suasana kian tenang. perasaan gementar dah lama hilang dari sanubari, dan kini aku tidak sanggup mengalami perasaan yang bakal menyelubungi jiwa sehingga membawa kepada perpisahan. tamat SPM, kertas biologi adalah yang terakhir.
selesai menduduki kertas terakhir itu, aku tidak memikirkan soal karier kerana diakui dalam hati bahawa memilih jurusan sains tulen demi cita-cita menjadi doktor. kini aku menghayun kaki menaiki tangga, jalan menyusuri koridor dan terus rebah di atas tilam. melihat barang-barang yang siap tersedia di dalam beg, hanya perlu aku mandi dan membuat panggilan kereta sewa.
siap segalanya, aku mengusung beg besarku ke bawah, ke pondok menunggu. melihat teman-teman sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan, mereka pelajar aliran teknologi kejuruteraan. aku terngiangkan kata-kata mat alip, "sat lagi hang tunggu la dulu, kita lepak jap ramai-ramai. lepas ni payah dah nak jumpa".
apakan daya, tiket telah siap disimpan dalam poket. aku hanya menunggu teksi hadir. dalam hatiku, aku ingin memberhentikan jarum jam demi meluangkan masa bersama kawan-kawan, memohon maaf dan bersalaman. namun masa amat mencemburui aku.
di seberang padang permaidani hijau yang luas terbentang, di laluan pejalanan kaki yang beratap asbestos, kelihatan fadzilah radzi dan nurul nadia bersama beriringan. di bawah pohon asam jawa, kelihatan kereta-kereta bersusun, menanti masa membawa pulang anak-anak yang kini merdeka. di depan pintu masuk asrama puteri, kelihatan pelajar perempuan berpelukan, hanya jelas di mataku adalah nor hasliza yang bertudung labuh.
lamunanku tersentak. sebiji teksi berwarna merah, proton iswara membunyikan hon. aku terus membawa masuk bagasi dan aku duduk di hadapan. perlahan kereta dipandu seorang cina tua. aku terdengar bunyi hiruk dewan yang menandakan tamat peperiksaan. perasaanku bercampur baur.
aku di dalam kereta yang bergerak perlahan. cermin kereta yang baru dibasuh, dibasahi titisan air mengganggu penglihatanku. aku mencuri tumpuan ke arah pintu besar dewan. para pelajar berpusu keluar. aku melihat syaihan sedang ketawa bersama zaid sambil tangan mereka memegang gulungan kertas soalan. terlihat siti noraisyah, syazwani dan beberapa lagi pelajar perempuan berbual sesama mereka. semakin jauh meninggalkan pergi, kini pandanganku kabur dan tidak mampu menoleh ke belakang lagi.
terus bergerak keluar dari pintu pagar sekolah. aku melihat pintu gerbang tertera ayat "dirgahayu tuanku", kereta membelok ke kanan melintasi perkarangan masuk zoo taiping. sebuah kereta wira memotong, aku terlihat husniyah halim dan keluarganya di dalam kereta tersebut. aku senyum.
tiba di stesen bas, aku terus masuk kedalam bas super ria berwarna merah. bas ini pernah dinaiki aku bersama idasary beberapa tahun sebelum itu, kami duduk bersebelahan kerana tiket dibeli bersama di kaunter. ayat yang masih segar diingatanku pada masa tu ialah apabila idasary menunjukkan aku kearah seorang perempuan, " syed, ko tengok pompuan tuh!! pakai jubah tapi tak pakai tudung. baik takyah pakai jubah. ko tau nape aku nak ambik techno? sebab sedara mara aku dah ramai jadik dokter so aku tak mau lah sama dengan diorang nanti". tidak lama kemudian, bas mula bergerak. terlihat red omnibus masuk mengambil penumpang, aku terkenang memori menaiki bas tersebut sama ada blue bus untuk menuju ke bandar taiping, namun bas tersebut dalam perjalanan menuju parit buntar.
perjalananku kini melepasi plaza tol jelapang selepas menuruni lebuhraya curam. aku terdetik untuk membaca buku "autograph" yang ditulis teman-teman. tidak sabar kurasakan namun aku kaget menyelami perasaan sedih jika tidak mampu mengawal emosi. lantas tanganku mencapai buku yang dibeli di kedai rythm, belakang stesen bas taiping.
muka surat pertama ditulis noor hani yang mewakilkan dirinya sebagai "honey" dengan perkataan "amycalment" di akhir ayat. seterusnya aku membaca tulisan cantik pelajar bijak matematik, siti nurol nour yang bersahaja mencoret ayat terakhirnya, "salam permisi".
ruangan ditulis norasheedah dihiasi kolaj kertas berwarna. cukup ceria! bahagian di tulis azizul othman amat sarat dengan hiasan, dan kata-kata semangat yang beliau coretkan penuh makna puitis yang berbunyi, "jika anda menanam pokok, siramlah ia dengan kebaikan agar ia berbuah ranum". aku terus menyelak halaman seterusnya. terlihat pula tulisan natasha aqilah, "past is past, but life goes on". seterusnya sedikit kata-kata perangsang dari mohd azreen dengan tanda tangan beliau, "the mischievous kitten in manhattan". rata-rata menyatakan ungkapan semoga berjaya atau "good luck" namun terdapat suatu bahagian yang belum aku baca kerana ia telah dikunci.
halaman berkunci, dikepilkan rapat beberapa helaian agar menjadi kejutan. aku membukanya. tulisan halus, dakwat pen berwarna biru. penulis menyatakan lebih kurang berbunyi "thanks sebab jadi kawan aku, walaupun hang tau aku tak banyak kawan kat 5M ni. aku masuk 5M ni pun tak halal sebab hang memang banyak membantu...". aku sedih!! aku terbayang wajahnya bersama-sama kawan lain, sama-sama bergelak ketawa dan meniti hari-hari lalu dengan pelbagai rona kehidupan.
karangannya diteruskan ke helaian seterusnya, amat panjang. aku sebak membaca satu persatu perkataan. di situ jua, penulis menggambarkan peristiwa bagaimana pertemuan di kelas 4W banyak mencipta memori indah. sering kali dinyatakan kisah ujian matematik tambahan bersama puan lee chooi fun. semakin jauh aku membaca, emosi aku terus terganggu. sesekali aku menutup buku itu, lalu memandang keluar sambil menghirup nafas panjang.
sambung membaca di halaman terakhir. berulang kali penulis menyatakan betapa dirinya akan merindui kenangan lalu. di separuh perenggan, tertera ayat putus yang berulang kali, "sebenarnya... sebenarnya..." dari satu baris ke satu baris. jauh di bawah, ayat itu bersambung tapi masih tergantung, "sebenarnya aku amat sayang..." aku makin sebak!!
aku menarik nafas panjang. pilu dan syahdu menyelubungi jiwa. aku meyelak halaman belakangnya, yang hanya tertera ayat kepenghabisan yang pendek sahaja, menyatakan "sebenarnya aku amat sayang....persahabatan kita!" aku tersenyum, dan kini aku amat sedih dan berat meninggalkan kenangan lalu tapi aku hanya insan yang mampu bekata-kata dalam hati, akan merindui saat itu selama ia mekar diingatanku. aku mengakui zaman sekolahku merupakan sungguh indah dan tiada tolok bandingnya. dihujung baris ayat ditulis lagi, "sekian, -sir-". aku menutup buku tersebut dan berusaha melelapkan mata kerana perjalananku ke kuala lumpur masih jauh.
selamat menyambut hari lebaran ini kepada semua rakan taulan tak kira di mana berada. sepuluh jari disusun memohon maaf. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.
**saja tulis panjang, siap tajuk tak masuk akal konon nak surprise pembaca tapi layan aje lah. tapi aku tak sure ayat azizul tu, tapi part s'siramlah ia agar berbuah ranum tu memang aku ingat! ayat sir tu memang aku ingat, gila kelakar even tak suspen pun sebab sir memang terkenal dengan penulisan cerpen namun dia tak pernah bagi aku baca tapi aku memang payah nak baca tulisan sir. tulisan hani lagi lah aku surrender. hahaha..sowi, just gurau-gurau! jangan amik hati. (tulis campur fikir dalam 30 minit tapi gila panjang aku tulis, mesti orang tak mau baca. ceh ceh! ok guys, selamat bercuti jugak. bye.
10 comments:
pandai gak ko ne ek bab2 mengarang neh..ko xleh tdo kan? meh tlg aku menggentel kueh raye nak?
panjang cammana pun....aku tetap akan baca hasil tulisan ang syed oiii...
Selamat Hari Raya...
macam iklan petronas versi cerpen
hi hi
selamat hari raya
maaf zahir batin!
=)ananD
diri ini : eh emy aku terer gak buat kuih tart nenas, jem tu buat sendiri..sagat weh! gentel menggentel aku terer gentel kuih siput..hehehhe..
faridah : thanks mek..u are so sweet! muah!
anand : i miss u so much anand..lama u tak berkomentar. anyway thanks... bleh jadik iklan petronas ke? ceh apa kes mcm la budak seratas ni nostalhic sangat. hahaha.
a'ah...syahdu la pulak time tuh...tp mmg, pas abeh spm tuh, aku rasa cam dh jauh dr suma kengkawn...kita mmg still kawan smpai skrg, tp kemesraan tu xsama cm dlu...xtau napa..sebab jauh kot???
whatever pun, aku tetap xkan lupa memory kita..semlm baru aku tgok gmbar hg dlm album lama aku..hg bwk beg biru..all star...rasa cam beg aku tuh...hehheheh
k, la..TQ sebab igt suma ni..sob..sob..
* slamat ari raya!!!!*
sir
selamat hari raya sir..
beg biru tu beg ko lah..aku dulu tak de beg. kalau ada beg pun beg nike yangtak ori tu. tu pun bukan beg aku jugak. aku tak pernah ada beg secara official...
aku tak sedar plak yg penulisan hang ni panjang. dah habis baca, tgk balik, panjangnyer.. apsal aku tak sedar masa baca td. kalo tau, malas aku nak baca..
sapa suh baca. hahahah!
ah ko ni..ok pe ko tulis panjang aku baca gak walaupun blog ko mengelirukan....hehe.
SANGAT MERUNTUN JIWA
ANDA MEMBUATKAN SAYA MENANGIS
SAYA SAYANG ANDA...SEBAGAI SYED NAHAR
-AZIZUL-
wah azizul apakah anda menyayangi diri ini? bak mai duit raya??? hahaha... sayang itu bak suatu harga yg tak ternilai dengan wang ringgit... hahahha...
Post a Comment