Tuesday, September 1, 2009

bergaduh itu asam garam kehidupan

dapatkah anda membuktikan bahawa anda tidak pernah menyimpan sekelumit dendam di jiwa semasa bergelar remaja? namun, paparan pada kali ini ingin menyingkap sejarah peradaban remaja di seratas berlatar belakangkan kehidupan di asrama yang memperuntukkan para pelajarnya supaya berakhlak mulia. salah satu daripadanya adalah kisah pergaduhan. mari kita kenang kembali kisah marah-marah sayang ini.

1) azizul othman pernah ditampar noorhazilawati sewaktu di tingkatan 1 utarid gara-gara perang mulut. azizul othman kemudiannya dikhabarkan melaporkan pengalaman ngerinya itu kepada cikgu raja sariah namun kes ini tergantung dan berakhir di hujung jalan mati.

2) nur tasnim ismail pernah menampar fadli shah yang sering mengguriskan hatinya. fadli shah ditampar semasa sedang enak meneguk air di mesin water cooler.

3) dua menara tertinggi, mohd hidhir pungot dan mohd hakimi abdul rahman pernah bercakaran di dalam kelas 1 kejora walhal mereka dudk bersebelahan. mohd hidhir pungot yang dilahirkan di kuala lumpur tetapi dibesarkan di pulau pinang itu sering kali tidak disenangi oleh mohd hakimi abdul rahman. isu utama yang sering menjadi bual bicara mereka berdua sehingga berhentak-hentak kaki adalah gangguan fisikal terhadap hakimi yang gemar membaca buku teks sejarah. mohd hidhir gemar menyanyi, gurau senda yang menyentuh perasaan dan berbuat bising walaupun sebutannya kurang lancar.

4) isu aurat dan perdebatan hak keistimewaan sering menjadi punca utama para pelajar terutamanya pelajar perempuan tidak berpuas hati terhadap segelintir pelajar lelaki. paling jelas apabila platform kerusi panas dijadikan medium untuk melunaskan geledak di dada. sebagai contoh, faridah hashim telah dinobatkan sebagai memegang tokoh 3G yang membawa maksud gedik, gatal dan galak.

5) akibat tekanan dari ramai pelajar yang memanggilnya katak, wan norziah binti haji meor mohd ali telah berani setelah bangkit dengan semangat jiwa provokasi, dengan lantang memanggil yashar dengan nama monyet sewaktu temasya istimewa yang diadakan bagi meraikan pelajar yang telah selamat menjalani peperiksaan PMR.

6) noor hani jusah pernah menarik telinga norazlan setelah merasakan dirinya diajuk. noor hani yangsering dikaitkan dengan nama aura telah menggunakan tenaga yang ada bagi menarik dan memulas telinga norazlan sehingga kesakitannya dirasai selama dua hari dua malam. pun begitu, noor hani sering kali mendenda rakan taulannya. sebagai contoh, noor hani jusoh telah duduk di atas riba nor samsinar khamsi setelah samsinar membocorkan rahsia nama bedak sejuk kesukaan noor hani iaitu bedak sejuk nyonya mener.

9 comments:

Cik Faridah Huda said...

Ho ye...ho ye......
Syed kembali buat aku gelak depan pc terutama pabila membaca kisah hani jusoh....

uitt..berjaya balik Gerik ke dak?
kalo x...dis week pun senin cuti..bleh lagik...hehehe

SYED NAHAR said...

hahaha..ceh hang! tapi aku perasan lah, industri blog kita kurang best mcm dulu. aku pun dah tak sebebas dulu nak berfikir untuk membawa kelainan dalams etiap satu entry. blogger yg lain lagi lah, update pun jarang2.. apa masalah nye nih? aku rasa kebusyan..sebab aku dapat rasakan diriku tak beridea. hahahah..

i miss tasha's entry!!

Cik Faridah Huda said...

tu pasai..balik2 aku dok apdate cerita siok sendiri...pas tu aku bace n3 aku sndr....ntah knapa aku rasa x da org nak baca..aku umpama gagak yang dahagakan air dalam botol yang diletak ketul batu...huhuhuhuhuh...

ke sebab posa sume org jadi x larat....????aku x larat buat keje je...keje mengkhianati opis sndr...aku masih larat..kekekeke

SYED NAHAR said...

hahahaa..tahap khianat hang masih segar seperti dulu. hebat! hahaha..

tringat plak aku tv pendidikan yg dulu2 zaman kita skolah rendah ada cerita pasal burung gagak yang dahaga pastu bubuh ketui batu dalam botol last2 dapat gaik minum. hahahaha...

pastu cite sang kancil dengan buaya. satu dia tidak lekuk, jantan betina aku ketuk! ahahahaha..

missone hazel said...

la ni x brapa dan nk apdet.thanks la nahar sbb bukak kisah suka duka di zaman seratas ni,letih posa pun dan lagi dok gelak depan pc...hehe

SYED NAHAR said...

uh hang nih..mmg kalau jumpa aku pun asyik duk gelak ja...ada masalah pun tak mcm ada masalah dah... kadang2 kita nih dah mcm org gila. rugi sir tak leh join kita bersembang! hahahaha...

natasha said...

oits..rindu aku pny update ke..biar betul..otak aku dh beku tahap xleh cair..xde idea lngsg.
ttiba tringt kt wan norziah..dia dgn mawardi kalo gaduh mmg best.hani pn sama..haha

SYED NAHAR said...

eh ko ni suke plak tgk org gaduh? hahahaha..

tasha cepat la update!!!

Anonymous said...

AZIZUL OTHMAN PERNAH DITAMPAR OLEH SYED NAHAR DI SINKI KOLAH BASUH TRAY DEWAN MAKAN GARA-GARA CEMBURU DENGAN SITI NURHALIZA