semasa bulan puasa, badan kita rasa kering je. tentu penat dan jadi tak bersemangat, lagipun asyik tidur saja memang lah. kali ini, nak mengomel pasal penjagaan diri, difokuskan lagi pada bahagian kepala. apesal aku nak menulis cerita ini? saje je, ini je yang terlintas buat masa ni.
1. sewaktu di bangku sekolah, loceng berdering dengan sungguh kuat dan bisa menggegarkan tulang osikel telinga justeru mengalami radang gegendang telinga. dengan mulut yang pekat dan likat dengan air liur, mata sepet dan hembusan nafas berbau, para pelajar asrama akan turun ke dewan makan untuk bersahur. kurang selera menyebabkan semangat juga tipis untuk menjamu selera. tatkala anda memaksa diri menyuapkan nasi yang dikepal ke dalam mulut, anda ditemani seorang pelajarr lain di hadapan anda. lumrah kejadian alam, berlaku ketidak selesaan apabila pelajar di depan anda itu tidak menyucikan hidungnya dengan sempurna. kelihatan ketulan-ketulan putih sama ada kering atau berbentuk gelemair di hujung bulu hidungnya. mampukah anda meneruskan suapan nasi ke mulut?
2. gigi memainkan peranan yang penting dalam sistem pencernaan tubuh badan kita. gigi mengunyah makanan, justeru tindakan mencerna serta mengemulsikan makanan daripada bentuk kompleks kepada bentuk ringkas diambil alih oleh enzim-enzim serta pergerakan otot badan seperti peristalsis di esofagus. namun, gigi yang dicelahnya terdapat hirisan kecil cabai kering mahupun makanan lain terlekat di gigi dan gejala ini mengundang ketidak selesaan di antara kita. lebih buruk jika orang berkenaan terus mengambil penculik gigi lantas mencungkil-cungkil gigi dan tahi giginya di depan anda yang masih perlu menghabiskan 2 per 3 nasi yang berlaukkan gulai lemak telur tawar. kemudian ditambah lagi selepas menculik gigi, orang berkenaan membuat bunyi desiran yang mana dihasilkan hasil tekanan dan sedutan lidah, pipi dan gusi serta gigi. ketidak selesaan ini mengundang padah jika berdepan dengan manusia yang sangat jujur untuk menegur di khalayak ramai. namun penulis memang anti dengan mereka yang membiarkan penculik gigi berjuntai melekat dibibir.
3. misai yang serabai sangat mudak mengundang perilaku kurang sopan dan kelihatan tidak siuman. misai yang lebat, meminum susu lalu terbentuk embunan putih di hujung misai yang tercelup air susu itu. tabiat ini menggambarkan ketidak senonohan lantas menjemput rasa tidak puas hati orang lain terhadapnya.
4. pernahkah anda duduk dihadapan mereka yang mengalami resdung tahap kronik mahupun pertumbuhan jerawat tegar yang bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan panas. kulit tidak sekata, ketulan jerawat merah membusung serta mengheningkan sinar kilatan keemasan ditambah dengan hujungnya jika bernanah. kuning jika dipicit, tentu pancutan nanah akan terpancul sehingga membasahi cermin.
bersamalah kita menjaga kebersihan diri sempena hari baik bulan baik ni.eh? hari-hari lah tak kira bulan apa pun. hehehe...
5 comments:
hoho..
nahar aku dah bagi kain mira tu kat dia tau..
mira takde no malaysia lagi
nanti kalo dah ada aku sms
syed..ilang selera aku....huhuhuhu...baru dok bayangkan food yg best2 nk bukak posa ptg ni....
tp mmg btul...no 1 tu yg paling xleh tahan...eiiiii...ngeri..
sir
suzana : oke oke.. aku merasakan itu suhaili sebab orangnya pun mcm iras2 dia..so dia lah jawabnya. hahaha.. oh amira pasni keje mana plak? usm ke?
sir : hahahha..tu la sir hang tu suka sangat duk usha lubang iding orang...kan dah kena..!!!
ADAKAH MSG INI DITUJUKAN KEPADA ORANG TERTENTU
-CHEWENG-
sapa tu azizul wei??
Post a Comment