Thursday, March 12, 2009

jawab tag tentang wallet

1. Snap the picture of both inner and outer of your purse.
2. Introduce your purse brand, price & where you buy.
3. Take out whatever its inside your purse.
4. Tagged other 7 person.
5. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.


jawapan untuk org yang mengetag aku:

1. dah snap pun, terpaksa aku tegangkan cadar katil sebab nak amik background putih. tapi baru perasan cadar putih bisa memberi arti katil ward 17 hospital taiping utk para pesakit kanser usus dan apendiks.

2. brand? blackberrys ---> (www.blackberrys.com)


price? aku tak hengat sebab beli dah setahun lebey lepas wallet aku kena copet.
mana aku rembat? aku beli kat connought place, new delhi.

3. dah..sume dlm pic kat bawah. tenung senirik.

4. 7 person? byk sgt la wey...nanti lah aku tag. sape la mangsanya.

5. komen utk purse macrieda : purse ko cun la bagi anak gadis. aku tak reti mengomen, sbb macrieda seniri seorg fashionista. purse ko tak cukup gedikz utk dipadankan dengan imej datin ko, kena ada labuci kot. tak pun kaler gold. pasni dia pi sunway pyramid la nampaknya ajak senah. senah sila switch off phone anda weekend ni sbb aku tak sanggup disalah ertikan...sekadar menjawab tag. kih kih!!

nampak je aku jinjing benda alah ni hengat ringan ke? tapi ok la opis n umah 2minit je naik kete. beg itam ni beg free sbb soping apa ntah kat JB dulu kala. sume kejadah barang ni keperluan aku, especially mp3 player. perfume tu saje je nak lawan ketiak kari org delhi. lain tu adalah kamus dewan bandaraya new delhi edisi ke-28, alat tulis, nset, calculator, camera, wallet, strepsils (kebetulan sakit tekak) dan resit-resit utk dikelim (kebetulan baru balik dari kampung).

gambar luaran (sbb tu aku taruk dlm case itam tu).

dalaman (takyah tenung lama-lama, tak de kad kredit pun).

business cards.

ada gambar ukuran passport kot tetiba ada audition masuk kegemilangan paspot sinaran tv3 bleh la terus isi borang. gambar budak kecik yg cute tu merupakan budak afghanistan yg aku jumpa kat FRRO opis kat RK Puram. diorg ni fugitive yg masuk awalnya tak de permit tapi nak apply ni kot. mak dia saje tinggal atas meja suh aku amik. sebenarnya sian bibir budak tu bengkak. pesal jgn tanya aku sbb kabul bukan di negeri perak.

kad cibd, i/c, kad mrt spore, maybank n cimb. kad bsn seratas dulu hilang mana ntah.

zip belakang case itam tu ada paspot n permit pemastautin (utk menerima hak keistimewaan seperti membeli tiket sama harga org lokal beli).

duit...tak kira sebab beribu-ribu rupess je. diulangi itu adalah mata wang rupees so tak yah jeles sebab kalau convert lepas la nak beli spenda cap arnab belang dpt belen 2 kupang 5 duit. duit mesia tu belen kat mesia. lain tu duit indon, spore, arab saudi, nepal, ukraine n duit india lama.

pemberat beg itam aku ni rupanya syiling, patut la. pasni nak masuk tabung mbf bentuk arnab tuh.

ada duit syiling dari ukraine diberi atas dasar survinir oleh sorg insan yg duk tepi aku kat airport delhi, rupanya sama flight turun KL, rupanya nak gi kuantan.

Monday, March 9, 2009

kopi cincau at laksa shack

tasha n mastura.

jun, ina jumali n budak belang tanpa nama.

muka kenyang.

muka resdung setelah mengalami resah di sekitar hidung.

tomyam aku!

yummy! kopi cincau kat laksa shack memang sedap. menue berat aku jamah laksa tomyam. boleh tahan tapi kandungan ejen resdung dalam kuah tomyan tu agak power dan bisa menebalkan bibir aku yang hampir menggelembung. hidayatullah yang punya idea lepak sini, pastu aku follow je. penat tiru gaya shalin zulkifli, kena la tambah balik kalori yang hilang terbakar tu. just upload pic utk korang tengok apa yg aku sempat candid.

Sunday, March 8, 2009

catatan cuti di kampung

sungai warisan pusaka.

batu licin skali jatuh tak ke darah beku dlm otak aku nanti.

kucing oren aku wat muka tak bersalah.

hasha, aku n nani.

berikut adalah perkara yang berlaku/dibuat/dibuat-buat semasa 2 minggu aku bercuti di kampung halamanku rumah nenda yang nun jauh di pedalaman:

1. tengok sisa buah kana merah yang diberikan orang penang untuk meminang anna.
2. gi mandi-manda dan picnic kat jeram lawin, siap bakar ayam.
3. kucing oren aku semakin tua dan sesuka hati tido atas katil dan gigit beg fcuk aku.
4. berat hasha ditimbang 8kg sedangkan berusia 5 bulan. masalah obesiti dikalangan bayi.
5. ikan belaanku mengurus selepas dipaksa diet kerana selama berminggu mak lupa nak beli makanan. postpone punya pasal lupa terus. sempat mati seekor yang besar plak tu.
6. jumpa qusairi meniaga burger part time kat belakang stesen bas. nampak masyuk la.
7. jumpa zaidi kat cimb bank, dia nak bayar duit kete. so pastu dia ajak minum kat restoran mama char koay teow tapi minum teh ais je.
8. anak berry kawen ngan tahirah even baru abis spm atas alasan tangkap basah. adik iwan jemie pulak lari menghilangkan bukti setelah dituduh mencabul anak mokhtar muka bini popeye. haru biru kampung.
9. koko (umah depan umah aku) yg baru bertunang dengan sotong (gadis kampung pulau belayar) putus tunang selepas seminggu terikat, hantaran ada yg belum bukak, pinggan utk kenuri doa selamat turun tangga pun masih belum disimpan di dlm kabinet.
10. maksu memaksa diri beli moto RC siap ada alarm, gila bingit bunyi.

tindak balas redoks

mek dapat JLO..hehe!

aku mcm bodyguard dia je?

bertongkat siku tanda member kacip.

tersalah pandang la pulak.

saje nak manja sebab rindu lama tak jumpa.

aku dan mek, mek dan aku....hehehe. teman bergosip, teman bercanda dan teman penglipur lara. mek atau macrieda atau faridah atau huda, semua tu nama glamour dia. memang best kalau dapat berjumpa macrieda. berebut stesen kalau nak keudara, maklum le ada chemistry. gath baru-baru ini tibalah kembali masa bersua muka dengan mek. first skali, pak teh mawardi habaq suh pi tulung mek angkut ayaq kat parking P28. aku follow azaq, bazly n azri utk beradu tenaga mengembleng jisim angkutan yg dibawa mek, sekaligus menunjukkan keperihatinan kaum lelaki terhadap kaum hawa binti yaakub. hawa jiran sapa tuh? hahaha...skali tak jumpa pun kete mek. awat mek sesat ke? atau mawardi salah info. apa lagi patah balik la. tengah duk lama sembang ngan samsinar, tasha n nour, baru nampak mek datang. dia datang dengan kaca mata hitam persis datin seri bini sulung menteri pembangunan usahawan. bukan main lagi, tapi memang best mek takkan menghampakan mereka yang julung kali tunggu fesyen apa yg mek nak pakai hari tu. cayalah! mek kalut hari tu takdan sembang lama. bajet lepas bowling kot, tup2 habaq nak pi selayang. hampa aku! cehh..baru nak open table. tak pa lah mek, lain kali lah hang open table utk aku plak.

so sweet to meet u again

adegan menghirup ice-blended mocha.

last part sebelum tukar jersi bowling.

aku mintak ketas tisu nak lap minyak muka...hehehe..

manja-manja snapshot.

jari aku memberi peace di balik lengan...hahaha...

sebelum start gath seratas kat 1utama, aku gath dulu dengan natasha aqilah. lama tak jumpa sejak abis spm...bayangkan lah! dari pagi aku call dia, nak kejut bangun. dia ni mcm aku gak hantu bantal. jam 11 pagi kita org jumpa kat stesen LRT kelana jaya, amik cab terus ke 1utama. so, mcm biasalah, kita break+lunch. starbuck cafe menjadi pilihan. best! tasha suka sgt sanwich, aku amik muffin je sbb pagi tadi dah bantai roti bakar ngan my sis. minumam kita sama, ice-blended mocha! my feberet. gila lama berbual, still tak puas. hehehe..sedikit info tentang tasha:

lepas spm, dia masuk uitm seri iskandar, maybe dia peminat filem iskandar lakonan awie. hahaha...dekat ngan umah kot. dia ni bleh terpelencong amik account study. katanya di situ selalu jumpa senah, pernah nampak apek azharudin. abis situ terus dia buat degree kat uitm shah alam. skang dah keje di HSBC bank, opis dia kat bangunan KLSE bursa saham KL. nak date ngan dia mmg susah sebab keje waktu london, masuk kul4 ptg balik 1pg. so, next plan kita mcm mana? jom ajak beberapa kaki sekepala kita pi indon jalan-jalan cari pasal!!!

masa bowling tournament tu, aku heran pehal bila aku baling utk tasha bleh plak spare n strike. utk diri seniri longkang tu tak de la tapi rongak je pin aku? tapi last2 tu ada la double strike. wahahaha!!! standing ovation! tapi boleh jalan lah, aku mmg tangan bangku nak main bowling ni. overall, it was such a great moment to meet her, so ia akan diabadikan dlm belogku ini...

splendour with jaws

ais kacang n char koay teow kat madame kwan's ni mmg sedap.

jaws n cendolnye.

aku pi rumah syakirin, melawat rumah baru dia. ok lah, selesa dari tinggal kat flat dbkl tu. even apartment tapi kawasan bersih n kena jalan kaki skit dari stesen LRT. not bad! pagi sabtu aku blah la, bajet nak jumpa sesiapa. why not aku call jaws n dia selalunya free bila diajak bershopping. yes he was! met at KLCC then we jalan kaki to pavillion through klcc convention centre underground pass. melilau kat pavillion membuatkan kami tershopping di dockers n zara...melepaskan penat di madame kwan's cafe yg selesa. memang sudah lama tak jumpa jaws. nama sebenar jaws ialah mohd faizal bin rasib, asal dari permas jaya, johor bahru. selepas meninggalkan UTM demi nak jadi cikgu, kiranya ada la sekali dulu jumpa dia kat klcc juga. tak lama lagi dia akan jadik cikgu yg bertauliah dari maktab perguruan cheras (ye ke? maktab teknik? im not sure). sifat jaws yg kelakar, open minded n berterus terang mmg membuatkan masa mencemburui perjumpaan itu. tak sedar jam dah pukul 9 baru nak terhegeh2 balik. dah ler i dah janji nak ke rumah kakak di kajang. monorel kat bukit bintang tu pulak rosak n delay 30 minit, terpaksa sambar cab ke klsentral. next time kita jumpa lagi. bajet nak bawak safwan sekali tapi dia kursus JKR kat IKRAM. busy nyer penjawat kerajaan sekarang...bila result exam PTD nak keluar?

Saturday, March 7, 2009

homicide

medicines.

keep away from children.

step into guest house that night, brought me full of exhausted. my kilos luggage and full day unrest. wish to sleep but it was normal to chat among the housemates. gossips were most wanted! but not much gossip i heard from HQ, only the resignation of mr.shahrul, shahrul junior, norizwan omar, shahazrin and the rest i was not sure. its all about future, opportunity maybe comes once so we deserve it. yesterday is friday, i felt not well but still go working. standing ovation please! but u can guess how much stairs i climbed? definitely same. so, my head was spinning around. i have no energy to pay attention at people's questions, such same questions; how is your family? how was malaysia? how was my flight? how was etc...??? ok, all of my family members r quite ok, unless my paralised grandmom is still having her appetite to take lunch n dinner, even milo drink is frequently asked every 15 minutes. next, about malaysia, malaysia is ok, downpour everyday. i read news on flight saying many cars were captured in underground parking lot during flash flood. my flight was great, only i wondered why they didnt switch off the light awhile, i wish to sleep as usual. only a small matter, but the great is food served nice. together with cadbury n yogurt. bread was changed to a better soft one, i got sprite n pepsi, twice peanut packets. hahaha...thanks a lot. arriving delhi at night, ok but i surprise it was hot. yes no more winter, directly spring enters and blazes. unfortunately, i got fever. saturday night fever, it was so sick as follows, unclear throat, ilness on chest, sinusity, fever, shacking bones at night, flu, cough with that jelly and a little breathless. so, just now (saturday,1730), i went to clinic. first clinic is jainar hospital. the receptionist was watching hindi movie on colors channel. she said,"docter is not available, wait please. he is maybe on the way and maybe comes here after some times". oh, im dying here. i went to next clinic, bagga nursing home. same thing, doctors are coming on 6pm. oh my god! then the driver did mistake by stopping at a maternity clinic, again mistake at muscle&joint-fracture nursing home. then he was very sure to bring me to a dental clinic. then i said back to sunder vihar try to get to sehgal nursing home or jainar hospital. fortunately a doctor was there. he is balbindar singh. after checking, he ask me to get the medicine outside, only he gave is consultation. he said i have to take bla bla bla...for twice a day bla bla bla.....cost only 70rupees. then i step to the pharmacist, i waited my turn. suddenly i came to him, he gave me a poisonous mosquitoes baygon spray. he miss-saying "twice a day". i shout, "are u sure?". then he appologized for being careless. but yes it is the doctor's consultance, coz now is a season, breeding of the mosquitoes. i received pills n capsules then, with cough syrup. medicines for only 180 rupess. yes it is cheaper compares most clinics in malaysia. dont u ever ask to meet doctor if only RM30 inside your pocket. so now after taking medicines i feel stoned!!

2 weeks vacation

lepak tido semalam kat seri malaysia ipoh.

library ni saje aku candid satu sebab tak pernah masuk pun...

ini lah lokasi aku jawab exam PTD. susah giler exam dia...jumpa junior hamadah kat sini. nasib baik dia tegur aku. di sini letaknya dewan auditorium kompleks islam.

skolah ayah aku dulu kot sebelum dia masuk anderson. SMI stands for st micheal institution!

lawa plak gereja ni.

boarding 19feb, i balik malaysia utk cuti selama 2 minggu. last thursday flied back to new delhi...very fast. masa terlalu jelous kat i. but i spent my days fully packed. 3 gaths overall: seratas@1utama, practicakTNB@KFC, utmfriends@tmn melati. other else i went to visit my friend at his new house at brunsfield apartment next to chan sow lin lrt station, then i met a long lost friend faizal rasid kat madame kwan's cafe pavillion. eh lupa sebelum tu jumpa jugak long lost friend amir amin, orang libya kat klcc, dulu dia keje kat india, now study kat ELS. so far, i tak larat lagi nak comment. just arrive delhi, so hot extreme climate. really makes my throat unclear and fever a lil' bit. biasa la slalu mcm ni...nevertheless, later i upload pic tu ye. i really miss my family! even most of them i langsung tak sempat jumpa sebab masing2 study n keje. sayonara!

Sunday, February 15, 2009

soalan exam

berikut adalah soalan yang saya mahu mereka jawab, tiada kena mengena dengan soalan exam pegawai tadbir diplomatik SPA yg diadakan 21feb ini...

1.kalau dah kawin, ada anak, nak bagi nama apa pada anak pompuan n anak lelaki?
2.kenapa anda suka/tidak suka kepada pelakon jalaluddin hassan?
3.masa anda kecil, siapa idola anda?
4.apa yang terlintas di fikiran jika anda membaca frasa ini; "daun di atas bantal"?
5.di sekolah menengah, siapa senior lelaki dan pompuan yang paling dikagumi? kenapa?
6.apakah makanan yang paling tahan lama dan ia tanpa bahan pengawet?
7.jenis kutukan yang paling dirasakan kurang ajar pada diri anda?
8.tiada manusia sempurna, apa kecacatan seseorang ratu cantik?
9.facial cleanser paling bagus anda guna?
10.pernah menangis setelah menonton filem? filem apa?
11.bagaimana mahu mengesan seseorang yang tidak memakai seluar dalam?
12.barang yang pelik pernah anda jinjing dalam beg, knapsack, handbag atau kocek?
13.pendapat anda tentang saya....?

saya mau soklan ni dijawab oleh mereka yang membaca belog saya, let me know then.

valentine's

dulu ada org kasi choc ni...sape? ekekeke..

jiwa aku tak de rasa apa-apa pun kalau tgk org lain celebrate valentines. maybe jiwa solo yang tidak blues ini belum ada faktor pemalar yang relegate perasaan aku. hehehe...suasana delhi mmg sesak, penuh manusia dlm metro, ada yang talk on phone dengan ucapan pyar-pyar, ada yang pegang bunga dan ada jugak yg bergaduh merajuk. apa aku ingat bila org sebut valentine? aku ingat valentino jenama seluar dalam je n kasut valentino rudy yg tak best.tapi aku malas nak bukak email, mesti ramai member malaysia yg forward email suh jgn celebrate hari kekasih ni...biasa la setiap tahun ada je. terutama bab-bab memboikot macD n starbucks. alih-alih sebulan dua penuh aje mcD ni. hehehe..mesti pening kepala para pemegang frachais ni. nak buat macam mana, kena lah tanggung risiko. hish..hari ahad ni semua tak online. mana memeber yg selama ni setia dihadapan YM? meronggeng nampaknya...

Friday, February 13, 2009

A1-1-11

A1-1-11 adalah number katil aku masa kat seratas. katil nombor 11, dorm A1-1. sume angka 1, so tak heran kalau setiap penjuru cadar putih aku ada tulisan singaravelu supaya tak tertukar semasa dobi. tetiba aku rindu kat member-member satu dorm dulu. terbayang suasana awal daftar 13january1997, aku orang paling lewat masuk bilik. aku ingat lagi ada sorang makcik siap menyusu baby atas katil sorg dormmate aku, ada yg muka nak menangis, ada yg dah ready nak pergi mandi, ada yg sibuk bertegur sapa. paling lambat daftar tapi parents aku paling awal balik. alasan mak aku "risau hujan kain atas penyidai banyak payah nak kering, lagipun bulan puasa ni nak berbuka di mana". rasa nak list ahli A1-1;

1.mat alip - digelar piko. hijau warna tema. orang jitra. dia sempat bagitahu dia minat artis bernama eisya, yg berlakon filem raudhah bersama raihan. dia ni jaguh 100m rajawali. kelas 1 suria. friendly.

2.mat chem - masuk 2nd intake. dipanggil chem atas dasar lawak lucah suhaili kerana sedikit berisi namun setelah menyertai sukan bola sepak, beliau tampak seakan khalid jamlus. kini dengar khabar berumah tangga bersama beberapa cahaya mata. kelas 1 suria. agak sombong awal-awal, selalu jadi mangsa kena pow nasik goreng lepas prep oleh mat lahab aka abg azizul. kesian.

3.ashabul yamin - sangat peramah, positif dan meminati dunia bahasa. debat, sajak dan pidato seakan mengalir ke setiap urat menempuh nadi menyirap ke saraf spontan berucap. paling kerap menjadi mangsa suruhan abg senior terutama abg bidin kelate. kelas 1 zuhrah. friendly, emosi bergantung alam sekeliling dan memiliki banyak product makanan.

4.yunus - hanya seketika. manja dengan nenek. penuh pantang larang. walau kecil namun berbisa. antara pantang larang yunus yg masih segar aku ingat ialah "kalau kaki terkena penyapu, ludahlah ke atas penyapu itu beberapa kali agar diri kita tidak ditimpa sial". kelas 1 zuhrah. cerewet.

5.suhaili - playboy. orang terawal bergaya G-Q. hari pertama berkenalan dia menceritakan perihal norihan n syatiratul muna yg merupakan classmates di parit buntar. watak playboy menjadikan suhaili insan popular, apabila kali pertama berskandal cinta bersama fadhilah. kelas 1 kejora. kelakar dan kemas berpakaian.

6.wak saini - berketurunan jawa dari beruas, pintar dan rajin. contoh pelajar yang sentiasa maintain dari segi akademik dan sahsiah. merupakan teman karib aku yg terawal, sama-sama tunggu pintu dewan makan dibuka. kelas 1 suria. pendiam.

7.faeiz - sekali pandang lagaknya seperti seorang guru agama kerana tampil kemas berkopiah putih. tetapi peredaran fesyen mengubah identiti menjadi lelaki daring dengan hobi terbarunya, fotografi. karib terhadap mawardi membawa dia mendalami isu-isu sensitif terutama pelajar perempuan. kelas 1 kejora. sukar difahami dan cepat bertindak.

8.che an - dari perlis, penerima bungkusan tetap dari keluarga. nama syaihan sentiasa berkumandang di dewan makan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. obses terhadap permainan catur, awal mandi dipagi hari dan tidak pernah mengomel tatkala dibuli senior. kelas 1 suria. tabah, cekal dan perahsia.

9.wahab - gaya macho, rambut disisir rapi. kronologi percintaannya dengan idasary dicetus seorg senior matrikulasi usm. walaupun berideologi jejaka maskulin namun hati mudah tersentuh. mangsa gesaan cikgu bakhtiar untuk memakai gincu jika tidak tahan digertak. kelas 1 suria. sensitif, jiwang dan romantis.

10.baqi - penampilan genit dan jambu baqi bisa memikat kalbu sesiapa yang mahu menghibur hati dengan kisah penglipur lara. ikon fesyen, warna rambut dan bakat membuat sentuhan hiasan dalam terserlah apabila sama-sama mengembleng idea untuk meja A1-1 diumum meja terbaik sewaktu jamuan hari raya seratas. kelas 1 zuhrah. periang dan penyimpan angan-angan.

11.mat due - suasana suram tanpa tawa hilainya. bijak dalam akademik, periang namun tekad berusaha menggapai cita-cita. di kalangan 16 warga A1-1, dia adalah penyimpan rekod cemerlang akademik tanpa calar. merupakan teman aku bercerita kisah hal kehidupan. kelas 1 zuhrah. periang, mudah cemburu dan menepati waktu.

12.mat gam - tidak pernah terlibat kancah dadah namun perihal kerap berhalusinasi membuat teman-teman menyatakan dia "laloq". orang pertama berjabat tangan denganku. kata-katanya "aku ingat hang satu sekolah ngan aku sebab nama sekolah aku sekolah kebangsaan syed nahaq". kelas 1 suria. jujur, pandai menjaga hati dan sopan.

13.mr ex - nizam pernah dikatakan membela bakteria basilus namun hanya sementara. hobi tatkala siang menafsir tahap "gedik" seseorang perempuan. pemurah dengan kuih muih setiap kali kembali dari cuti raya. terkebil-kebil mata nizam tika mendengar sesuatu tanda ketelitian. kelas 1 suria. menghormati guru dan pandai mengambil hati.

14.borek - azrul melengkapkan trio jejaka kodiang bersama zaidi dan nizam. keletah lincah azrul tidak semestinya memberi masalah kepadanya untuk bergaya kemas tampil rambut rapi dengan gel 'tancho'. mudah ketawa namun mudah masam. sikap dengan motivasi yg tinggi membolehkan azrul berjaya dalam komunikasi dengan sesiapa sahaja. kelas 1 suria. manja.

15.pali - fazli merupakan ahli yang paling sering dilupakan. tabiat bersendirian membuatkan fazli selesa, rajin membaca buku dan awal memasuki kelas. terdidik dengan melakukan latih tubi soalan-soalan peperiksaan sememangnya kunci kejayaannya untuk terus cemerlang di bidang akademik. kelas 1 suria. yakin diri, mudah gelabah dan ulat buku.

16.azri - merupakan manusia yang tidur di katil hujung berdekatan tingkap. pengalaman bersama azri berikutan masalah organisasi di kamar A1-4, di bawah kelolaan senior memaksa adegan tampar-menampar di antara azri dan 2 lagi. aku sekadar pemerhati kerana aku dan suhaili dihadapkan atas kes tuang solat jumaat sewaktu balik bermalam. kelas 1 suria. dinamik, pantas bersiap dan rajin.

Sunday, February 8, 2009

senah intebiu i?

perfume aku...ada lagi dlm almari..

kasut ku!!

dah february baru nak kasik benda alah ni.

dlm almari ada knit, sweater n jacket khakis.

hari biasa.

leather n denim jackets.

jacket labuh...no comment. hahaha...

sweater nipis n jacket kaler krim silap beli.

macam ni je tak de la nak pakai kemas mcm org keje opis.

1. Apa jenis pekerjaan anda?
civil engineer yg still dilatih oleh alam persekitaran, means to say aku buat kerja seniri tak de sape guide. susah ke senang? seniri buat seniri tanggung. so far ada beberapa task yg aku regular dkt sini:

a-planning;
buat la planning progress. at first ok, at last progress tak ikut schedule. dont judge me as i cant speak hindi!
b-updating;
i update data masuk dlm excel je, macam daily report, monthly executive report, weekly meeting report to client, update ambar progress kat blog (www.bc9project.blogspot.com)...then i forward la sume keje ni ke org atasan such as i bosses; mr.zulkay, mr.anuar, mr halim suratman(exec. director), mr.shukor (exec. director), dato' azmil khalili (managing director of mtd)...yg lain tu org mtd capital.
c-site;
first dulu i jaga factory, as the only malaysian nak layan semua indian yg approximately 3ratus (include all other sub-contractors). even attendance pun kene pi sign, so no hal lah ii i come late. hihi...production kena jaga, stock material, check buku log trailer n hydras, check balance simen dlm silo..pendek kata balik malam kalau nak jaga semua. then i enter launching girder site, wat erection span for elevated viaduct, nak wat jalan utk LRT metro delhi. so far nak abis dah. also kena tgk kerja2 utk elevated span yg di-cast secara in-situ. last but not least, the parapet...etc. yg terbaru dlm schedule nak dispatch all the scrap n other steel pieces to yard before weighing n sell them. wahahaha..

2. Tugas anda hari ini?
hari ni cuti..ahad. so apa aku nak jawab? ok lah aku masak utk bagi my boss rasa masakan malaysia. aku masak ikan wat gulai masam. hehehe resipi mak aku yg aku adjust skit-skit. alang-alang ada ikan, bukan senang nak jumpa ikan kat delhi, maybe once in 2 months. jgn tergezut.

3.Fesyen yang dipakai ketika bekerja pada hari ini?
biasanya aku pakai apa yg aku nak pakai. suka hati, sini bukan HQ, so tak de discipline sgt. it can be any; round-neck shirt, jeans...all casual. unless now is winter so add up one thing; the jacket is a must!

4.jenis kasut yang digayakan ke tempat kerja?
safety shoes, but commonly i break the law, i pakai kasut apa2, even kasut kanvas, leather, sport shoes pun..hahaha...they dun judge what malaysians wear but they ask 'where u get this stuffs sir?'...hahaha.

5. Haruman yang dipakai hari ini?
aku ada beberapa perfume, so depends nak pakai apa. here in delhi yg membezakan aku dengan org local adalah haruman; marc&spencers, Donna Karan, body shop, jean paul gaultier...etc... hahaha).

6. Nyatakan rakan setugas anda?
rakan setugas dah resign 6jan ari tu. dia dpt keje gomen JPS.

7. Adakah anda berjaya menyelesaikan tugasan anda pada hari ini?
kalau aku jawab yes makna nya aku tipu. sebab even 1 task sometimes takes a months or more. kalau paper work bleh la siap ari tu gak.

Saturday, February 7, 2009

CNY at chanakya puri

yang silau teduhkan mata pakai tangan tu mama norly deputy high commission, dan yg berdiri belai rambut pakai tangan tu dah dua kali satu flight ngan aku balik malaysia sape ntah!

dato' tan yg mengingatkan aku pak arbi pengetua seratas selepas pak halim.

penat gilos...even just pi makan je. perut kenyang n ngantuk, naik kete sejuk2 memang layan mata ngantuk. best jugak la even tak meriah sgt. jumpa muka yg sama je kat embassy. apa yg aku makan? meehon, ayam bbq, sate, burger ayam, nasik goreng, rojak buah, cheese cake marble, kek pisang, keropok mumbai, salad mayonese...tu je yg aku makan. yg lain aku tak igt sbb aku tak makan...haha. aku bukan seorang yg pemakan...huhuhu. tido la dulu....nak off laptop jap. penat dari pagi memikir mcm mana nak pindah besi-besi kat site.

so gong xi fa chai to our high commission in delhi, dato' tan seng song n family. thanks a lot semua makanan sedap unless tak sempat rasa burger en ramlan buat.

janpath

hasil dari janpath.

setelah sekian lama bertanya diri ini, kenapa susah sgt nak jumpa kedai cenderamata kat delhi? even keychain yg bertulis delhi ke india ke sampai skrang aku tak jumpa. bila tanya, keychain pun diorg tak tau benda apa. pusing punya pusing dapat mengular bila boss kasik green light, lepas habis lunch kat janpath makan bar karim's (sebelum tu telan air liur tgk kedai kebab nizam penuh org), terus pi bazaar janpath. akhirnya jumpa kedai tshirt. tapi tak begitu satisfied, terlalu merapu. tulis pasal viagra (via agra), gambar lembu gajah etc, tulis isu berkait keagamaan, lucah pun byk...so rembat je la 4 helai. 1 size M utk amir amin n the rest utk diri sendiri (even my sis akan rembat dari i pula lepas ni...so kita sorok balik nanti). actually nak balik 19hb feb, so i pergi gopaldas building office MAS level 16 malangnya i miss my ticket reference number. cilakak btul. malu je kat awek hindustan ticketing yg cun 2 org tu...tak pe lepas ni ada chance jumpa lagik. yesss.

plan cuti jauh

aku suka guna metro utk hilangkan bosan ronda-ronda delhi.

bosan dah idup, so i wish to have a speacial treat. melancong best, tapi takde kaki nak join. what a freaky if i go alone. so, plan it first. who is my companion not the main issue, just decide the destination. which is good?

1. bandung ; jealous to my sis yg pergi sana melaksanakan aktiviti tidak sihat "shop-a-lot". macam tak percaya wujud factory outlets. airasia kan ada!
2. kota kinablu ; xde agenda nak wat apa kat kk.
3. musoeri ; i nak merasa travel by india train. wah! sounds adventurous journey.
4. kiev ; duit mesia 5 kali besar pada duit diorg ni so nak try la...meybe in april.
5. hanoi ; best nye vietnam mmg dah lama aku fikir. tapi xde info.
6. ankara ; ni kena plan ngan tasha sbb dia yg kena plan.
7. gangtok ; kanchanjuga sibuk ajak pi kampung dia makan bayam. mesia pun ada la bayam. tapi 4 jam drive smpi darjeeling? pastu singgah kathmandu? wow triple.
8. kashmir ; wajib dlm masa terdekat ni...hehe.
9. agra n jaipur ; of course nak pi amik gmbr. jahanam virus delete segala. ciss!
10. shimla ; nak naik train lereng bukit.

Tuesday, February 3, 2009

mengular

di pintu masjid kampung mundka.

water is trickling out and me suddenly missing out. my hobby at particular day is "mengular". no such things to do, why not taking a chance to see the beautiful india. camourflaged as going to site, i stop at levi's store, adidas and nike factory outlet in paschim vihar before heading to mundka. not buying any. hish!! today bulkhead of the mould is suppose to be removed, so rush on top see what happen. if not, i didn't know that i will miss anvi cranes. anvi cranes tak banyak songeh tapi kenapa jindal cranes yg dikekalkan? so today i saw one new crane. time moves fast, i miss the glimpses. so, everything on deck is messy, making view unkempt. so my eyes was roving to find a place to park my ass on it and just pay my witness to see what was going on. bulkhead is fail to be removed by this new 45tonnes crane. time's up! 5.30pm so i went to d nearest mosque for asar. alamak baik nyer! sorry just writing down my diary, no any suspicious intention.