Wednesday, September 30, 2009

anda gila standard jika...

jika anda khususnya perempuan yang gila standard tapi masih menafikannya, tak mengapa. itu sekadar semangat yang mendorong anda berusaha lebih dalam membentuk karier dan peribadi. di sini, saya ingin membariskan beberapa bingkisan setelah kebosanan membuat kerja-kerja harian di pejabat. anda seorang yang gila standard jika anda....

1. bijak mengkerbedakan sesuatu perkataan walaupun maknanya adalah serupa. sebagai contoh, orang kampung yang telah lama tinggal di bandaraya akan menyebut tempeyek atau peyek itu sebagai rempeyek. secara total, perkataan rempeyek itu lebih melambangkan rupa paras tempeyek yang lebih eksotik atau mungkin menjalani pengubah suaian. apapun tafsiran anda, jiwanya apabila menyebut rempeyek itu menghindarkan anda daripada menjadi kekampungan. pernahkah anda membuat pesanan 'kopi-o' apabila bertandang ke cafe dome? semestinya 'coffee' menjadi taruhan lidah, tapi ianya sama.

2. apakah bayangan anda apabila mendengar lagu dangdut berbanding irama jazz atau hip hop? irama dangdut akan membuatkan anda mengingati seorang lelaki berketurunan jawa tanpa kacuk yang tidak berbaju serta mengalirkan sedikit peluh keringat, sekadar memakai kain batik jawa dengan misai lebat disikat rapi, bersongkok jawa, lantas bergelek luik lentuk mendengar lagu dangdut cici faramida. jelas bukan? namun jika dialunkan musik jazz, tentu anda terus berangan menjadi micheal buble yang segak berdiri menghayun stand microphone di atas pentas yang serba high class menyanyikan lagu 'how can you mend this broken heart'.

3. dalam hati seseorang perempuan yang baru mengenal dunia, membeli handbag carlo rino dengan wang PTPTNnya, berbeza pula dengan rakan sebayanya yang sudah bosan mengunjungi butik LV. lebih gila jika anda sanggup memesan kepada rakan anda untuk membeli handbag braun buffel atau coachtiruan gred A kepada rakan anda yang bercuti di bandung.

4. keghairahan membeli belah di gedung bukan keghairahan yang maksima. keghairahan optima mungkin apabila jualan yang diwarwarkan itu merupakan jualan murah namun jauh di sudut hati seorang yang standard tetap menyifatkan untuk membeli sesuatu sekiranya bungkusan tersebut kemas di dalam beg kertas. tentu berbeza emosi anda tika menghayun kaki mambawa beg kertas berbanding menjinjing beg plastik yang mungkin menampakkan isi dalamnya.

5. gila standard juga memaksa anda menyelak halaman surat khabar demi membaca notis jualan murah yang bukan diadakan di pasaraya sebaliknya diadakan di hotel dan sebagainya. venue yang kerap membuat jualan murah seperti ini seringkali memilih lokasi seperti hotel armada dan wisma atria, di mana jualan murah ke atas barangan jenama import ditawarkan.

6. kegilaan juga memaksa mereka, terutamanya wanita menjadi penyokong blog terkenal beggaholic. berhempas pulas mereka menghabiskan wang ringgit demi seutas handbag mahal, lantas menyusun duduk di atas suatu platform biarlah walaupun ia sekadar di atas katil, lantas mengambil gambar lalu dipaparkan di dalam blog. sungguhpun gila, tapi ia bagaikan virus yang terus menular.

14 comments:

Anonymous said...

btui ka suma ni syed??
nmpak cam aku ni xgila standard la..xdak ciri2 aku pown...huhuhu

xstandard rupanya....


sir

SYED NAHAR said...

hahaha..
tu aku belum senaraikan lagi kegilaan hang yg nak suh aku beli bah apple kat tepeng yg berjenama puma.

ingat dak???

hahahha..

emy jay said...

yg nombo 3 ngan 4 mmg macam kelakar...huahuahua..aku la tu...

SYED NAHAR said...

ko memang hantoo enbeg. suke sangat beli enbeg. balik umah ko jilat enbeg ke? hahahaha...

Anonymous said...

bila dibaca,di teliti...rsa semuanya seperti dialami penulis...haha...sila jawab!

misszila

emy jay said...

jilat?apekah perkaetan antara jilat dan gila henbeg?
aku suke beli,tapi aku pakai yang satu tu jugak..aku kan setia...

SYED NAHAR said...

miss zila : pernah ke aku beli enbeg CK? of kos la tak...huhu. aku gila barang yg murah jek... so aku suka soping di india...

jeans levis rm50...united color of benetton trouser rm50 gak...fcuk...mcm2 lagi la...

diri ini : wei emy..takkan ko beli tapi tak pakai? tipu lah. heheheh..ari tu bukan ke ko rembat enbeg satu masa jupe wadi? hehehe... keles ko lain kali rembat kedit kad terus. hahahah..tolong bayar hutang lah. maksud aku jilat tu adalah kerana begitu mencintai enbeg so ko bagi enbeg ko tu kenikmatan romantis tahap wad 18 hospital tg rambutan. hahahahha...

SYED NAHAR said...

fcuk tu tipu la kalau rm50...murah la banding mesia just murah 2 3 puluh..maybe jeans dia dalam 200..kat mesia mybe 3 rat.

emy jay said...

huahuahuahua...aku kan ade kuasa menggoda..hahahha...blog ko punye pasal la aku da terklik kat iklan chatbox lantas mengorder beg persis chanel..nak beli ori, mmg sampai mati pon aku xmampu...nak g Bandung tapi mcm xde geng..pastu musim2 gempa plak neh..weh jom la gi Indon..jakarta la, murah sket..huhuhu..g mase bebudak cuti sem ne nak? aku free time tu, ko pon sile la free kan jadual ko..yg penting aku nak g beli henbeg immi gred AAA..huahuahua

SYED NAHAR said...

bila budak cuti sem???

aku mmg nak pi indon gak..bandung n jekata..nak nyopping. tak nak buat stok blog dah tak leh sebab dah ramai yg pi indon ni so competitive sangat. huahahhaha...

bulan 10 ni mcm nak pi somewhere dah..

emy jay said...

ujung nov dorang cuti..ko nak g mane bulan 10?

SYED NAHAR said...

ada lah...rahsia. ngehehehe...
pergi jap je..beberapa hari jek.
belum tau jadi ke tak lagik...

eh ko pi jekata kena brapa hari plan?

idasary said...

tapi laki pon ade pe yang gile standard syed...kadang2 lagi gile dari pompuan pon ade..haha :)

SYED NAHAR said...

sapa tu wind? hehehe...branded jenama sukan dikecualikan kot...sebab harga dia tak semahal barangan pompuan...hehehehe..