Wednesday, January 4, 2012

Kisah Sekeping Foto

Me :
Akak, Usop eksiden kat mana?

Akak :
Entah, katanya hari tu dia dari kampung, penat gamaknya tiba-tiba ada lembu melintas. Masa nak elak tu kereta terbabas merodok ke tepi. Teruk jugak la kereta tapi nasib baik dia sorang. Tercampak dia ke sebelah.

Me :
Dia ok tak?

Akak :
Dia ok. Tapi katanya bengkak muka dia. Tapi dah scan dokter kata tak de apa-apa.

Me :
Bahaya lembu ni kan, kita drive malam-malam bukan nampak dia melepak kat atas jalan. Nak elak dia kita pulak eksiden. Kesian Usop.

Akak :
Suama akak dulu pun macam tu jugak. Tapi nak buat macam mana, ajal kan.

Me :
Eh, laki akak meninggal eksiden kat mana?

Akak :
Kat Kelantan, Pasir Putih.

Me :
Bila eh?

Akak :
Lama dah. Masa tu yang kecik baru 3 bulan, skarang dah nak masuk tingkatan 1. Abang dia 3 tahun. Budak-budak tak ingat apa, ye lah diorang gambar pun tak der masa tu bukan macam skarang.

Me :
Tak de gambar?

Akak :
Ada la satu. Itu pun kecik. Ni ha dalam dompet akak, dah bertahun dah ini ajer yang ada. Gambar ni pun kecik, gambar nak buat passport. Panjang ceritanya macam mana boleh ada gambar ni. Itu pun jodoh akak nak bertemu dia. Hahaha..

Me :
Sayang kan? Ini je gambar yang ada. Anak akak tak de ikut muka cina sangat kan? Dua-dua melayu habis. Mata la ada sikit nampak kecik je mata Farah.

Akak :
Dulu akak duduk kat Kulim. Lepas kawen memang duduk di sana. Masa tu akak tak kerja sebab dah ada anak. Dulu akak kerja, siap pergi la interview nak jadi pramugari MAS tapi last tu tak dapat pergi sebab banyak kali sangat nak kena datang KL. Akak duk Melaka, tak larat la nak ulang alik.

Me :
Eh tak pernah tahu pun akak dulu duduk Kulim?

Akak :
Dulu suami akak kerja kat Kulim. Lepas tu last dia dapat tukar kerja kat Kerteh. Rumah memang kat Kulim so dia banyak ulang alik. Dia meninggal pun bulan puasa.

Me :
Eh, macam mana boleh eksiden di Kelantan?

Akak :
Masa tu laki akak balik rumah ingat cuti. Kat Kulim la masa tu. Tiba-tiba ada call, zaman tu henfon besar jenama apa entah. Lepas berbuka katanya kena balik ke Kulim. Penat la, akak cakap balik pagi esok ke. Dia kata urgent, kena pergi jugak. Benda dah nak jadi kan, tapi akak tak expect apa-apa masa tu. Lepas berbuka dia terus drive pergi.

Me :
Lepas berbuka memang mengantuk.

Akak :
Tapi dia memang dah biasa. Memang selalu ulang alik. Lepas dia bertolak pergi tu, akak dengan anak-anak masuk tidur je lah. Dia eksiden di Pasir Putih, nak elak lembu terus berlanggar dengan treler. Meninggal. Akak esok pagi baru tahu.

Me :
Ye ke, sedihnya..

Akak :
Malam tu memang tak de apa-apa. Lagi berapa hari entah nak raya, memang ingat dia balik tu terus nak cuti raya, nak balik Melaka. Dah jadi dia nak pergi selamanya. Ada la malam tu tiba-tiba anak akak dua-dua tu menangis. Terkejut juga la. Itu je lah kalau orang tanya kot-kot ada apa-apa petanda ke.

Me :
Abis tu, siapa yang uruskan?

Akak :
Akak pagi esok tu baru tahu. Pagi tu akak macam biasa la call dia tapi tak de orang angkat. Kadang tu dia kerja. Tapi berkali-kali call lepas tu ada orang beritahu kata dah meninggal. Akak masa tu tak de pilihan. Masa tu jenazah kat hospital di Kelantan. Akak terus ambil dukung yang kecik, Sepol dah boleh jalan. Terus akak amik bas balik Melaka. Tinggal lah semua apa dalam rumah tu bawa apa yang boleh je lah.

Me :
Tinggal? Lepas tu macam mana?

Akak :
Ye lah akak sorang macam mana nak angkut. Bawa kain baju je lah. Anak kecik kan nak guna banyak. Lepas sampai Melaka baru pergi ke Terengganu. Tanamnya di Dungun.

Me :
Eh? Dungun? Macam mana tanam di Dungun pula?

Akak :
Dia kan mualaf, dulu-dulu masa muda dia pernah kerja jaga site kat Dungun. Ada la keluarga angkat dia. Kawan-kawan dia pun kenal keluarga angkat dia tu.

Me :
Abis tu akak sempat tak?

Akak :
Masa nak bertolak tu ada call, jenazah kat Kelantan lagi. Lepas tu kitorang on the way terus ke Dungun, sampai memang terus pergi kubur. Bawak la dua-dua anak akak. Nasib baik tak buat akal tak de pulak menangis. Akak pergi dengan ayah akak ngan mak akak. Tapi banyak kawan-kawan dia la yang tolong uruskan.

Me :
Akak selalu ke pergi ziarah kubur?

Akak :
Macam mana nak pergi. Akak mana ada kereta. Itu je lah kali pertama dan terakhir akak tengok kubur dia. Sekarang kalau nak pergi pun akak tak ingat kat mana. Dah lama kan, dah 12 tahun dah. Kalau ada keluarga angkat dia yang tengokkan kot tak tahu lah. Rasa nak jugak tengok kubur dia macam mana. Tengoklah bila-bila.

Me :
Laki akak orang mana?

Akak :
Dia orang Klang. Kan hari tu akak pergi Klang, mak dia meninggal dah. Mak dia ok la, tahu kan akak Islam. Dulu-dulu kalau pergi rumah dia, dia tak de la bagi makan apa yang dia masak. Dia ok, tapi skarang dah tak contact dah sangat lagipun akak tak kenal sangat adik beradik dia. Benda dah lama. Akak pun lepas tu kena kerja semula la, nak besarkan anak. Akak pun dulu mana tahu nak jadi, kita mana tahu kan masa depan kita macam mana, kena terima je lah. Kadang ingat dah ok, tapi dah takdir. Ada orang kawen bahagia, ada yang tak, macam akak kena terima je lah walaupun bukan senang tapi nak buat macam mana lagi.

Me :
Sedih pulak, sure tak leh lupa.

Akak :
Hahaha.. Kalau ingat-ingat, kadang tu ada la jugak teringat kat dia. Sebab tu akak simpan lah gambar dia dalam dompet akak, lagipun itu aje yang ada. Panjang ceritanya.

Me :
Apa dia?

Akak :
Hahaha.. mana boleh cite skarang! Itu rahsia, nak cite pun panjang. Jom lah dah tengah hari. Nak pergi beli makanan, Emma dah masak belum. Hari tu Emma masak pedas, anak akak tak leh makan. Hahaha.. Kena cakap kurag pedas ni. Hahaha..

10 comments:

Hustler said...

Cis!!! citer klimaks! klimaks! klimaks!! tup2.. kayu... hahaha!! adoi!!

SYED NAHAR said...

apsal? hahahaha..

Anonymous said...

tragisnya, sapa watak sebenar? sian dia....


sir

SYED NAHAR said...

ada la.. seorang rakan sepejabat.. kesian kan, takdir utk dia mcm tu.. apa la agaknya takdir utk aku? takut jugak kalau fikir.. hehe..

MiSsOnE HaZeL said...

hish!

SYED NAHAR said...

awat?

Anonymous said...

bila cerita dgr dgn penuh emosi serta mimik muka..lg sedihhhh!!!!!


Mek

SYED NAHAR said...

hehe.. itu semestinya.. ni versi penulisan haha..

Anonymous said...

setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...ujian Allah s.w.t ke atas hambanya..redha...al-fatihah...

SYED NAHAR said...

baik sungguh hati anonimes ni. saya senang punya komentar seperti kamu. makasih ya.