayangkan bagaimana enaknya membaca novel sambil menjamu makanan barat di beseri western, batu caves.

keluar dari rumah, sambil menghayun novel tadi terus ke kereta. alat penggera automatik dibunyikan, terus masuk ke kereta. alangkah terkejutnya saya melihat keadaan kereta yang kini berselerak. sungguh tipikal! pencuri telah menceroboh masuk lantas menggeledah setiap ruang peti simpanan. hati mula tidak tenang, lantas mata mencuri pandang melihat radio dan pemain cakera padat kin sudah tiada. apa yang ada hanya juntaian wayar. sungguh tipikal!

seorang rakan serumah tiba, katanya menyoal kenapa? aku menjawab mungkin aku terlupa mengunci kereta. tapi apa buktinya? lantas rakan tadi menunjukkan cermin belakang sebelah kanan telah dipecahkan dan serpihan kaca bertaburan sana sini. sekali lagi aku terkejut. kini aku membayang betapa lecenya untuk membaiki keadaan yang telah berlaku. kereta telah basah berikutan pencuri telah menceroboh masuk ketika hujan turun. hujan lebat, tak siapa akan keluar dari rumah atau tiada jiran yang peka dengan keadaan sekeliling. tentunya pencuri itu bebas berbuat apa sahaja kerana tiada faktor penghalang.


kepada pencuri yang tipikal :

1)sila pastikan keadaan dalam kereta dikemaskan semula setelah anda menggeledah.

2) cuba minimalkan kesusahan yang bakal dialami oleh tuan kereta, bayangkan kebasahan kerusi kereta itu bakal membuatkan kereta menjadi berbau dan kos untuk membuat cucian vakum mencecah ratusan ringgit.

3) jika anda ingin mengambil radio saya, tidak mengapa. juallah radio untuk untuk membeli makanan bagi mengisi perut yang lapar. tapi sila pastikan anda tidak terlupa membawa 'skru driver' supaya kerja tangan anda dapat diperhalusi. anda juga tidak perlu merentap komponen kereta kerana apabila segala sambungan telah patah, ia akan menambah kos kerugian yang dialami pemilik kereta. sila perkemaskan kerja anda.

4) jika bijak, pilihlah kereta yang di'tinted'. ini kerana kaca yang dipecahkan akan bertaburan dan amat renyah untuk membuat basuhan vakum selain ia menelan ratusan ringgit.

5) jika boleh, pergilah menghadiri kursus pecah kereta dari yang lebih professional. tak perlu pecahkan cermin, tentu ramai di kalangan anda yang tahu bagaimana untuk menggunakan pembaris besi atau dawai untuk membuka pintu yang dikunci.

6) terima kasih jika tidak mencuri kad pengenalan. ambil wang atau tinggalkan sedikit agar pemilik kereta dapat berbuat sesuatu sekurang-kurangnya mengunjungi babai polis untuk membuat laporan. sukar untuk urusan perbankan jika tiada kad pengenalan. mujur anda tidak mengambil kad pengenalan saya yang terjatuh di bawah kerusi pemandu (kebetulan sahaja terjadi). mungkin anda tidak teliti memeriksa sedangkan kad touch & go yang berada di atas kepala anda juga terlepas dari dicuri, bayangkan bakinya baru dikemaskini RM100.

7) bawa payung, oleh itu badan anda tidak basah dan kerusi kereta juga tidak basah. bawa juga plastik untuk menutupi ruang yang membolehkan hujan masuk ke dalam kereta. anda alpa dengan membiarkan kedua bantal saya yang dibeli di ikano itu basah. saya kecewa!

8) tolong jangan sentuh cermin sisi kerana kepada pemandu yang keseorangan amat sukar bagi mereka untuk memperbetulkan kedudukan sepatutnya. bukan ini bahaya buat pemandu?

9) kurangkan aktiviti mencuri pada hari siang, kerana ini membahayakan diri kamu wahai pencuri. namun faktor hujan lebat bukan penghalang bagi kesemua pemandu kerana ada diantara mereka yang gemar mengunjungi pusat membeli belah ketika hari hujan kerana astro di rumah tidak berfungsi.

10) berapakah wang yang berjaya anda dapat dengan menjual radio dan pemain cakera padat tersebut? kerugian yang saya alami melebihi RM500, jadi anda wajar membayar zakat.


selepas itu, saya membuat laporan polis. mengenangkan nasib yang malang, saya membayang pengaliran wang yang telah dilaburkan. bermula dengan membaiki kerosakan, menukar tayar baru, servis, diikuti dengan jumlah peruntukan untuk menggantikan cermin serta membuat cucian, semuanya adalah wang. belum sempat mengeluh, saya didatangi beberapa bentuk pelajaran lain.

seorang perempuan (awalnya duduk di sebelah saya) membuat aduan di balai polis jalan ipoh, sentul. beliau hadir bersama 3 orang anak kecil. beliau yang bekerja di lembaga hasil membuat aduan terhadap suaminya yang telah memukul beliau dengan lesung batu di pipi. kelihatan bengkak yang ketara. pihak polis mengesyorkan agar beliau menerima rawatan di hospital. menurut beliau lagi, aduan ini bukanlah kali yang pertama. selain dipukul, kepala beliau yang bertudung 'arini' itu telah dihentak pada cermin almari. suami beliau merupakan seorang pensyarah di kolej antarabangsa orange.

sekumpulan cina yang berfesyen ala 'WWF wrestling' membuat aduan mengenai sebuah pergaduhan yang melbatkan senjata api. kes mereka dihadapkan kepada kes khas yang lebih terperinci. selain itu seorang ibu berbangsa india hadir membuat laporan mengenai masalah rumah tangga namun kurang didengari, hanya disusuli tangisan.

14 comments:

Anonymous said...

sungguh tragis!nak baca BPMA!!!!!!!!!!!

***tau kan sapa komen nie?hehe...

SYED NAHAR said...

weh kak wan....ntoh le ada kaitan ke tak..horoskop ni suka tulis pasal status kewangan...bleh jadik..ekekeke.

Anonymous said...

mmg bullshitlah perampok kereta mcmni..walau parking sekejap depan 7e pon boleh kena ketuk cermin tau..


N

Anonymous said...

wei..takut nya dok area ctu...sian hg...jahatnya org tu...time2 ujan pun wat hal..eiiii....



sir

SYED NAHAR said...

anand : ko pun dah kena ke?

sir : bertuah ko tinggal kat rumah di kg halaman..hehehe..

HasanahNordin said...

sabar................................

aku slalu gak membayangkan bende ni jadi kat aku..ish..mintak simpang..

SYED NAHAR said...

jangan senah! jgn sesekali kau meminta..nanti kesusahannya bukan sehari tapi makan hari!!! hahaha..

naeims_ab said...

zalim sungguh si perampok tuh. tapi nasihat yg diberi oleh penulis memang berguna untuk para perampok.

SYED NAHAR said...

tu lah! kita kena think positive. kalau kita tanya kat perampok tu adakah dia mau masuk syurga? mesti dia kata dia nak!

Anonymous said...

nahar...sungguh mengharukan cita mu bersama keta itu...dulu susah naik LRT bila ada keta...memacam jadinya... redha dan pasrah aje ya...

Anonymous said...

owh keta tu masa tuan dia pakai takde pun kena bende2 ni huhuhu

ina

SYED NAHAR said...

hahaha..haru haru haru!

tuan kete? ooo...tuan dia tak drive. tapi nak ke mana2 kena didrivekan..hehehe..

Anonymous said...

hahhaa..
sadap u... at least kete tu nama chek hehhe
ina

Anonymous said...

ahahaha..oh yes nama! wajib le...

**mula terimagine insurance...??**

nahar