Wednesday, December 28, 2011

Tiada Lagi

Setiap kali tahun baru, aku akan rajinkan atau paksa diri aku untuk fikir akan sesuatu yang aku perlukan, lalu pergi ke kedai dan membelinya kemudian mengucapkan selamat tahun baru pada diri. Hadiah tahun baru ini telah aku didik pada diri aku, semenjak beberapa tahun lalu semenjak aku ada duit sendiri (termasuk duit loan ptptn :p), malangnya tahun ini aku kuburkan hasrat murni ini setelah aku dapati aku tidak berduit.

Bukan kedekut, boleh saja aku nak beli t-shirt cartoon network atau perfume yang murah-murah tapi setelah kehilangan kamera nikon dlsr tersayang aku jadi serik dah nak beli. Tapi mungkin aku bakal hidupkan kembali amalan karut ini kalau aku berpindah ke rumah yang lebih selamat dari segi kondisinya, atau pun aku beli rumah sendiri. Ish, macam la kaya sangat nak beli rumah tapi tak salahkan kalau pasang angan-angan dulu?

Kenapa aku tiba-tiba gedik bagi hadiah pada diri sendiri untuk tahun baru? Beli sajalah tak kira tarikh hari gawai mahupun hari bubur asyura sekalipun, kenapa nak jugak tarikh 1 januari. Sememangnya tiada alasan langsung, mungkin kerana aku tak pernah pernah menyambut hari jadi atau tak pernah dapat hadiah surprise pada hari x-dedikasi di sekolah dulu. Hahaha..

Selain kamera, apa yang pernah aku hadiahkan pada diri aku? Tak ingat turutan, tapi masa belajar dulu pernah belikan diri sendiri sebuah external hardisc. Wah zaman tu rasa susah sangat nak beli, terpaksa tunggu ptptn masuk baru nak pergi taman univerisiti. Pernah juga belikan set wangian body shop sekali dengan set pencuci muka, sampai sudah jerawat tak hilang-hilang. Lepas tu dah kerja, beli kamera kecik jenama kodak, ok sangat kamera ni berjasa sebab sepanjang di India kamera ini yang merakam semua detik indah saat bekerja, tapi sekarang berada di tangan adik aku sebab kemudian tu beli nikon dslr, sekarang langsung tak da apa :(

Sekali tu pernah pula berminat dengan barangan mengurut, nak beli kerusi urut tak mampu jadi cukuplah sekadar beli tali pinggang urut ogawa. Tak lama tu pergi kedai osim beli mesin akupuntur tapi dah hilang bersama nikon dslr. Lepas tu, ada sekali belikan diri perfume, jenama ada tak leh reveal sebab nanti ada orang tu bising sebab diam-diam dia admire bau perfume tu, terus dia beli jugak. Haha! Last tahun 2011 aku membeli belah kelengkapan pejabat seperti kasut, beg dan tali pinggang. Semenjak kerja baru pakai tali pinggang, dulu-dulu jangan harap!

Jadi tahun 2012, aku merasakan jawapannya adalah tiada. Pejam mata sudah. Ambil external hardisc, tengok lah balik semua gambar-gambar lama, satu persatu. Walaupun tak seindah orang lain tapi cukuplah untuk buat aku merenung apa yang telah aku buat selama ni. Nak muhasabah pun tak reti sebab memang jahil, jadi dalam kepala otak ni cuma terfikir untuk buat lawatan ke Sabah di mana ada seorang kawan lama cantik punya offer pergi Tawau sambil-sambil singgah ke Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, patah balik ke Sandakan tengok monyet Probosis sebelum terbang ke KL semula. Ok tak?

Merepek punya panjang, sebenarnya bukan entry pasal tahun baru pun. Actually aku tak boleh tidur, tergolek-golek atas katil sampai sanggup type satu entry. Perut lapar, tapi dah pukul 2 pagi lebih. Sabar sajalah, esok sarapan di pejabat. Banyak perubahan yang berlaku, macam tak percaya tahun 2011 dah nak habis. Nantilah kita tinjau diari, tengok apa yang berlaku dari januari sehingga disember kalau rajin boleh tulis satu entry. Tiba-tiba ada pic camwhore, tak senonohnya tapi itu antara pic terkini. Ok, selamat malam.

2 comments:

Anonymous said...

2011 bagi aku pun x xbrapa menarik sgt...ada sket2 ja kot..tapi idok la malang bebenor..hehehhe.tp dah ujung2 thun ni...nmpak cam ok ja..harapnya momentum ni berterusan smpai abeh 2012 lak..
aku pun nk wat la entry cam ni...hehehe..memberi inspirasi...


sir..

SYED NAHAR said...

haha.. tulis la sir.. bleh aku baca. eleh hang kalau tulis pun cover2 sikit2 je yg lain tu simpan sejuk sbg rahsia mana aci hahahahha.. (kepochi)