Selepas berSMS dengan Cheweng, akhirnya aku dapat idea untuk bagaimana menjejakkan kaki ke Sabah, negeri yang jauh dah tak macam Malaysia dah. Orang Sabah kan pelik-pelik sikit tapi aku imagine diorang funky-funky macam Stacy je lah. Tenkiu Cheweng sebab sangat bermurah hati offer baik punya. So, aku akan cuba mencari peluang escape ke Sabah, sama ada Sandakan atau Tawau. Tapi kena cuti skolah sebab Cheweng kan cikgu :)
Tapi, pelik pula bila tengok Firefly dah tiada penerbangan ke Sabah dan Sarawak. Peluang cuma pada Malaysia Airlines mahupun Air Asia yang terkenal dengan penerbangannya yang delay. Tak apa lah, lambat lagi, baru plan. Termimpi-mimpi aku dibuatnya wahai Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Aku bukan nak main air pun, cuma geram tak pernah pergi Sabah, tapi Sipadan pun ok jugak ekslusif sikit. Bajet nak ke Kota Kinabalu tu entah bila, ini plan kakak aku si Anna tu katanya nak bawak Dani jalan-jalan naik kapal terbang. Ngada, budak kecik mana ada feeling, mak budak yang lebih rasanya. Hahaha!!
1 comment:
Motif pose ala-ala model BelAmi..matilaaaa...
Post a Comment