1. Tidak mudah percayakan orang luar meskipun sudah jatuh hati.
2. Selalu memikir terlalu mendalam untuk perkara remeh. Jika hendak memilih seluar dalam, tentu akan pilih yang terbaik. Tidak mahu ada longgar, koyak atau berlubang, warna pudar mahupun bercorak aneh. Membayangkan jika berlaku apa-apa sehingga pengsan dan perlu merujuk hospital, betapa malunya jika sekiranya doktor terpaksa buka dan melihat seluar dalam yang dipakai itu tidak senonoh. Ianya amat memalukan.
3. Kalau bersarapan mihun, pasti sebelum jam 11 pagi lutut sudah terketar-ketar akibat lapar. Lebih parah daripada tidak makan apa-apa. Penyakit diwarisi daripada datuk.
4. Walaupun nampak macam budak-budak, kalau kareoke hanya pilih lagu-lagu lama.
5. Baca surat khabar atau majalah dari muka surat paling belakang. Tapi kalau baca Star hari sabtu terus buka bahagian StarJob.
6. Sangat meminati dunia kesenian halus. Bayangkan Nahar mampu buat bakul dianyam dari rotan halus dan menyiapkan bunga straw dalam kelas Cikgu Noryati. Lukisan kolaj kalau boleh nak koyak cebisan sehalus-halusnya. Bercekang mata demi folio seni sampai diusik lembaga tak diundang. Sangat tidak meminati seni bina baru dan dunia pembinaan.
7. Sukar tidur jika tidak berkatil. Selain itu kalau dah berkatil mampu tidur selama 2 hari.
8. Kalau memasak suka letak belacan lebih-lebih.
9. Sangat flexible, dari segi rohani mahupun jasmani. Dalam kelas pendidikan jasmani, Nahar boleh menaikkan kaki dan diletakkan di belakang leher.
Hahaha!! Sure menyesal kalau baca sampai habis. Kalau loya i'm sorry! Kalau nak tokok tambah silakan.
6 comments:
Abg sorang yang kelakar, teliti dan power!! Hahahaha!!!
Tang nombor 5 tuh, kita sama!! Ahakz!! Yes!! saya bukan pelik. ada geng!! :P.
Adoiyai,,,, last statement trus sujud sajadah la bang!! huh!!
yg last tu..mcam x kena ja pung.haha
yg last tu..mcam x kena ja pung.haha
mawi: tapi aku tetap konsider ko pelik sbb ko suka mengorat anak kucing (fitnah) hahaha..
wan: ye ke? ko mana tahu! haha..
no.9 tu betui kaa??? isi form jadi gimnast cepat! hahahaha
haha.. baru nak register tgk umur dah sesuai retire hahaha..
Post a Comment