Monday, January 9, 2012

Bowling Lane & Jogging Track

Semalam, aku ada perlawanan bowling di Wangsa Walk. Eleh lawan suka-suka tapi asalnya aku bukan ahli kelab ke apa, cuma last minutes diorang call kata aku dari tak buat apa-apa baik weekend tu join diorang main bowling. Tak cukup orang katanya. Patutlah :) Perlawanan ni dibuat bukan lawan dengan warga pejabat je tapi ada la jemput organisasi luar skali. Dari mana entah tak knal pun.

Jangan ler tanya result ke apa ke, sah-sah aku tak dapat hadiah. Kalau tak konfem aku upload gambar yang pegang hadiah. Hahaha!! Nombor berapa entah lah sebab dah tak der nombor. Tapi ok lah sebab dah lama sangat tak main, point aku pun scale menaik, kalau main 10 frame mau jadi 200 kot (perasan)? Gambar kat bawah ni adalah team aku. Aku pakai baju biru sebab aku tak der baju oren tu. Diorang ahli kelab. Yang kiri sekali adalah sifu Encik Jamil, then sebelah tu samsul kamal dan kanan aku adalah Kak Wan Rafidatul.

Tapi, ada kejadian aneh berlaku. Masa tu baru habis frame ke dua. Nak proceed ke next frame tu kitorang lepak-lepak jap. Ye lah cepat sangat habis, orang lain baru half, lambat lagi nak habis. So aku lepak-lepak kat belakang sambil tengok skill balingan expert para sifu. Gila satu frama ada yang dapat 238 point! Itu dah kira terel tahap dewa dah!

Tapi tiba-tiba ada datang sorang yang aku tak kenal. Aku buat bodoh je, dia datang berdiri kat sebelah, rilex je lah macam orang-orang lain je lah. Kalau orang ofis boleh aku beramah sampah. Dalam hiruk pikuk bunyi jatuhan pin tu tiba-tiba dia menegur, "you memang selalu jogging ke kat tasik layang-layang Kepong tu sebab selalu nampak you sorang-sorang je?" Aku senyum je lah, last frame dah nak mula. Terpinga-pinga aku dibuatnya.

5 comments:

MiSsOnE HaZeL said...

hahahahahaha..glemer! joging jom petang ni,seteres!

SYED NAHAR said...

aku memang pergi jogging tadi, mana ko?? aku tadi tak leh bukak laptop sbb datin buat rondaan so kat umah baru bukak. takutttt!

MiSsOnE HaZeL said...

ko senyap ja, ingat kan x jadi..hehe

Anonymous said...

uit..cam tau jer sape yg tegur tu..ahahaha..

SYED NAHAR said...

wan : lor... sms je lah, kasik miscal ke aku alert la nnt.. sian aku jogging tak de teman! haha..

anonimes : siapa? mesti ko nak kata org tu adalah pelakon hot tempatan.