Friday, February 13, 2009

A1-1-11

A1-1-11 adalah number katil aku masa kat seratas. katil nombor 11, dorm A1-1. sume angka 1, so tak heran kalau setiap penjuru cadar putih aku ada tulisan singaravelu supaya tak tertukar semasa dobi. tetiba aku rindu kat member-member satu dorm dulu. terbayang suasana awal daftar 13january1997, aku orang paling lewat masuk bilik. aku ingat lagi ada sorang makcik siap menyusu baby atas katil sorg dormmate aku, ada yg muka nak menangis, ada yg dah ready nak pergi mandi, ada yg sibuk bertegur sapa. paling lambat daftar tapi parents aku paling awal balik. alasan mak aku "risau hujan kain atas penyidai banyak payah nak kering, lagipun bulan puasa ni nak berbuka di mana". rasa nak list ahli A1-1;

1.mat alip - digelar piko. hijau warna tema. orang jitra. dia sempat bagitahu dia minat artis bernama eisya, yg berlakon filem raudhah bersama raihan. dia ni jaguh 100m rajawali. kelas 1 suria. friendly.

2.mat chem - masuk 2nd intake. dipanggil chem atas dasar lawak lucah suhaili kerana sedikit berisi namun setelah menyertai sukan bola sepak, beliau tampak seakan khalid jamlus. kini dengar khabar berumah tangga bersama beberapa cahaya mata. kelas 1 suria. agak sombong awal-awal, selalu jadi mangsa kena pow nasik goreng lepas prep oleh mat lahab aka abg azizul. kesian.

3.ashabul yamin - sangat peramah, positif dan meminati dunia bahasa. debat, sajak dan pidato seakan mengalir ke setiap urat menempuh nadi menyirap ke saraf spontan berucap. paling kerap menjadi mangsa suruhan abg senior terutama abg bidin kelate. kelas 1 zuhrah. friendly, emosi bergantung alam sekeliling dan memiliki banyak product makanan.

4.yunus - hanya seketika. manja dengan nenek. penuh pantang larang. walau kecil namun berbisa. antara pantang larang yunus yg masih segar aku ingat ialah "kalau kaki terkena penyapu, ludahlah ke atas penyapu itu beberapa kali agar diri kita tidak ditimpa sial". kelas 1 zuhrah. cerewet.

5.suhaili - playboy. orang terawal bergaya G-Q. hari pertama berkenalan dia menceritakan perihal norihan n syatiratul muna yg merupakan classmates di parit buntar. watak playboy menjadikan suhaili insan popular, apabila kali pertama berskandal cinta bersama fadhilah. kelas 1 kejora. kelakar dan kemas berpakaian.

6.wak saini - berketurunan jawa dari beruas, pintar dan rajin. contoh pelajar yang sentiasa maintain dari segi akademik dan sahsiah. merupakan teman karib aku yg terawal, sama-sama tunggu pintu dewan makan dibuka. kelas 1 suria. pendiam.

7.faeiz - sekali pandang lagaknya seperti seorang guru agama kerana tampil kemas berkopiah putih. tetapi peredaran fesyen mengubah identiti menjadi lelaki daring dengan hobi terbarunya, fotografi. karib terhadap mawardi membawa dia mendalami isu-isu sensitif terutama pelajar perempuan. kelas 1 kejora. sukar difahami dan cepat bertindak.

8.che an - dari perlis, penerima bungkusan tetap dari keluarga. nama syaihan sentiasa berkumandang di dewan makan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. obses terhadap permainan catur, awal mandi dipagi hari dan tidak pernah mengomel tatkala dibuli senior. kelas 1 suria. tabah, cekal dan perahsia.

9.wahab - gaya macho, rambut disisir rapi. kronologi percintaannya dengan idasary dicetus seorg senior matrikulasi usm. walaupun berideologi jejaka maskulin namun hati mudah tersentuh. mangsa gesaan cikgu bakhtiar untuk memakai gincu jika tidak tahan digertak. kelas 1 suria. sensitif, jiwang dan romantis.

10.baqi - penampilan genit dan jambu baqi bisa memikat kalbu sesiapa yang mahu menghibur hati dengan kisah penglipur lara. ikon fesyen, warna rambut dan bakat membuat sentuhan hiasan dalam terserlah apabila sama-sama mengembleng idea untuk meja A1-1 diumum meja terbaik sewaktu jamuan hari raya seratas. kelas 1 zuhrah. periang dan penyimpan angan-angan.

11.mat due - suasana suram tanpa tawa hilainya. bijak dalam akademik, periang namun tekad berusaha menggapai cita-cita. di kalangan 16 warga A1-1, dia adalah penyimpan rekod cemerlang akademik tanpa calar. merupakan teman aku bercerita kisah hal kehidupan. kelas 1 zuhrah. periang, mudah cemburu dan menepati waktu.

12.mat gam - tidak pernah terlibat kancah dadah namun perihal kerap berhalusinasi membuat teman-teman menyatakan dia "laloq". orang pertama berjabat tangan denganku. kata-katanya "aku ingat hang satu sekolah ngan aku sebab nama sekolah aku sekolah kebangsaan syed nahaq". kelas 1 suria. jujur, pandai menjaga hati dan sopan.

13.mr ex - nizam pernah dikatakan membela bakteria basilus namun hanya sementara. hobi tatkala siang menafsir tahap "gedik" seseorang perempuan. pemurah dengan kuih muih setiap kali kembali dari cuti raya. terkebil-kebil mata nizam tika mendengar sesuatu tanda ketelitian. kelas 1 suria. menghormati guru dan pandai mengambil hati.

14.borek - azrul melengkapkan trio jejaka kodiang bersama zaidi dan nizam. keletah lincah azrul tidak semestinya memberi masalah kepadanya untuk bergaya kemas tampil rambut rapi dengan gel 'tancho'. mudah ketawa namun mudah masam. sikap dengan motivasi yg tinggi membolehkan azrul berjaya dalam komunikasi dengan sesiapa sahaja. kelas 1 suria. manja.

15.pali - fazli merupakan ahli yang paling sering dilupakan. tabiat bersendirian membuatkan fazli selesa, rajin membaca buku dan awal memasuki kelas. terdidik dengan melakukan latih tubi soalan-soalan peperiksaan sememangnya kunci kejayaannya untuk terus cemerlang di bidang akademik. kelas 1 suria. yakin diri, mudah gelabah dan ulat buku.

16.azri - merupakan manusia yang tidur di katil hujung berdekatan tingkap. pengalaman bersama azri berikutan masalah organisasi di kamar A1-4, di bawah kelolaan senior memaksa adegan tampar-menampar di antara azri dan 2 lagi. aku sekadar pemerhati kerana aku dan suhaili dihadapkan atas kes tuang solat jumaat sewaktu balik bermalam. kelas 1 suria. dinamik, pantas bersiap dan rajin.

7 comments:

[DnaZz] said...

Fuh!Power ah daya ingtan ang syed!tabik springg ar.Toin3x!!Hehe.Nyway, aku mmg xknl sapa si yunus tu. Yelah, kata sekejap sgt dia kt seratas.Pepun, best ah review cmnie, tingt zmn dolu2.Huhu

SYED NAHAR said...

yups achik...ni tribute for memoirs of A1-1. hehehe..tapi aku jugak teringat nama penyu yg dulunya top scorer 1 suria. siapa kah dia?

[DnaZz] said...

Cit kuang asam ang syed!ahahahaha!but i did like dat name.Kikiki

Cik Faridah Huda said...

hauah..saket urat perut....ang nie syed..bab buat rumusan..simpulan bahasa...komentar..serta daya ingatan yang tinggi...mmg ang le no 1!!!!

SYED NAHAR said...

komentar meluas tapi tak terlawan dengan kecanmggihan teknologi terkini, penuh dengan kepantasan jaringan internet dengan kehadiran 3G (Gedik,Gatai,Galak)...wakakakka.
ayat power mawardi!

Hidup Tanpa Penghujung said...

syed sampai hati hang tak masukan nama katil aku kat entry hang.mmang terasa tahap cipan la ni

hhaha. nways, aku salut spring kat memori hang ni.

SYED NAHAR said...

ha la tq peringat aku..patut aku kira tak cukup...satgi aku edit. hehehe..jgn le terasa, ni best nak pekena nih.