Wednesday, January 11, 2012

Status Berjela

Mula-mula aku terkejut dan cuak membaca luahan hati perasaan cik wan hazila kita ni. Apa dah jadi? Bukankah bekerja di mahkamah syariah itu adalah setenang air kolah masjid? Tapi kali ni nampak porak poranda macam gaduh laki bini nak mintak cerai. Berjangkit dengan klien dah ke?

Yang ini bolehlah dimaafkan, kerana kes kecemasan.

Kembali cuak baca status Saiful yang kini di perantauan. Hari tu mengamuk kata nak balik rindu kat emaknya. Lepas tu kata rasa tertipu keje oversea bajet berpejabatkan bangunan pencakar langit canggih berlantai imbalanced cantilever tapi last-last duduk dalam kabin tak de internet nak check fesbuk pun payah. Kali ni tiba-tiba jadi racist mengamuk mengutuk boss sendiri. Siapa boss dia yang dimaksudkan?

Mama Miraki atau Kak Enab pun sama. Tapi tak kisahlah dia adalah penulis blog juga. Memang panjang berjela entry-entry dia, kalau baca pun ayat panjang-panjang sampai tak cukup nafas kalau nak baca sampai ke titik akhir, 12 harakat!

Yang ini sepupu aku yang sentiasa berada dalam dilema. Ayat-ayat dia pun nak berbelit lidah aku membaca, nak kata bahasa melayu tapi macam bahasa urdu pun ada. Takpelah, sosial remaja masa kini memang sukar difahami.

Status Haniza paling pendek. Tapi sependek-pendek status dia, cuba perhatikan seorang budak emosi yang komennya pulak panjang berjela seraya mendahului peserta-peserta lain dalam larian 4 kali 400 meter lari berganti-ganti..

4 comments:

missone hazel said...

hahahahahaha.....terharu jadi yg pertama...takdak apa, just bengang ngn dak2 opis pagi tadi..petang ja, suma ada dok lam opis diam2, takut kena serangan mulut yg laser ni kot.kiranya niat nk sound tu sampai kpd depa.

Hustler said...

Abang!!!!!! Hahahaha!! senget!! mana ade emosi... tuh jawapan kepada pertanyaan Kak Ai la.. haish!!!

Mama Miraki said...

weiii......kita pun masuk dalam senarai ker...hehehehhe

cik ai:) said...

Heh???? pesal aku masuk sam? bukan tajuk dia pasal status panjang2 ke????????hahahaha