Saturday, December 3, 2011

Kawan Dalam Pantun

Hisap curut baju tak butang,
Mulut berasap kuning gigi,
Ramai kawan baru datang,
Ramai juga berlalu pergi.

Cahaya kuning Kuala Sepetang,
Melakar bayang di bawah titi,
Ramai kawan baru datang,
Ada yang pergi membawa hati.

Titi panjang lurus melintang,
Deras air mengalir di kali,
Ramai kawan baru datang,
Bersama yang lama muncul kembali.

Air di kali kering kontang,
Di dalam lumpur ikan mati,
Ramai kawan baru datang,
Bersama niat dendam di hati.

Ikan bagah sisik belang,
Ikan laga warna-warni,
Ramai kawan baru datang,
Bersama janji melangkah pergi.

Warna-warni pelangi petang,
Usah telunjuk dengan jari,
Ramai kawan baru datang,
Kawan yang pergi tidak kembali.


5 comments:

Anonymous said...

nak komen utk suma trip hg kat bwh..ala2 lagu bruno mars gitu..different city every night..tapi hg different city every week/day...hehehhe...syoknya dpt travel...
tapi pasal kwn dlm pantun ni kan..ramai kawan baru yg dtg, tp kawan lama tetap di hati...gitew...

sir.

SYED NAHAR said...

hahahaha.. saja je sir, buat pantun berkisar tentang kerinduan kepada kawan2 lama especially kawan seratas.. hahaha..

MiSsOnE HaZeL said...

so, bila nk meja bulat ni?

SYED NAHAR said...

buat masa ni, kembali busy.. tahun depan je lah haha..

MiSsOnE HaZeL said...

noted.